Hiburan | NMH

Rocking For A Cause: Apabila Muzik Menjadi Talian Hayat Pemuzik
Menerusi “Rocking for a Cause”, Musicians for Musicians (MfM) mahu mengubah simpati menjadi sokongan yang lebih bermakna — daripada sekadar bantuan ketika krisis kepada sebuah platform kehidupan yang lebih bermakna – melalui muzik.

KUALA LUMPUR, 11 September 2026 — Ada lagu dan muzik yang kita dengar dan kemudian kita lupakan. Namun ada juga lagu yang melekat dalam ingatan, membawa kita kembali kepada zaman muda, kenangan bersama insan tersayang, atau kisah pahit manis kehidupan yang pernah kita lalui.

Di sebalik setiap lagu itu, ada susuk manusia. Ada pemuzik yang menghabiskan masa bertahun-tahun di atas pentas, di studio dan di kelab-kelab. Ada yang bermain muzik ketika masyarakat sedang menikmati zaman kegemilangan industri hiburan, dan ada pula generasi muda yang kini cuba mencari tempat dalam dunia muzik yang semakin mencabar.

Namun apabila lampu pentas dipadamkan, kehidupan mereka tidak semestinya semeriah persembahan yang disaksikan penonton. Bagi Persatuan Pemuzik Malaysia (Musicians for Musicians – MfM), inilah realiti yang perlu diberi perhatian.

Menerusi MfM Benefit Showcase 2026 – “Rocking for a Cause”, persatuan itu bukan sahaja mahu mengumpulkan dana untuk membantu pemuzik yang memerlukan, tetapi mahu mengetengahkan persoalan lebih besar: Bagaimana memastikan pemuzik Malaysia mempunyai masa depan yang lebih terjamin?

Konsert amal tahunan keempat itu akan berlangsung pada Sabtu, 10 Oktober 2026, mulai jam 4 petang di Dewan Tunku, Kelab Golf Negara Subang (KGNS), Petaling Jaya.

Bukan Sekadar Bantuan Ketika Kesusahan

Presiden MfM, Francis Danker, melihat cabaran pemuzik hari ini daripada perspektif yang lebih jauh. Menurutnya, pemuzik tidak seharusnya hanya menerima bantuan apabila mereka jatuh sakit, tidak mampu bekerja atau sudah berada dalam keadaan kewangan yang kritikal.

Muzik mungkin hanya dialunkan untuk beberapa minit, tetapi kesan lagu akan kekal sepanjang hayat -Francis Danker, Presiden MfM

Mereka memerlukan pekerjaan yang berterusan.

Mereka memerlukan ruang untuk bermain muzik.

Mereka memerlukan pendapatan yang membolehkan mereka menyimpan untuk hari tua dan, yang paling penting, menjalani kehidupan dengan bermaruah.

“Kami perlu memberikan pemuzik-pemuzik ini satu talian hayat. Kami perlu memberikan mereka satu tempat yang boleh mereka harapkan,” kata Danker.

Beliau berkata ramai pemuzik, khususnya veteran dan anak muda yang baru memasuki industri, semakin sukar mendapatkan tempat persembahan secara konsisten. Lebih menyedihkan, terdapat juga pemuzik yang sudah membuat persembahan tetapi terpaksa menunggu berminggu-minggu untuk mendapatkan bayaran.

Bagi mereka yang hidup dari satu persembahan ke satu persembahan, kelewatan kecil boleh membawa kesan besar.

“Mereka ini bekerja dari hari ke hari. Mereka perlukan pendapatan kecil itu. Tetapi pendapatan itu pun mereka tidak terima,” katanya tentang masalah bayaran yang sering dihadapi oleh segelintir pemuzik. Justeru, MfM mahukan bantuan kepada pemuzik dilihat bukan hanya sebagai amal, tetapi sebagai satu bentuk pelaburan terhadap masa depan komuniti muzik negara.

Hotel Boleh Menjadi Pentas Baharu

Danker percaya satu penyelesaian yang praktikal ialah kerjasama antara kerajaan, industri pelancongan, hotel dan komuniti muzik.

Beliau mencadangkan supaya hotel dan pusat peranginan, khususnya hotel bertaraf lima bintang, menyediakan ruang persembahan secara tetap kepada pemuzik tempatan.

Bagi beliau, pendekatan itu bukan sahaja membuka peluang pekerjaan, malah boleh menjadi sebahagian daripada pengalaman budaya yang ditawarkan kepada pelancong.

Malaysia mempunyai khazanah muzik yang luas. Alat muzik seperti sape, gambus, sitar dan rebana boleh digabungkan dengan instrumen moden untuk menghasilkan persembahan yang segar tanpa kehilangan identiti tempatan.

“Kenapa kita tidak boleh memainkan muzik menggunakan sape dan menggabungkannya dengan rebana? Satukan kedua-duanya dan hasilkan sesuatu yang berbeza,” katanya.

Malah, dengan nada berseloroh, beliau bertanya:

“Siapa kata anda tidak boleh memainkan ‘Hotel California’ menggunakan sape? Tunjukkan kepada mereka!”

Di sebalik gurauan itu tersimpan satu gagasan yang serius — muzik Malaysia tidak perlu sekadar dipelihara sebagai warisan lama. Ia boleh dihidupkan semula, dikembangkan dan diperkenalkan kepada dunia dalam bentuk baharu.

Danker turut melihat lagu-lagu daripada zaman P. Ramlee hingga generasi selepasnya sebagai khazanah yang boleh disusun semula untuk pendengar masa kini.

“Mereka mahu merasai budaya kita, menikmati makanan kita, melihat hasil kraftangan kita dan mendengar muzik kita.”

Jika ruang seperti ini diwujudkan secara konsisten, pemuzik bukan sahaja mendapat peluang bekerja, malah mungkin memperoleh bentuk pekerjaan yang lebih stabil, termasuk faedah seperti caruman KWSP.

Persoalan masa depan pemuzik juga berkait rapat dengan kesinambungan generasi.

Daripada Legenda Kepada Generasi Baharu

Setiausaha Kehormat MfM, Latifah Abdullah, berkata persatuan itu mempunyai lebih 800 ahli berdaftar, daripada usia 18 tahun sehingga pemuzik dalam lingkungan 80-an. Sekitar 300 hingga 400 daripadanya merupakan ahli aktif.

Katanya, lebih ramai pemuzik muda perlu mengenali MfM kerana generasi tersebut membawa pandangan, pengalaman dan idea yang berbeza.

“Kami mahu mereka tahu bahawa kami wujud. Kami perlu diiktiraf,” katanya.

Atas semangat itulah “Rocking for a Cause” turut menjadi ruang pertemuan antara pemuzik muda dan veteran.

Tahun ini, MfM akan memberi penghormatan kepada 20 pemuzik yang telah mengabdikan antara 40 hingga 50 tahun dalam Industri musik. Ia merupakan penghargaan yang cukup bermakna kepada insan yang mungkin selama ini hanya dikenali oleh nama mereka dalam dunia muzik, tetapi jarang diraikan atas keseluruhan perjalanan hidup mereka

Malam Untuk Mengenang Mereka Yang Pernah Mencipta Sejarah

Barisan persembahan tahun ini juga sarat dengan nostalgia. Electric Orgasm bakal meraikan reunion 50 tahun, manakala Datuk Francissca Peter, Goblokes, Heavy Machine, Dato’ Leonard Tan, Lighthouse bersama Vijay David, Royston Sta Maria, Os Pombos, The Polymaths bersama Raja Singham dan The Studio 10 Experience turut akan beraksi di pentas.

Rocking for a Cause bukan sekadar sebuah konsert amal. Ia adalah usaha untuk memberi talian hayat kepada pemuzik Malaysia — Francisca Peter

Konsert ini juga memberikan penghormatan kepada nama-nama yang pernah membentuk muzik Malaysia seperti The Falcons Malaysia, Sons of Adam, Ollie daripada Heavy Machine, The Strollers dan Alleycats.

Bagi Heavy Machine, penghormatan khusus akan diberikan kepada pemain saksofon Olie, yang kini kurang sihat. Anak perempuannya dijangka membuat persembahan bersama kumpulan tersebut bagi menggantikannya. Segmen penghormatan turut mengenang pemuzik yang telah meninggal dunia, termasuk Seha dan Gani.

Tetamu Dari Jauh

Royston Sta Maria, yang akan datang dari Australia dijangka menyampaikan “Mulanya Di Sini” sebagai sebahagian daripada ‘tribute’ kepada rakan-rakan seperjuangan.

Bagi Royston, konsert itu mempunyai makna yang jauh lebih besar daripada sebuah persembahan.

“Ini merupakan sebuah konsert yang hebat, apabila pemuzik berkumpul dan menggunakan bakat mereka untuk mengumpulkan dana bagi membantu rakan-rakan pemuzik yang menghadapi kesusahan atau tidak mampu bekerja disebabkan masalah kesihatan.”

⁠Sasaran RM100,000, Tetapi Nilai Kemanusiaannya Lebih Daripada Itu

MfM menyasarkan kutipan sebanyak RM100,000 menerusi konsert tahun ini. Sumbangan itu akan digunakan untuk membantu pemuzik yang memerlukan, di samping sebahagian sumber diharapkan dapat disalurkan kepada usaha pembangunan industri muzik.

Antara pihak yang menyumbang untuk acara tersebut ialah itu ialah Weststar, yang telah memberikan sokongan selama beberapa tahun, selain KJ&S dan Memories bagi aspek produksi, bunyi dan pencahayaan.

MfM sendiri bergerak dengan semangat kesukarelawanan. Ahli jawatankuasanya terdiri daripada pemuzik — ada yang masih aktif dan ada yang telah bersara — yang meluangkan masa tanpa bayaran.

“Semua ahli jawatankuasa adalah pemuzik, dan kami semua melakukan kerja ini tanpa bayaran. Tugas kami adalah untuk melihat siapa yang boleh kami bantu,” kata Danker. Dan mungkin di situlah terletaknya jiwa sebenar “Rocking for a Cause”.

Ia bukan semata-mata tentang RM100,000.

Ia tentang seorang pemuzik yang mungkin memerlukan bantuan ketika sakit. Tentang sebuah keluarga yang kehilangan pencari rezeki. Tentang seorang veteran yang pernah menghiburkan ribuan manusia tetapi kini tidak lagi mempunyai tempat untuk bermain. Dan tentang anak muda yang mempunyai bakat, tetapi tidak tahu di mana hendak memulakan perjalanan.

Muzik telah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia selama beberapa generasi. Kini, tiba masanya masyarakat bertanya: siapa yang akan menjaga mereka yang selama ini menjaga muzik kita? Pada 10 Oktober nanti, apabila gitar dipetik, dram dipalu dan suara bergema di Dewan Tunku, yang diraikan bukan hanya lagu-lagu lama dan legenda muzik.

⁠Yang Diraikan Ialah ‘Manusia Di Sebalik Muzik’

Kerana sesebuah lagu mungkin hanya mengambil masa beberapa minit untuk dimainkan, tetapi kesannya boleh bertahan sepanjang hayat.

Dan seperti kata Danker:

“Kita mahu melakukan perkara ini untuk golongan muda. Membina satu platform untuk mereka.”

Mungkin itulah “Rocking for a Cause” yang sebenar, bukan sekadar mengumpul wang untuk hari ini, tetapi membina talian hayat supaya muzik Malaysia terus mempunyai manusia yang mampu menyambungnya esok.

BUTIRAN ACARA

MfM Benefit Showcase 2026 – Rocking for a Cause
Sabtu, 10 Oktober 2026
4.00 petang dan seterusnya
Dewan Tunku, Kelab Golf Negara Subang (KGNS), Petaling Jaya

Tiket:
•⁠ ⁠Ahli MfM: RM85
•⁠ ⁠Kemasukan umum: RM105 seorang, termasuk minuman percuma
•⁠ ⁠Meja Standard: RM1,050 untuk 10 orang
•⁠ ⁠Golden Hearts: RM3,000
•⁠ ⁠Diamond Hearts: RM5,000

The post Rocking For A Cause: Apabila Muzik Menjadi Talian Hayat Pemuzik first appeared on NMH.

Guru Musik: Ia Bukan ‘Kerja’ Tetapi Sentuhan Jiwa Seorang Guru Kepada Anak Anak Didiknya
Tiga pelajar, sebuah persembahan dan seribu satu kisah guru musik yang membina insan bukan sekadar penghibur. Di sebalik nota lagu yang didendangkan di Royal Selangor Visitor Centre, tersembunyi kisah ikatan murni antara seorang guru vokal, Liow Jun Yi, dan anak-anak didiknya, termasuk Lucas Law, seorang pemuda autistik yang menemui keberanian dan impian di atas pentas. Ini bukan sekadar kisah persembahan muzik, tetapi bukti bagaimana ketulusan seorang pendidik mampu membina kekuatan dan keyakinan menghadapi kehidupan anak didiknya.

Tidak semua guru diingati kerana apa yang ditulis di atas papan hitam. Ada guru yang dikenang sampai bila-bila kerana berjaya menyentuh ruang hati paling dalam, membina semula keyakinan yang retak, dan mengubah jalan hidup anak-anak didik mereka.

​Begitulah kisah Liow Jun Yi, seorang pendidik vokal dari Crescendo Music & Dance Studio. Bagi Jun Yi, muzik bukan sekadar susunan nota, irama, atau keindahan melodi. Muzik adalah sebuah benteng disiplin, membentuk keberanian, dan medium untuk membina keyakinan diri anak-anak muda yang mencari identiti diri.

​Melodi Kasih di Pentas Persembahan

Bagi Jun Yi menjadi guru musik adalah satu kepuasan bagi diri kerana dengan musik beliau dapat membantu membina keyakinan dan keberanian para belia di bawah didikannya.

​”Saya hampir menangis beberapa kali hari ini,” luah Jun Yi dengan suara bernada sebak selepas tirai persembahan Celebrating Music, Mentorship & Friendship: An Afternoon Recital ditutup di Royal Selangor Visitor Centre.

​Persembahan petang itu menampilkan tiga anak didiknya — Gwen Lee, Glenys Lam, dan Lucas Law — dengan diiringi jemari halus Lau Jo Yee di piano.

Bagi penonton, ia adalah sebuah konsert yang indah. Namun bagi Jun Yi, ia adalah sebuah keajaiban kecil: melihat anak-anak didiknya mekar menjadi penghibur sejati yang mempunyai identiti dan jati diri tersendiri.

​Lebih Daripada Seorang Guru, Beliau Adalah ‘Kompas’ Kehidupan

​Bimbingan Jun Yi melangkaui bilik latihan vokal. Bagi Gwen Lee, yang mula belajar menyanyi sejak usianya enam tahun, Jun Yi adalah sosok mentor yang menemaninya membesar dari zaman kanak-kanak hingga ke alam kolej.

​”Beliau sentiasa memberikan nasihat yang sangat berguna, bukan sahaja tentang teknik nyanyian, tetapi juga tentang bagaimana melepasi cabaran kehidupan,” kongsi Gwen tentang gurunya.

​Sementara itu, Glenys Lam, yang mula berlatih sejak berumur lima tahun, menganggap pengajaran paling berharga daripada Jun Yi ialah keberanian untuk menjadi diri sendiri.

​”Beliau tidak pernah mahu saya meniru suara penyanyi lain. Beliau mengajar saya mencari ‘suara’ dan identiti saya yang sebenar,” kata Glenys.

​ Lucas Law: Muzik Sebagai Bahasa Jiwa

Lucas seorang belia neurodivert yang berbakat  menyanyi dengan penuh perasaan bersama sahabatnya  Glenys lagu duet ‘ A Whole New World’.

​Di antara kisah-kisah indah petang itu, perjalanan hidup Lucas Law menyentuh hati sesiapa sahaja yang mendengarnya. Pemuda berusia 23 tahun berasal Dari Selangor ini merupakan seorang insan dalam spektrum autisme.

Bagi insan neurodivergent seperti Lucas, kehidupan realiti selalunya penuh dengan halangan, tiada arah hidup dan kurang kepercayaan kepada kemampuan diri. ​Namun, di bawah bimbingan dan dorongan tanpa henti daripada Jun Yi di Crescendo, Lucas berjaya membuktikan bahawa bakat tidak mengenal batasan. Lucas tidak hanya berdiri di atas pentas; beliau menyinar sebagai seorang ‘Bintang’.

​Selepas menyertai konsert Unveiling Uniqueness pada tahun 2024 dan 2025 serta memegang watak utama dalam pementasan teater muzikal tempatan Life Is 2.0, Lucas tampil memukau tersebut. Beliau menyampaikan dua lagu solo dengan penuh penghayatan, Dan mendendangkan duet indah A Whole New World bersama Glenys.

​”Encik Jun Yi sangat percaya kepada pelajarnya. Walaupun, kadangkala sangat sukar untuk kami percaya pada kemampuan diri sendiri. Beliau sentiasa berada di sisi kami memberikan dorongan yang kami perlukan. Kata-kata semangatnya membuatkan kami terus melangkah ke hadapan tanpa segan Dan penuh keyakinan,” luah Lucas dengan penuh perasaan.

​Kisah Lucas menjadi bukti betapa pentingnya pendidikan seni yang inklusif, satu ruang di mana setiap insan, tanpa mengira latar belakang atau kekurangan, diberi peluang untuk mekar dan bersinar.

​Hubungan Yang Tak Lapuk Dek Hujan

​Ikatan antara seorang guru dan muridnya tidak pernah terputus apabila waktu kelas berakhir. Kehadiran bekas pelajar seperti Amos, yang kembali dari United Kingdom untuk berkongsi pentas bersama Jun Yi selepas hampir sedekad, menjadi saksi betapa dalamnya kesan kasih sayang seorang pendidik.

​Amos mengakui, rasa terhutang budi kepada ibu bapa dan Jun Yi yang mengenalkannya kepada dunia muzik sejak seawal 3 tahun tidak akan pernah pudar. Walaupun pada awalnya Amos tidak begitu suka menghadiri kelas musik, tetapi atas dorongan dan kesabaran Jun Yi akhirnya Amos mendapati bahawa musik adalah sebahagian daripada bakatnya.

​Kejayaan Sebenar Bukanlah Pada Trofi

​Bagi Jun Yi, kejayaan seseorang guru tidak diukur dengan kilauan trofi di atas rak, atau sijil penghargaan yang berbingkai emas. Kejayaan sebenar ialah apabila melihat anak didiknya membesar menjadi insan yang yakin, berani, berdaya tahan (resilient), dan mampu menyebarkan kebaikan kepada orang lain.

​Jun Yi berhasrat agar persembahan hari ini bukanlah titik akhir, melainkan permulaan buat mereka. “Saya akan terus mendorong mereka, menelipon mereka, dan memberi semangat agar mereka tidak pernah melepaskan impian nyanyian mereka,” tegas Jun Yi.

​Warisan Yang Abadi

​Sesungguhnya, jasa seorang guru tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Mereka umpama penanam benih harapan serta menabur benih keikhlasan yang mungkin hanya berbuah manis bertahun-tahun kemudian.

Dan apabila bekas pelajar kembali dengan senyuman, kejayaan, serta ucapan terima kasih yang tulus, itulah hadiah paling bernilai buat seorang pendidik.

​Kerana pada akhirnya, ​Manusia mungkin akan terlupa setiap nota dan irama yang pernah dimainkan di atas pentas. ​Namun, mereka tidak akan pernah melupakan insan yang pernah mengajar mereka untuk percaya kepada diri sendiri.

​Itulah warisan sebenar seorang guru; bukan sekadar memberikan ilmu, tetapi membimbing kehidupan dengan kasih sayang, keikhlasan, dan pengorbanan yang tiada galang gantinya. – NMH

The post Guru Musik: Ia Bukan ‘Kerja’ Tetapi Sentuhan Jiwa Seorang Guru Kepada Anak Anak Didiknya first appeared on NMH.

Video “Jom Taiwan!” Dilancarkan Untuk Menarik Pelancong Muslim Malaysia
Video “Jom Taiwan!” dilancarkan baru baru ini, bersama Duta Pelancongan Muslim Nabila Razali untuk menarik pelancong Muslim dari Malaysia

Pelancaran video “Jom Taiwan!” adalah bagi menarik lebih ramai pelancong Muslim ke Taiwan. Ini kerana lebih daripada 2 billion penduduk dunia beragama islam termasuk sebagai penduduk minoriti. Mereka ini merupakan pelancong sasaran bagi kempen ini.

Di Taiwan penduduk Islamnya ada lah sekitar 60,000, dan 90% dari mereka beretnik Hui. Populasi muslim yang berkembang sihat ini merupakan antara faktor yang dijangka mampu menarik lebih ramai pelancong Muslim, terutamanya dari Malaysia.

Baru-baru ini, Biro Pelancongan Taiwan telah melancarkan sebuah video promosi perlancongan mesra Muslim, Salam Taiwan 2024, “Jom Taiwan!” Acara itu telah diketuai oleh Encik Huang Yi-Cheng, Ketua Bahagian Antarabangsa Biro Pelancongan, bersama Encik Chou Shi-Pi, Pengarah Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Kuala Lumpur, dan Duta Pelancongan Muslim Taiwan, Cik Nabila Razali. Lebih 40 orang wakil media dari Malaysia telah dijemput ke Taiwan untuk merasai sendiri pengalaman pelancongan mesra- muslim Taiwan dan keindahan semulajadinya.

Taiwan Sebagai Destinasi Mesra-Muslim

Dengan berlatarbelakangkan budaya yang unik, panorama indah dan makanan yang lazat, Taiwan dijangka mampu menjadi destinasi pilihan utama lebih ramai masyarakat muslim Malaysia. Ini kerana dari Januari sehingga April 2024, pelancong Malaysia ke Taiwan melebihi 170,000, meningkat sebanyak 97% berbanding waktu pra-pandemik, menjadikan Malaysia salah satu pasaran pelancongan dari Asia Tenggara yang paling penting di Taiwan. Sejak 2019, Taiwan telah disenaraikan sebagai antara tiga destinasi utama bukan OIC dalam Indeks Perjalanan Muslim Global (GMTI), Taiwan diiktiraf berjaya menonjolkan persekitaran pelancongan mesra Muslim . Pada tahun ini, Biro Pelancongan Taiwan telah melancarkan promosi komprehensif yang menyasarkan pasaran pelancongan untuk Muslim Malaysia.

Biro Pelancongan Taiwan telah menggunakan jenama “Salam Taiwan” sejak 2018 untuk menonjolkan Taiwan sebagai destinasi yang mengalu-alukan kedatangan pelancong Muslim Malaysia. Tahun ini, mereka menjemput bintang selebriti Malaysia Nabila Razali, dengan 3.5 juta pengikut di media sosial sebagai Duta Promosi. Video terbaharu mereka adalah diarahkan oleh pengarah Malaysia Ooi Shi Wei dari Golden Horse Academy dan pengarah pempengaruh dari komuniti Muslim, Neollene. Video itu mempamerkan daya tarikan pelancongan Taiwan melalui empat tema utama: trend bandar, eko-pelancongan, pengembaraan yang mengujakan dan pengalaman budaya.

Nabila Razali juga berkongsi pengalamannya ke Taiwan sebelum ini, di mana beliau melawat beberapa tempat tarikan pelancong seperti Bitou Cape, Yangmingshan, Stesen Jingtong di Laluan Pingxi, dan pelbagai taman tema. Beliau sempat merasai masakan Muslim Taiwan, termasuk potongan ayam goreng yang lazat, dan menikmati Hakka Lei Cha DIY (teh yang ditumbuk). Perjalanan beliau juga termasuk berbasikal di sepanjang Tanyashen Greenway di Taichung dan menaiki kereta api Laluan Pingxi semasa perjalanan lawatan yang begitu mempesonakan. Nabila menyatakan rasa bertuah dijadikan duta dan sangat kagum dengan keindahan semula jadi dan suasana mesra Taiwan.

Kempen Pengundian “72 Jam di Taiwan”

Selain daripada video, Biro Pelancongan Taiwan turut melancarkan risalah perjalanan Muslim baharu dan kempen pengundian “72 jam di Taiwan”, menjemput rakyat Malaysia mengundi jadual perjalanan ke Taiwan yang mereka gemari di laman web acara ( URL akan diberikan). Peserta bakal berpeluang memenangi pakej pelancongan Taiwan selama empat hari tiga malam untuk dua orang, termasuk tambang penerbangan pergi balik. Biro Pelancongan Taiwan menyasarkan untuk menarik lebih ramai pengunjung Muslim dari Malaysia.

Video promosi itu akan disiarkan melalui iklan TV Malaysia, papan iklan elektronik luar, dan platform dalam talian. Pada bulan September, Biro Pelancongan Taiwan akan mengambil bahagian dalam Pameran Pelancongan MATTA di Kuala Lumpur, di mana Nabila akan mengadakan sesi ‘meet-and-greet’ bersama peminat. Biro, dengan agensi-agensi pelancongan muslim ternama di Malaysia akan bekerjasama bagi mengadakan pakej diskaun pelancongan berkumpulan terhad-masa, bertujuan menggandakan peluang perniagaan bagi pasaran Muslim Malaysia. – NMH

The post Video “Jom Taiwan!” Dilancarkan Untuk Menarik Pelancong Muslim Malaysia first appeared on NMH.

‘Rain Town’ Sebuah Filem Sarat Emosi, Nilai Kekeluargaan
Buat julung-julung kalinya seorang sutradara Wanita Melayu, Tunku Mona Riza selepas berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa menerusi filem ‘Redha’, dengan beraninya menghasilkan pula sebuah karya berbahasa Kantonis, ‘Rain Town’.

Jika filem ‘Redha’ diinspirasikan daripada kisah benar tentang cabaran sepasang suami isteri untuk membesarkan anak autisme mereka, kali ini dalam filem Rain Town, Tunku Mona Riza sekali lagi mengetengahkan isu kekeluargaan yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Tidak perlu lama, lebih kurang 15 minit menonton sahaja kita menjadi begitu asyik menonton sehinggakan kita ‘terlupa’ kita sedang menonton sebuah film berbahasa kantonis dan membaca sarikata bagi lebih menghayati filem tersebut.

Rain Town, filem kantonis tempatan yang dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat akan muncul di pawagam di negara ini bermula 08 Feb.

Kekeluargaan Yang Dekat Di Hati

‘Rain Town’ adalah kisah kekeluargaan yang begitu dekat di hati, di mana ketua keluarga Choo (lakonan Chew Kin Wah) adalah seperti bapa-bapa tradisional lain, yang mengamalkan dasar ‘hitam kata dia, hitamlah, putih kata dia, putihlah’. Sikap si bapa yang keras kepala, dan suka ‘judi hujan’ juga tidak berapa disenangi oleh keluarga.

Si ibu (lakonan Susan Lankaster) pula sebagai ‘pendamai’ antara anak-anak dan bapa, serta merupakan ‘perisai’ terhadap anak-anak daripada teruk dimarahi oleh si bapa. Sifat keibuan yang begitu menyentuh jiwa, sehinggakan menjadikan penonton begitu empati terhadap watak si ibu.

Watak Susan Lankaster, Aileen dalam filem Rain Town, sebagai ibu yang penyayang dan memahami anak-anak. – NMH filepic

Tipikal sifat anak sulong, Isaac Choo (lakonan Fabian Loo) yang sangat patuh kepada kedua ibu bapa sehingga mengenepikan cita-cita dan impian sendiri, tetapi akhirnya ‘tersungkur’ kerana tekanan akibat tidak dapat menentukan halatuju dan terpaksa mengikut kehendak si bapa yang mahukan dia menjadi yang ‘terbaik’ dalam segala hal.

Anak nombor dua Alex Choo (lakonan Wilson Lee) pula degil dan ‘rebellious’ tetapi akhirnya mendapat ‘pengajaran’ juga dan akhirnya pulang ke pangkuan keluarga. Menjadi ‘kemanjaan’ si ibu, dan bersikap begitu dingin terhadap si bapa.

Si bongsu, Ruby Choo (lakonan Pauline Tan), si gadis manis kesayangan keluarga, begitu kecewa dengan sikap si bapa yang begitu cerewet dalam memilih menantu, sehingga menyebabkan kekasih hatinya ‘lari’ dan tidak jadi berkahwin akibat ‘di sekolahkan’ oleh si bapa.

Filem Yang Menggerakkan Emosi

Sejujurnya filem ini adalah sebuah filem yang sarat dengan emosi sehinggakan para penonton seolah-olah ‘tenggelam’ dalam emosi yang di bawa oleh watak-watak. Pembawakan setiap watak yang hampir sempurna dan begitu natural, tidak kaku dan kayu menyebabkan perasaan sedih, sengsara, gembira, marah dan kasih sayang bercampur baur, sehinggakan umpama kita sebagai penonton berada ‘dalam’ filem tersebut sebagai pemerhati tanpa watak.

Di satu sisi lain ‘Rain Town’ menunjukkan sisi gelap patriaki yang membawa padah kepada keluarga apabila si ibu yang menjadi tunjang keluarga jatuh sakit. Akibatnya anak-anak hilang arah dan semakin menjauhi si bapa.

Elemen ‘hopelessness’ akibat ‘ketiadaan’ si ibu merupakan elemen yang memang realitinya mampu meruntuhkan atau memperkuatkan ikatan kekeluargaan, dan dalam filem ini, ia mencampakkan watak anak-anak dan bapa ke dalam konflik yang menyayat hati kerana kekuatan si ibu yang mengharmonikan keluarga umpama tiada.

‘Rain Town’ adalah isu keluarga yang biasa dialami dalam kehidupan masyarakat terutamanya keluarga yang masih berpegang teguh terhadap nilai-nilai keluarga tradisional. Isu tersebut walaupun ada yang ambil mudah, namun masih boleh menyebabkan berlakunya keretakkan hubungan dalam ahli keluarga sehingga hilangnya rasa hormat dan persefahaman.

Cabaran Yang Mengujakan

Bag Tunku Mona pula, mengarah ‘Rain Town’ adalah satu cabaran yang begitu mengujakan kerana pada hakikatnya, beliau tidak fasih dalam Bahasa tersebut dan perlu sentiasa di temani oleh jurubahasa sepanjang masa menjalani penggambaran filem ‘Rain Town’ di Taiping, Perak.

Bagi beliau, ia adalah sesuatu yang bagus untuk industri perfileman apabila seorang pengarah filem mengarahkan filem yang bukan daripada bahasa ibunda kerana beliau bukan sahaja berkarya dengan bahasa berbeza tapi menjalani keseluruhan proses yang menarik dari perspektif berlainan melalui interaksi dan pembelajaran.

Walaupun kali pertama mengarahkan filem berbahasa Kantonis, Tunku Mona sebelum ini pernah mengarahkan iklan pelbagai bahasa antaranya Bahasa Mandarin, Kemboja dan Vietnam selain menghasilkan supertelefilem “Uri” dan “Parit Jawa”, masing-masing dalam bahasa Iban dan Jawa.

Kisah ‘Rain Betting’ Di Rain Town

Menerusi satu kenyataan Current Pictures terdahulu, Tunku Mona berkata, idea untuk menghasilkan Rain Town bermula setelah dia dimaklumkan oleh seorang jurugambar pada tahun 2016 mengenai ‘Rain Betting’ atau bertaruh dengan meneka waktu hujan yang pernah berlaku suatu masa dahulu di Taiping, Perak.

Beliau sangat tertarik dengan kisah ‘Rain Betting’ kerana ia satu cerita yang unik, namun lantas mewujudkan satu karakter bernama ‘Choo’ yang suka bertaruh serta seorang bapa yang suka mengaturkan kehidupan anak-anak yang sudah meningkat dewasa sehingga menimbulkan konflik dalam keluarga mereka.

Menurut beliau lagi tajuk ‘Rain Town’ dipilih berikutan lokasi penggambaran diadakan di Taiping yang terkenal sebagai kawasan menerima taburan hujan paling banyak di Malaysia.

Filem RainTown akan memulakan tayangan pada 8 hb Februari 2024 sempena Tahun Baru Cina di pawagam GSC dan TGV yang terpilih. – NMH

The post ‘Rain Town’ Sebuah Filem Sarat Emosi, Nilai Kekeluargaan first appeared on NMH.

Penyanyi, Komposer Terkenal Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati
Yasin, penyanyi dan komposer terkenal sempat ‘memberi’ pesanan supaya mengirim salam kepada ahli Parlimen Syed Saddiq

Petaling Jaya: Penyanyi nasyid, Yasin Sulaiman berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja di kediamannya, pada 24 Mac lalu.

Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 47, kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah. Beliau memakai baju-t hitam dan tiba di mahkamah kira-kira 10 pagi diiringi anggota polis.

Mengikut pertuduhan, penyanyi popular dengan lagu Mimpi Laila didakwa mengedar dadah jenis ganja anggaran berat 214 gram.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah unit kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara di sini, pada jam 5.30 petang, 24 Mac lalu.

Yasin juga sempat ‘memberi’ pesanan supaya mengirim salam kepada Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah di sini. Ucapan itu dituturkan Yasin secara santai dan tenang sebelum masuk ke dalam bilik mahkamah di kompleks berkenaan.

“Kirim salam pada YB Syed Sadiq, minta dia segerakan kelulusan kanabis untuk perubatan di Parlimen,” kata Yasin kepada petugas media.

Semalam, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata penyanyi terbabit akan didakwa atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 39B dan 6B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa polis turut menemui dua plastik berisi ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 214 gram, cecair pemusnah serangga, alat pengukur kandungan PH air, alat penyukat suhu, lampu, alat menyiram tanaman dan alat pengudaraan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Penyanyi Mengaku Tidak Bersalah

Sementara itu, Yasin mengaku tidak bersalah bagi satu lagi pertuduhan di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin di Mahkamah Sesyen.

Tertuduh didakwa menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah merah di lokasi, waktu dan tarikh sama.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 6(B)(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang enam kali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Al-Saifi Hashim dan Asnawi Abu Hanipah manakala tertuduh diwakili peguam Yusmadi Yusoff.

Bagi kedua-dua prosiding itu, mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap Yasin dan menetapkan 18 Mei ini untuk sebutan semula kes. – New Malaysia Herald

The post Penyanyi, Komposer Terkenal Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati first appeared on NMH.

Surat Terbuka Bidas K-P Finas Oleh Pengarah Tersohor U-Wei
KUALA LUMPUR : Pengarah tersohor U-Wei Haji Saari mendesak agar Ketua Pengarah Perbadanan Filem Nasional (Finas), Ahmad Idham Ahad Nadzri bertindak matang atas apa sahaja keputusan yang dibuat berhubung filem negara. Desakan itu dibuat setelah dana filem kenegaraan yang dipohonnya dari Finas ditolak atas alasan keputusan itu ‘atas arahan dari pihak atasan’. Dalam satu surat terbukanya, U-Wei menzahirkan kekecewaannya sekiranya Ketua Pengarah Finas itu menggunakan kuasa veto dalam menentukan nasib sesuatu permohonan.

Salam Sejahtera Saudara Ahmad Idham Ketua Pengarah FINAS,

Surat terbuka ini saya tulis setelah menerima berita penolakan tanpa alasan oleh Finas bagi projek filem kenegaraan. Ini disampaikan oleh penerbit saya iaitu Dato’ Azmir Saifuddin mantan Penolong Ketua Pengarah Finas dan filem diberi tajuk “Wangi Jadi Saksi’.

Ingin dinyatakan di sini surat rasmi penolakan dinyatakan melalui e-mail di bawah tajuk Keputusan Permohonan Dana Kandungan Digital dan tidak ada menyebut filem kenegaraan.

Saya pasti anda bukan sahaja sudah termaklum akan projek ini tetapi telah juga tahu tentang keputusannya. Atau dengan cara langsung mahupun tidak anda ada memain peranan dalam keputusan itu. Ini saya katakan begitu dari tangkapan sumber Finas yang mengendalikan dana ini apabila beliau menyebut akan ‘…kerana keputusan dari atas’. Dan ‘immediate boss’ beliau adalah saudara sendiri.

Saudara Ahmad Idham,

Ingin diingatkan bersama, Finas dari definisi adalah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia sekaligus ditubuhkan untuk kemajuan filem kita. Dan saya menyokong penuh projek untuk menghasilkan filem kenegaraan dan adanya filem nasional. Projek filem kenegaraan ini diumumkan kala anda menyandang jawatan Ketua Pengarah Finas pada kali kedua setelah perjalanan anda
sebagai Ketua Pengarah kali pertama tidak lancar dan dihentikan.

Saya memohon melalui ‘Wangi Jadi Saksi’. Pitching 16 Mac secara maya menggunakan aplikasi Zoom pada pukul 3 petang berjalan lancar. Hadir bagi pihak kami adalah saya, Dato’ Azmir Saifuddin dan Azman Azahar dan dari pihak Finas adalah Mohd Fazli Abdul Aziz dengan dua orang ahli akademik – seorang profesor dan seorang doktor. Tidak ada satu soalan ditanya dan setelah pembentangan saya bertanya lagi jika ada soalan atau keraguan dan mereka hanya menunjukkan ibu jari sebagai semuanya baik. Saya tekankan di sini mereka dipilih Finas ini adalah orang-orang pakar yang dipercayai. Orang ilmuan yang saya hormati.

Saudara Ahmad Idham,

Kala saya menerima berita penolakan saya sebenarnya tidak terkejut dan juga terkejut. Saya tidak faham akan campur tangan anda sebagai Ketua Pengarah dalam menentukan keputusan setelah kebijaksanaan yang diamanahkan kepada pegawai anda dan kedua-dua orang pakar tadi. Saya juga tidak nampak bijaknya sumbangan anda di peringkat akhir dalam keputusan selain menunjuk kuasa anda yang ada. Setahu saya selama saya sebagai pembikin filem (menulis, mengarah dan menerbit) saya tidak sedar atau tahu akan kecemerlangan anda dalam menghasilkan sesebuah karya filem yang bermutu tinggi atau dalam kata lain sebuah filem yang boleh diterima di peringkat antarabangsa.

Saya tidak terkejut (hairan agak pasif) kerana pada Sabtu malam 13 Feb setelah berkali-kali diajak berjumpa, akhirnya saya bersua dengan Ellie Suryati di sebuah hotel. Pada malam itu beliau telah menyuarakan cadangan supaya sebuah persatuan baharu ditubuhkan atas cadangan saudara sendiri dan atas persetujuan saudara juga saya telah diminta untuk memimpin persatuan tersebut. Salah satu tujuan penubuhan persatuan baharu itu adalah untuk memadamkan persatuan pengarah yang telah ada iaitu FDAM yang diketuai Saudara Ahmad Ibrahim. Setelah mendengar huraian yang panjang lebar daripada Ellie Suryati saya menolak cadangan beliau yang sudah tentunya cadangan yang datang daripada saudara juga.

Dan pada Selasa petang 16 Mac saya mendapat pesanan Whatsapp dari pihak Finas yang mengatakan Menteri Komunikasi dan Multimedia dan juga Ketua Pengarah Finas akan membuat lawatan sesi ziarah FINAS PRIHATIN ke rumah pengarah filem (nama Othman Hafsham dan saya disebut). Saya menyatakan keberatan saya tentang situasi sekadar memberi token seolah-olah memperagakan tokoh-tokoh filem dengan bergambar dengan cek (nilai selalunya dalam lingkungan RM1000) bersama menteri dan pegawai-pegawai Finas yang sepertimana kerap dilakukan. Seperti saya katakan seniman harus ditolong tetapi bukan dengan cara begini. Ini ada saya tulis/perjelaskan kepada puan Jame dari Finas untuk diterangkan kepada pihak menteri dan saudara.

Dengan itu sekali lagi saya tidak bersetuju dengan rancangan Finas di bawah pentadbiran saudara. Oleh itu saya harap perasaan prejudis saudara (jika ada) tidaklah digunakan untuk mempengaruhi keputusan terhadap permohonan saya. Ayat penuh yang disebut oleh sumber Finas adalah, “kami semua sokong projek ini tetapi kerana ada keputusan dari atas”. Jadi jika saudara sebagai Ketua Pengarah FINAS turut ikut serta juga dalam pemilihan dan penentuan projek mana yang patut diluluskan atau tidak diluluskan dan menggunakan kuasa veto dalam menentukan nasib permohonan saya sekaligus saudara telah menghina kebijaksanaan panel yang dilantik Finas sendiri.

Sudah tentu saya terkejut apabila diberitahu akan penolakan tersebut. Untuk menghasilkan filem kenegaraan bukanlah suatu perkara yang mengikut rasa hati. Proses ini mengambil kira beberapa faktor awal yang sangat penting iaitu 1) projek yang bagus dan berpotensi supaya dapat mengetengahkan nama negara, 2) pembikin yang bukan sahaja mempunyai credential yang kuat tetapi konsistensi dalam penghasilan filem berkualiti dan 3) syarikat yang kukuh dan berkebolehan. Kesemua itu harus menjadi prioriti dan amat tidak wajar dan memalukan sekiranya ada pihak yang mengikut rasa hati dalam menentukan siapa yang layak dan patut mengerjakannya.

Saudara Ahmad Idham,

Saya tidak selesa untuk menyenaraikan pencapaian saya atau apa yang dikatakan kejayaan dalam bidang ini, tetapi apa yang dimaksudkan dalam perkara pertama para di atas antara lain adalah filem kenegaraan harus mendapat perhatian di luar negera dan ini boleh dicapaii menerusi jemputan ke festival-festival filem antarabangsa yang relevan, sekali gus meletak filem kita ke dalam peta filem dunia. Filem ‘Kaki Bakar’ arahan saya adalah filem Malaysia pertama dalam sejarah filem Malaysia diundang (Official Selection) ke Cannes International Film Festival pada tahun 1995 dan seterusnya ke sekian banyak festival penting yang lain. Filem pendek saya ‘Sepohon Rambutan Indah Kepunyaan Saya di Tanjong Rambutan’ pula diundang (Official Selection) ke Cannes Film Festival pada tahun 2006. Akan menjadi nilai tambah jika sesebuah produksi mendapat perhatian dari awal yang selalu membikin pihak festival penasaran apabila mendapat tahu seseorang pengarah memulakan sesebuah projek filem. Selain festival filem di Dubai saya tidak pernah memohon untuk menyertai festival filem antarabangsa kecuali dijemput oleh mereka. Dan kesemua filem saya pernah dijemput dan ditayangkan di festival filem antarabangsa.

Saya juga mendapat khabar yang Finas terangsang untuk kelak membuat filem supaya dapat dipertandingkan di Oscar. Satu impian dan hasrat yang tinggi. Finas dikhabarkan telah membuat langkah untuk merealisasikan (walupun dengan alasan R&D atau sebagai studi) dengan menubuhkan satu grup membuat kajian melalui metodologi tersendiri tetapi terbukti bukan berlandaskan akademik.

Kesedaran agar pencapaian ini diperoleh mungkin tercetus daripada kejayaan Sinema Korea dan kebangkitan sinema Asia dengan kemuncak Korea menerima filem terbaik di Oscar pada tahun 2019 melalui filem ‘Parasite’. Jika ini ukuran saudara kita harus tengok sejarah perjalanan Sinema Korea dan peranan tegar badan perfileman mereka dan kerajaan mereka terhadap perkembangan sinema mereka. Saya diundang ke Pusan International Filem Festival (sekarang ditukar nama kepada Busan International Film Festival) yang pertama dan kedua pada tahun 1996 dan 1997 dan di situ telahpun saya nampak perancangan dan komitmen pihak pemerintah terhadap sinema mereka. Jika Sinema Korea menjadi contoh bukan sahaja filemnya (isi dan pertukangan) harus dikaji tetapi infrastruktur dan komitmen badan perfileman dan kerajaan mereka harus dikaji dahulu.

Begitu jugalah jika dikaji Sinema Iran. Pelaksanaan bagi perancangan besar harus dimulakan di atas meja tulis. Untuk Malaysia melahirkan kebanggaan dengan filem kenegaraan komitmen kerajaan harustotal. Saya tidak nampak akan usaha perseorangan dalam melaksanakan filem dalam skala sebegitu. Dan saya sendiri telah menulis, mengarah dan menerbitkan filem berskala besar ‘Hanyut’ pada tahun 2014 setelah Enfiniti Filem dengan terbitan Tiara Jacquelina mengeluarkan filem ‘Puteri Gunung Ledang’ 2004.

Penggambaran Filem ‘Hanyut’ oleh U-Wei Saari. Kredit gambar: Timeout.com

Saudara Ahmad Idham,

Bagi pengetahuan saudara selain dari kesemua filem saya pernah menyertai festival antarabangsadunia, saya juga kerap diundang sebagai juri di festival-festival filem antarabangsa (biodata saya dilampirkan), dan saya juga menduduki film committee Nomination Council Asia Pacfic Screen Awards di Brisbane Australia. Dari penglibatan saya sebagai jury di Sundance Film Festival saya telah dilantik sebagai salah seorang mentor di Middle East Screenwriter’s Lab untuk The Royal Film Commision Jordan yang disokong oleh Sundance Institute. Jika saudara lihat lampiran biodata saya banyak lagi penglibatan saya dalam dunia perfileman sebagai pembikin, penasihat, pengajar, perserta dan kurator festival filem mahu pun juga dalam cabang disiplin seni lain seperti teater dan seni tampak tanah air.

Saya tidak mahu memanjangkan tulisan ini kecuali diperlukan, dengan akhir kata saya ingin saudara fikir semasak-masaknya apa sahaja keputusan yang saudara lakukan berkenaan perfileman apa lagi perfileman tanahair. Filem kita adalah jiwa kita. Jiwa yang besar. Ini adalah demi maruah filem kita jika kita ingin berpencak di persada dunia. Kita harus berkelakuan antarabangsa jika kita mahu dilihat antarabangsa.

Sekian, wassalam

U-Wei Bin HajiSaari

The post Surat Terbuka Bidas K-P Finas Oleh Pengarah Tersohor U-Wei first appeared on NMH.

DS Vida La Vida Berlakon Demi Cik-B, Anak Beliau Yang Berbakat
Alang-alang penulis New Malaysia Herald menjadi ‘pak pacak’ sebagai wartawan dalam telemovie yang bakal ditayangkan oleh Astro Ria, apa kata terus melakukan ‘tugasan’ dengan menemuramah Datuk Seri Vida (DSV) pula sebelum balik ke Puchong. Maka penulis dan beberapa rakan media online pun setelah mendapat ruang dan peluang, kami pun berkumpul dan mengambil tempat masing-masing. Memandangkan hari sudah petang dan DSV pun ada urusan lain, temuramah kami di jalankan dengan agak pantas. Terima kasih kepada DSV yang peramah dan tidak lokek untuk berbicara bersama kami.

DSV atau nama sebenar Dr Hajjah Hasmiza bt Othman, lahir pada 24 Oktober 1971, adalah anak kelahiran Kelantan yang merupakan ikon usahawan wanita yang berjaya, dan merupakan seorang yang ‘adventurous’ dari segi mempromosikan produk perniagaan dengan ‘branding’ tersendiri. Single sulungnya bertajuk “I Am Me” telah dilancarkan pada 14 Julai 2017, di mana ia digubah oleh Edry Abdul Halim (Edry KRU) dan telah mendapat tontonan 50,000 penonton dalam tempoh dua hari setelah dimuatnaik ke YouTube.

Memegang watak sebgai Pengurus Cik-Beyonchey (Cik B) dengan Chubb-E dan Cat Farish dalam Telemovie Jay-Jie X Cik B-Yonchey.

Penyokong Setia Anak

Bercerita tentang telemovie yang bakal di tayangkan di Astro Ria, DSV lebih banyak memperkatakan tentang anak beliau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau Cik B yang merupakan watak utama.

“Telemovie adalah sangat menghiburkan  dan saya hanya dimasukkan last minit. Saya menerima tawaran ini sebab mahu memberi semangat dan menemani anak saya. Sebagai ibu, saya tahu kekuatan anak saya adalah bakat yang dia ada. Cik B bukan sahaja berkebolehan untuk berniaga, dia juga berbakat menulis lirik, melawak dan berlakon.” Menurut DSV, pada awalnya, Cik B banyak menulis lirik lagu, tetapi hanya simpan dan malu nak tunjuk kepada ibunya.

“Setelah saya tahu kebolehan anak saya, satu persatu kebolehannya saya cuba ketengahkan. Termasuk untuk menjadi watak utama dalam telemovie ini. Saya pernah menghadapi pengalaman yang kurang mengembirakan semasa berlakon satu masa dahulu, dan bab menghafal skrip adalah yang saya paling lemah.

“Bukan sedikit pengorbanan masa apabila berlakon. Saya sampai di lokasi dan pulang ke hotel kadangkala jam 3 pagi. Kesabaran yang tinggi diperlukan semasa menunggu ‘scene’ lakonan.” Pada DSV, kehadiran beliau yang paling utama adalah sebagai peneman anak agar beliau tidak rasa sunyi apabila balik ke hotel setelah habis penggambaran.

Momen Remaja Yang Hilang

Dengan kesibukan Cik B yang tidak selari dengan usianya yang baru menjangkau 16 tahun, ramai yang bertanya adakah Cik-B kehilangan dunia remaja kerana begitu sibuk di ‘alam dewasa’ kerana mengikut jejak langkah ibunya.

“Berkenaan momen remaja Cik B, adalah benar bahawa dia tidak berkawan dengan rakan-rakan  yang sebaya dengan dia. Dia berkawan dengn pekerja-pekerja saya yang lebih dewasa.  Mungkin kerana itulah fikiran dia lebih matang daripada umur sebenar. Dia juga ada dua tiga ‘alam’, sebagai seorang rapper dan penghibur yang nama meningkat naik, seorang anak dan kakak  yang sangat penyayang, serta seorang individu yang baik hati, pemurah dan suka membantu orang lain. Berjiwa halus dan sensitif, walaupun kurang dengan rakan sebaya, tetapi sentiasa ada untuk adik kesayangannya, Kacak,” kata DSV.

Kacak adalah adik Cik B, nama sebenar ialah Muhammad Eric Zakuan berusia 14 tahun. Terdahulu DSV telah kehilangan dua orang anak lelakinya yang meninggal dunia akibat kebakaran dalam satu kejadian pada tahun 2013.

DSV juga mengakui bahawa Cik B tidak berkawan dengan sebarangan orang kecuali anak-anak pekerja dan pekerja-pekerja beliau.

Cik-B Anak Yang Membanggakan

”Saya sebagai ibu berbangga melihat cara Cik B menjawab pihak media, sangat matang dan ‘cool’. Saya bukan mahu memuji Cik B bagus kerana dia anak saya. Dia bagus kerana atas usaha dia sendiri, dia banyak belajar daripada internet dan persekitaran. Kerana itu, saya mahu menggilap dan mengangkat semua bakat yang dia ada. Saya bukan mahu memuji anak sendiri, tetapi dia memang bagus. Kerana itu saya perlu mengangkat bakat dia. Dulu, dia pemalu dan tidak mahu berkongsi koleksi lagu ciptaan dia dengan saya. Sekarang dia dah mula keluar dari kepompong dan tidak malu menyanyikan sendiri lagu-lagu ciptaan dia.”

Kejayaan Cik B berjaya menambat hati peminatnya apabila single pertamanya hasil ciptaan bersama Cik B dan DSV berjudul ‘Tolonglah’ yang menceritakan tentang liku-liku kehidupan Cik B sedari kecil di mana beliau melalui saat-saat getir didera pembantu rumah, kehilangan insan tersayang, isu keluarga dan sebagainya. Lagu tersebut meraih lebih 3.2 juta tontonan di YouTube. Pembikinan video lagu tersebut dilakukan di rumah dan gudang sambil dibantu oleh kakitangan Wisma Vida Beauty.

Harapan Seorang Ibu

DS Vida sebagai pelakon tambahan dalam Telemovie untuk hari raya demi menemani anak dia Cik B yang merupakan pelakon utama

Menurut DSV lagi, antara tiga bakat Cik B, yang paling menyerlah adalah menyanyi dan menulis lirik lagu. “Bagi saya kekuatan anak saya adalah dalam bidang seni hiburan selain daripada bidang keusahawanan, di mana dia boleh menyanyikan sendiri lirik yang dia tulis. Namun bagi saya, saya mahu Cik B dapat menjayakan semua yang di cita-citakan berbekalkan bakat yang dia ada. Sebenarnya, saya mahu asah bakat dan beri pendedahan, dan meletakkan dia sebgai seorang yang berjaya dalam semua bidang, sementara saya masih diterima dan saya ada penyokong dan peminat yang juga akan menyokong perjalanan seni dan kerjaya Cik B.”

DSV juga memberitahu bahawa beliau anak-beranak sedang menunggu kemasukan ke kolej untuk Cik B, yang akan mengambil jurusan kejuruteraan programmer dan selepas urusan Cik B selesai, masa untuk menggilap potensi Kacak pula, dan  saya boleh berehat.”

Dari segi kerja-kerja kebajikan pula, DSV lebih suka melakukannya tanpa sebarang publisiti kerana pada beliau kerja-kerja sebegitu berpegang kepada prinsip lebih baik tangan kanan memberi, tanpa di ketahui oleh tangan kiri.

Nantikan kemunculan DSV bersama-sama Cik B, Cat Farish, Ifa Raziah dan bakat-bakat muda seperti Chubb-E, Yonni Boii dan Zynnakal dalam Telemovie Jay-Jie X Cik B-Yonchey pada hari raya ke-3, pukul 10.00 pagi di Astro Ria. – New Malaysia Herald

Mengenai penulis: Emma Harith adalah seorang surirumah sepenuh masa. Selain daripada menguruskan hal ehwal domestik, penulis juga seorang Aktivis kemasyarakatan di samping mempunyai hobi makan-makan dan jalan-jalan. THE KITCHEN IS MY OFFICE. If you can’t stand the heat, stay away from the kitchen.

The post DS Vida La Vida Berlakon Demi Cik-B, Anak Beliau Yang Berbakat first appeared on NMH.

‘Papa Jahat’ BerHari Raya Stail Hip Hop
Bukan mudah rupanya menjadi pelakon tambahan, penulis berpeluang untuk menjadi ‘nasi tambah’ bagi sebuah telemovie yang akan ditayangkan pada Hari Raya pertama di Astro Ria. Dari Puchong menaiki LRT, kemudian menaiki GRAB ke tempat yang di tuju, nasiblah sudah ada LRT jimat sikit belanja, kerana jika dahulu di waktu sesak pagi dah tentu bayaran teksi ‘tanpa meter’ menjangkau RM100.

Semasa dalam perjalanan terfikir pula, apa kata penulis menangkap ‘mangsa’ untuk cerita terkini, maklumlah bukan senang nak dapat peluang untuk bersama dengan selebriti Malaysia. Sampai di sana, ramai rupanya yang sudah menunggu, penulis pun mengambil tempat sebagai “pak pacak’, bukan sebagai dayang atau pemegang tombak, tetapi sebagai salah seorang ‘wartawan’  yang sedang hadir di sesi sidang media watak utama.

Jenuh juga, satu ‘scene’ kena dilakukan beberapa kali sehingga Tuan Direktor puas hati. Selepas itu, penulis serta beberapa orang rakan wartawan lain pun menjalankan ‘misi’ masing-masing, iaitu menemuramah selebriti yang terlibat dengan penggambaran pada hari tersebut. Apa lagi, ‘mangsa’ pertama penulis  adalah Cat Farish, satu nama yang besar dalam industri musik negara, yang memegang watak sebagai pengurus kepada watak utama. Seorang pemuzik, penyanyi, penulis lagu, penyanyi rap, penerbit rakaman, dan yang paling tidak dilupakan adalah merupakan pengasas kumpulan rap Ruffedge (1997) dan The Fabulous Cat (2006).

Lakonan sebagai Fendi, Pengurus kepada watak utama telemovie Jay-Jie x Che Beyonchey. Gambar ihsan Ruffedge

‘Papa Jahat’ Yang Baik – Dulu, Kini Dan Selamanya

Cat Farish, atau nama sebenarnya, Farish Zaquan bin Ramli (47 tahun), bersama Ruffedge menghasilkan lagu hit Khayalan, Da’bomb, Goyang dan yang paling diingati peminat ialah Tipah Tertipu.  Lagu tersebut kemudiannya dijadikan sebuah filem Tipah Tertipu The Movie, di mana semua anggota Ruffedge berlakon di bawah arahan Ahmad Idham pada 2006, menampilkan aktres Intan Ladyana sebagai watak utama.

Ruffedge – Single baru akan keluar lepas Raya ni. Dari kiri: Azan Addin, Cat Farish, Mode , Sein Qudsi, Zain Hamid – Gambar ihsan Ruffedge

Bersama The Fabulous Cat pula, lagu yang mencuit hati ramai  dan mendapat  putaran meluas dari stesen-stesen radio dan menduduki tangga teratas dalam banyak carta hiburan adalah ‘Papa Jahat,’ namun lagu tersebut telah digam oleh stesen penyiaran milik kerajaan berikutan liriknya yang di katakan menyindir kaum bapa.

Cat Farish juga menjelaskan beliau bukan sahaja menulis lagu-lagu ‘nakal’, tetapi juga menulis lagu-lagu berkonsepkan ketuhanan seperti dengan Kumpulan Firdaus dan UNIC dengan nama ‘Pujangga’. “Saya adalah Cat Farish, tetapi kalau genre lagu, nama Pujangga lain, Papa Jahat lain, Ruffedge lain,” katanya lagi.

“Itu semua adalah kenangan dan pengajaran sebagai penghibur dan anak seni. Perkembangan terbaru saya adalah saya baru lepas berkoloborasi dengan PU Riz bagi single terbaru Datin Alyah bertajuk ‘Thank You Allah’, sempena Bulan Ramadan dan sudah pun berada dalam YouTube Warner Music. Perancangan awalnya adalah dari Datin Alyah yang mencetuskan idea ini sejak PKP, keadaan yang memberikan impak kepada kita semua. Secara amnya, sekejap sahaja masa yang diambil untuk menyiapkan video tersebut.

Lakonan Sebagai Pengurus Artis Hip Hop, Lagu Raya Dan Ruffedge

Di tanya berkenaan watak Fendi, seorang pengurus artis yang berwatak  ‘happy go lucky’ dan terkinja-kinja kepada Watak Utama, yang merupakan ‘musuh musik’ kepada watak utama yang kedua menyatakan bahawa pada mulanya, beliau hanya sebagai komposer lagu raya dalam telemovie ini. “Pada awalnya tajuk adalah lain, tetapi diubah kepada Raya Hip-B yang lebih menjurus kepada lagu hip hop mengikut selera musik generasi masa kini.”

“Kalau nak di katakan lagu raya ini boleh jadi ‘Evergreen’ atau tidak, itu hanya masa yang akan tentukan, tetapi jangan lupa lagu ‘La Vida Raya’ walau mendapat pelbagai reaksi, ia adalah satu lagu raya yang viral. Masa zaman saya muda dahulu lagu raya yang berkumandang adalah lagu 4U2C dan Feminin. Pada masa itu, lagu-lagu itu biasa sahaja, tetapi kini, lagu-lagu tersebut di terima sebagai lagu raya yang ‘evergreen’.

“Bagi Ruffedge pula, kami sudah pun mengadakan empat konsert yang pecah panggung, di mana 5,000 tiket kami sudah habis terjual dalam masa sejam. Konsert kami di RTM bersama 4U2C juga ramai peminat yang datang sehingga ada yang sanggup duduk di tangga. Ini cerita sebelum pandemik COVID-19 . Selain itu, kami ada buat single terbaru olahan baru lagu ‘Da Bomb’ untuk kempen pemasaran ‘Sugar Bomb’, dan kini video itu telah viral menjangkau 250,000 penonton.

Masuk Politik?

Memandangkan sekarang tren artis dan selebiti masuk politik, di mana yang terbaru Altimet dan Afdlin Shauki, Cat Farish menjawab:  “Bagi saya, pada masa ini saya belum ke arah sana walaupun saya datang dari keluarga yang giat berpolitik, bermula daripada nenek saya yang merupakan orang kuat Tun Ghafar Baba sedari politik sebelum kemerdekaan lagi.  Kini, makcik, pakcik dan sepupu saya juga bergiat dalam politik mengikut parti politik pilihan masing-masing. Secara peribadinya, saya  berada dalam lingkungan politik sejak zaman DS Najib Razak menjadi Perdana Menteri. Banyak lagu-lagu patriotik yang saya gubah termasuk lagu ‘Janji Ditepati’. Lagu-lagu patriotik ini adalah sumbangan harta intelek saya kepada negara. Lagu-lagu ciptaan saya itulah semangat patriotik saya.”

Berbalik kepada soalan tadi, Jika saya masuk politik, maka politik yang akan saya bawa adalah ‘Politik Hip-Hop’, di mana semua rakyat akan bergembira dan tiada bersengketa. Pandemik ini adalah satu perkara yang mengubah kehidupan seorang, tanpa mengira sesiapa pun. Orang yang berada di atas janganlah lupa yang di bawah. Kami di Ruffedge masih lagi kukuh walau dilanda badai beberapa kali. Yang di atas tak payah nak mendongak sangat, sampai masa akan turun jua. Pandemik ini mengajar kita supaya untuk ‘survive’ kita perlu berusaha untuk hidup.”

Persaingan Sengit

Cat Farish juga menasihatkan artis-artis muda perlu berusaha lebih kerana persaingan adalah sangat sengit. Mereka juga perlu memahirkan diri menggunakan medium media sosial untuk mempromosikan bakat sebaik-baiknya kerana zaman media sosial ini adalah zaman mereka. Selain itu,  jika mahu menjadi penghibur, bakat-bakat baru patut pandai menari, kerana pada ketika ini, medium TikTok banyak mengajar tarian-tarian mudah untuk diikuti.

Akhirkata dari Cat Farish agar para peminat semua menyaksikan Telemovie Jay-Jie VS Cik B-Yonchey di Astro Ria pada Hari Raya ke-3, pada jam 10 pagi. Telemovie ini menampilkan pelakon utama Cik-B, Chubb-E, Dato Seri Vida dan Cat Farish di samping pelakon pembantu iaitu Zynnakal, Yonnie Boii, Azman Ahmad dan Ifa Raziah.

Nantikan Bahagian Kedua pula, New malaysia Herald bersama Dato’ Sri Vida, ikon wanita berjaya menceritakan perihal anak gadisnya Cik-B yang berlakon sebagai salah satu watak utama dalam telemovie ini. – New Malaysia Herald

Mengenai penulis: Emma Harith adalah seorang surirumah sepenuh masa. Selain daripada menguruskan hal ehwal domestik, penulis juga seorang Aktivis kemasyarakatan di samping mempunyai hobi makan -makan dan jalan-jalan. THE KITCHEN IS MY OFFICE. If you can’t stand the heat, stay away from the kitchen.

The post ‘Papa Jahat’ BerHari Raya Stail Hip Hop first appeared on NMH.

Saw Teong Hin: Perbezaan Bangsa Tiada Halangan Dalam Dunia Perfileman
Iklan Perpaduan

Klik untuk tonton di YouTube New Malaysia Herald.

Oleh Saodah Ismail

Menonton filem Puteri Gunung Ledang di Netflix baru baru ini sangat mengujakan. Mengapa? Kerana apa yang disajikan di Netflix sedikit berbeza dari apa yang saya saksikan 16 tahun lalu ketika filem itu ditayangkan di hari pelancaran. Ia telah diberi sedikit pembaharuan oleh pihak penerbit untuk tayangan Netflix.

Ia juga memberikan satu perspektif yang berbeza, ia bukan sekadar filem legenda mega yang menggabungkan nama nama besar dua negara bahkan ia adalah filem yang memperlihatkan di mana kita suatu masa dahulu –  tiada jarak dan sempadan dalam karya kreatif kita selama ini.

Filem legenda Puteri Gunung Ledang ditulis oleh Mamat Khalid manakala skripnya ditulis bersama pengarah Saw Teong Hin. Bukan itu saja, ia dihasilkan dengan gabungan yang lebih besar – menggabungkan nama-nama besar dalam dunia perfileman Malaysia dan Indonesia. Dari Malaysia, selain Tiara Jacqueline,  ia turut dibintangi Datuk M Nasir, Datuk Rahim Razali, Sabri Yunus, Man Bai, Adlin Aman Ramlie, Khir Rahman manakala dari Indonesia pula barisan pelakon handalan terdiri dari Slamet Rahardjo, Christine Hakim, Alex Komang dan Dian Sastrowardo.

Saw Teong Hin seorang pengarah berbakat

Sejak Dulu Lagi Kita Tak Ada Masalah

Bukan itu saja, dari sudut produksi pembikinan filem pula, ia melibatkan tenaga kerja dari pelbagai bangsa, set binaan Saw Teong Hin dihasilkan oleh tenaga kerja dari India dan sentuhan CG (computer graphics) dihasilkan di sebuah studio di India, melalui usaha pembantu penerbitannya bernama Mini Purushot.

Sebenarnya, ini bukan sesuatu yang menghairankan di dalam industri kerana sejak zaman P Ramlee lagi, kita telah melihat gabungan penyatuan ini. Tiada masalah bagi orang kreatif berkarya tenaga dengan sesiapapun dan kerana itu saya usahakan pertemuan dengan pengarah Saw Teong Hin. Nasib saya baik, kami dapat bertemu baru baru ini di Bangsar. Kali terakhir adalah 16 tahun lalu di sidang akhbar filem, selepas tayangan.

Pada usia 58 tahun hari ini, anak kelahiran Pulau Pinang ini menyatakan dia tidak pernah memikirkan soal aku Cina, dia Melayu. Soal bangsa tidak pernah terlintas di hati dan fikiran. Dan dia tidak melihat filem Puteri Gunung Ledang sebagai filem Melayu yang diarah oleh orang Cina. Tidak.

Penulis bersama Saw Teong Hin yang menceritakan kisah pembikinan filem Puteri Gunung Ledang

“Kita tak terfikir pun soal itu, bahkan ia bukan isu. Tidak pernah sama sekali. Saya fikir penerbit juga tidak memikirkan soal itu,” katanya mengimbas kembali kenangan mengarah filem besar itu dan ia merupakan filem arahannya yang pertama.

Iklan Perpaduan

Klik untuk tonton di YouTube New Malaysia Herald.

Tidak Pernah Timbul Soal Bangsa

Tambahnya, soal bangsa tidak sepatutnya timbul. Apa yang penting bagi proses kreatif adalah bersifat universal. Itu adalah faktor untuk menghasilkan kejayaan besar, terutama untuk sebuah filem epik seperti Puteri Gunung Ledang.

“Selama ini kita sudah berada di landasan yang betul. Bersatu dalam kerja seni tanpa mengira bangsa dan anutan agama. Terutama di Malaysia, setiap hari kita berjumpa dan bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, dari pelbagai bangsa.  Saya sendiri dibesarkan di Pulau Pinang dengan kejiranan yang sebegini.

“Kita bukannya berada di bandar kecil di negara lain kerana negara kita sememangnya dari pelbagai rumpun bangsa dan agama. Tiada siapa persoalkan kenapa perlu berhijab dan sebagainya. Itulah saya katakan, kita sudah berada di landasan yang betul. Malaysia sebuah negara yang dipenuhi pelbagai bangsa lahir di sini,” tambah Teong Hin yang sehingga kini masih tidak putus hubungan dengan rakan taulan yang terlibat di dalam produksi filem tersebut.

Satu lagi gambar kenangan di set penggambaran

Menurutnya, apa yang berlaku hari ini berpunca dari agenda politik. Namun, dia tetap yakin dan percaya bahawa karya seni kreatif tidak seharusnya terlibat dalam permainan agenda tersebut.

Dia sendiri merasa bangga dan puas hati kerana selepas 16 tahun, Puteri Gunung Ledang masih kekal sebagai filem epik terbaik dan masih tiada tandingannya, terutama di dalam produksi yang melibatkan nama-nama besar dua negara jiran.

Menceritakan pengalaman mengarahkan filem yang disiapkan pada 2004 itu,  Teong Hin berkata dia tidak sedikit pun gusar ketika mengarah filem itu. Selain sifatnya yang sentiasa berfikiran positif, dia juga berterima kasih kerana setiap insan yang terlibat dalam produksi itu mempunyai dedikasi yang tinggi, di samping saling menghormati di antara satu sama lain. Ia menjadikan kerjasama di antara mereka lebih mudah dan selesa.

Bukan mudah untuk mebuat sebuah filem epik. Sebuah kren dibawa untuk mendapatkan suduh artistik

Apabila berada di dalam kalangan mereka yang mudah bergaul, kerja sampai malam pun tidak terasa penatnya

Sentiasa Bekerjasama

“Sikap profesional dan saling membantu itu lah penyebab semua dapat menghasilkan satu kepuasan. Kita semua ada cita-cita, saya mencuba sebaik mungkin dan saya hasilkan sebaik mungkin. Bagi saya, membuat filem itu satu rahmat dan menghasilkan satu daripada empat ribu filem untuk tontonan awam di pawagam seluruh dunia adalah satu kepuasan yang sukar untuk digambarkan,” katanya yang mengakui sehingga kini mereka masih bercakap mengenai produksi PGL.

“Ia bagaikan kemuncak di dalam hidup kami,” kata Saw Teong Hin yang masih menulis skrip. Saw Teong Hin pernah menghasilkan filem Hokkien, baru saja menyiapkan skrip untuk sebuah filem Mandarin, yang dijadualkan untuk pembikinan pada bulan Jun 2021.

Seperti filem Hokkiennya dahulu,  You Mean The World To Me, filem Hokkien yang pertama di Malaysia, filem Mandarin kali ini juga mengenai kekeluargaan. Sasarannya bulan Jun, kerana ia bergantung pada situasi semasa dengan penularan COVID-19 dan juga keadaan kewangan.

Bagi Saw Teong Hin, masalah sentiasa ada, namun yang penting adalah sikap positif dan gembira dengan setiap kerja yang dilakukan.

“Dalam dunia kreatif ini, kita patut contohi penghibur Terbaik Asia, Datuk Sudirman Arshad. Kita buat dengan sepenuh hati, dengan kesungguhan yang tidak berbelah bagi. Buat bukan kerana nama, orang putih kata, bukan untuk glory. Itu bagi saya sangat penting. Sebab, kalau tidak, kita akan jadi seperti mengejar pelangi,” katanya mengakhiri perbualan.

Saya percaya pendirian Saw Teong Hin bukan hanya di dalam kehidupan dan kerjaya seninya. Kerana saya yakin, apa yang dirasainya turut dirasai anak seni yang lain. Tiada batas dan sempadan memisahkan kita. Hidup industri kreatif Malaysia! – New Malaysia Herald

Mengenai penulis: Saodah Ismail adalah bekas pengarang hiburan, penulis kanan stesen Astro TV, bekas koresponden dan kolumnis Berita Harian Singapura. Penulis buku dan banyak lagi cerita nak dikongsi melalui coretan beliau.

Kempen Perpaduan Bersama di New Malaysia Herald – Kementerian Perpaduan Negara

The post Saw Teong Hin: Perbezaan Bangsa Tiada Halangan Dalam Dunia Perfileman first appeared on NMH.

Sudirman Contoh Artis Ikon Perpaduan Negara
Oleh Saodah Ismail

Pada 2019, saya telah menghasilkan buku berjudul Sudirman Yang Ku Kenali. Seperti judulnya, ia adalah mengenai penghibur terbaik Asia itu dari kaca mata saya sebagai seorang wartawan hiburan yang mengenalinya sejak hari pertama saya bekerja sehinggalah di hari pengkebumiannya. Tulis dari hati, kata suami saya, baru ia akan menjadi mudah. Dan begitulah seterusnya apabila buku itu berada di pasaran, ia mendapat sambutan yang agak baik.

Menulis dan menjual buku tersebut memberikan saya satu lagi perspektif mengenai Asia’s Number One Performer itu dari sudut lain. Bahawa dia mempunyai peminat yang bukan saja dari pelbagai lapisan masyarakat – yang tua dan yang muda, yang lahir selepas kematiannya bahkan peminat dari pelbagai bangsa, selain orang Melayu.

Peminat Bukan Melayu Menangis Teringatkan Sudir

Pada peringkat awal, sebelum mengedarkan hasil tulisan saya di kedai-kedai buku, kami menjual sendiri menggunakan media sosial, iaitu Facebook. Suatu hari seorang lelaki India menghubungi suami saya bertanya bagaimana dan di mana buku itu boleh dibeli. Lelaki itu seolah-olah mahu menangis, menyatakan keinginannya untuk memiliki buku tersebut kerana dia sangat meminati Sudirman. Katanya, Sudirman adalah penyanyi yang istimewa. Dengan suara yang tersekat-sekat, lelaki itu berkata dia tidak sangka penyanyi itu meninggal dunia pada usia yang terlalu muda.

Pada satu sesi jualan buku di Perak, ketika kami menyertai pesta buku di sana, sekumpulan anak muda berbangsa Cina juga memberikan reaksi yang sama. Mereka menyatakan mereka minat Sudirman kerana kelebihan penyanyi itu setanding dengan artis hebat antarabangsa.

Dan, pernah juga seorang peminat bukan Melayu, yang membeli buku saya memberitahu dia adalah salah seorang peminat Sudirman yang pernah dipelawa naik pentas oleh penyanyi itu di salah satu konsertnya. Katanya, dia mahu menyimpan buku itu sebagai kenangan kerana Sudirman adalah penyanyi yang mempunyai banyak kelebihan tersendiri. Dan dia bangga menceritakannya kepada anak anak dan cucunya pengalaman “mengenali” penyanyi itu.

Dari jualan secara “atas tangan” ramai yang membeli buku saya adalah peminat bukan Melayu. Ia menguatkan lagi andaian saya sejak dulu, Sudirman adalah penghibur yang diminati ramai – bukan hanya di kalangan orang Melayu, bahkan orang Cina, India dan lain-lain. Jika dia masih hidup hari ini, sudah tentu dia adalah artis yang paling tepat untuk dijadikan Duta Perpaduan Nasional, khasnya untuk negara Malaysia yang berbilang kaum ini.

Sesiapa yang pernah menyaksikan konsert Sudirman tentu faham mengapa penyanyi itu mendapat tempat di dalam hati peminat bukan Melayu. Saya sendiri melihatnya sebagai satu kelebihan yang memang ada di dalam diri penyanyi itu. Kalau dalam konsert, baik di hotel besar mahupun di tempat terbuka, Sudirman sentiasa menjadikan pentas sebagai ruang untuk mempamerkan perpaduan di kalangan kaum. Sering kali dia akan mempelawa seorang dua penonton naik ke pentas dan sambil mengusik, mengajak penonton itu menyanyi bersamanya. Dia akan menyakat aci atau nyonya, sambil menyanyikan sebaris dua lagu membuatkan penonton terhibur. Dalam apa keadaan sekali pun, di dalam setiap persembahan, tiada batas dan sempadan di antara dia dan peminat, itulah Sudirman yang saya kenali!

Saya sendiri menyaksikan setiap konsertnya, baik yang bersama Honda atau pun konsert besar seperti Konsert Hari Merdeka, Konsert Chow Kit Road, semangat Malaysia sentiasa diberi keutamaan. Beliau sering menyebut, “Walau siapa pun kita, bangsa apapun kita, kita adalah anak Malaysia!” Begitu juga ketika mengadakan konsert di luar negara, Sudirman akan meletakkan sifatnya yang jitu, iaitu semangat patriotik yang tinggi di dalam persembahannya.

Kerana itu, sehingga hari ini kita masih tidak dapat melupakan bayangan dia berpakaian baju benderanya, masih dapat merasai semangat kecintaan sejatinya pada negara dalam lagu Abadi, Tanggal 31 Ogos dan Warisan. Semangat kecintaannya terlalu tinggi.

Beza Dulu dan Sekarang

Sebenarnya, industri hiburan tahun silam lebih bersifat mesra kaum, berbanding hari ini. Tahun 70an sudah ada rancangan mencungkil bakat di RTM seperti Bakat TV. Ia disertai bukan saja oleh bakat di kalangan orang Melayu bahkan, bukan Melayu. Dari situlah lahirnya bakat-bakat bukan Melayu seperti Datuk Andre Goh pada 1972. Walaupun tidak menang, Andre yang berketurunan Baba dan Nyonya Melaka telah muncul kemudiannya sebagai penyanyi tersohor di dalam mendendangkan irama lagu Melayu asli sehingga dianugerah gelaran Pendokong Seni Negara pada 2006.

Dari Bakat TV, RTM kemudiannya tampil dengan Bintang RTM dengan penyanyi seperti Lanny Lim Mui, Sharon Pamela Isaac,  Khoo Chong Teng, V Sarangabani dan ramai lagi. Industri rakaman juga dimeriahkan dengan penyanyi berkumpulan seperti Sweet September, Alleycats, Freedom, Kumpulan Cenderawasih, Flybaits, Roy dan Fran dan yang lain. Industri perfileman dan TV juga tidak kurang hebat dengan penampilan para pelakon bukan Melayu yang berbakat besar – Susan Lankester, Angelina Tan, Acappan, Sathiya dan ramai lagi.

Perbezaan agama tidak menjadikan kita berbeza, kata salah seorang artis yang sehingga kini masih mencurahkan baktinya di dalam industri muzik, Royston Sta Maria. Saya percaya itulah juga pandangan artis bukan Melayu lain yang pernah mencipta nama di dalam dunia hiburan tanah air. Tiada kebencian, tidak pernah timbul soal perkauman dan sebagainya.

Begitulah sifatnya industri hiburan kita suatu ketika dahulu. Ia dipenuhi dengan bakat seni yang cemerlang dan gemilang. Tiada sifat benci dan iri hati. Tidak seperti hari ini. Dan saya merasa sangat berbangga menjadi sebahagian dari penggiat industri ini dahulu.

Kita pernah merasai zaman itu dengan hidup yang harmoni,  setiap kita bersatu hati, di mana bumi dipijak di situ langit kita junjung. Bandingkan dengan kehidupan masa kini dengan kebencian yang dipupuk pembangkang dengan masa lalu yang harmoni. Apakah anda tidak rindukan hari hari seperti itu? Bersatulah, kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh dan runtuh! – New Malaysia Herald.

Nota kaki: “Buku Sudirman Yang Ku Kenali boleh dibeli melalui penulis, akan ditandatangani dan dipos. Sila hubungi penulis di odahelme22@gmail.com atau whatsapp di nombor 012-2352702.

Mengenai penulis: Saodah Ismail adalah bekas pengarang hiburan, penulis kanan stesen Astro TV, bekas koresponden dan kolumnis Berita Harian Singapura. Penulis buku dan banyak lagi cerita nak dikongsi melalui coretan beliau.

Kempen Perpaduan Bersama di New Malaysia Herald – Kementerian Perpaduan Negara

The post Sudirman Contoh Artis Ikon Perpaduan Negara first appeared on NMH.