Naikkan Bendera Putih Jika Perlu Pertolongan

Apa yang sedang berlaku sekarang adalah diluar jangkaan kita.

Ribuan nyawa rakyat malaysia telah jatuh ke tangan virus ini. Malah, kerajaan sering kedengaran menyatakan bahawa ia sedang melakukan yang terbaik untuk memperbaiki keadaan semasa pandemik ini. Tetapi malangnya, usaha ini jauh lebih meleset dari apa yang kita, sebagai rakyat mahukan.

Dari masa ke semasa kita kerap mendengar kes-kes baru COVID dari Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Kes-kes yang diumumkan ini termasuk lah kes-kes kematian yang disebabkan oleh beberapa masalah komplikasi kesihatan. Yang lebih membimbangkan, kita belum menerima statistik tentang kes-kes yang disebabkan oleh masalah psikologi dan sosiologi seperti bunuh diri, pembunuhan, pengangguran, dan termasuk kes-kes bankrapsi.

Namun, setiap hari, dapat kita perhatikan bahawa banyak terpapar video-video dan gambar-gambar tidak formal tentang kes-kes percubaan pembunuhan, dimana ada yang gagal dan malangnya ada yang tidak. Yang lebih menyedihkan jika hasil percubaan-percubaan ini menjadi kenyataan dan korbannya kehilangan nyawa. Ada juga keadaan yang lebih kejam dimana ibubapa kandung sendiri ingin mengambil nyawa anak-anak mereka sendiri, sebelum mengambil nyawa mereka setelah itu. Percaya atau tidak, ini semua adalah kenyataan diluar sana, sama juga seperti COVID yang juga adalah suatu kenyataan yang tidak dapat kita elakkan.

Sebelum ini, kes bunuh diri banyak berlaku dikalangan mereka yang terjun dari bangunan tinggi. Yang sedihnya, terdapat trend baru dimana kes bunuh diri juga berlaku ditempat-tempat yang kita tidak jangka sebelum ini, seperti di tempat parkir awam, ataupun di atas jejantas.

Semua ini adalah hasil dari gagalnya sistem sosial secara umum.

Kami di New Malaysia Herald, bersama dengan #benarmalaysia #caringbenar #dapurhasnah #ocdforautism, sedang menganjurkan satu kempen di mana mereka yang memerlukan bantuan untuk mempamerkan bendera merah dihadapan premis mereka. Dengan harapan, jika mana-mana pihak berkenaan lihat, mereka akan hubungi nombor-nombor khas untuk mendapatkan bantuan di daerah masing-masing.

Diwaktu yang sama, pihak kami juga didalam proses untuk menubuhkan satu kempen pencarian dana untuk tujuan-tujuan ini. Kami berharap, dana-dana yang dikumpulkan dapat disaluri untuk pembiayaan makanan, barang-barang keperluan atau pun wang ringgit untuk yang sangat memerlukan. Yang paling memilukan, apabila seseorang individu itu berada didalam keadaan dipresi, dan mungkin bukan kerana wang ataupun bekalan makanan. Individu-individu ini hanya perlukan  tempat untuk mengadu dan meluahkan perasaan. Disini lah ahli kumpulan kami dapat menghulurkan bantuan, dari pelbagai sisi.

Tanpa kita sedari, banyak jenis bantuan ditawarkan kepada orang-orang umum seperti, bantuan kerajaan, bantuan komuniti, bantuan bekalan makanan keperluan asas, dapur-dapur khusus dan bantuan kewangan kepada yang layak. Tidak semua yang tahu tentang wujudnya bantuan-bantuan yang ditawarkan ini. Oleh yang demikian, di sinilah, kumpulan kami dapat memberikan kesedaran tentang bantuan yang optimal untuk keperluan khusus yang diperlukan oleh individu-individu tertentu. Kami juga prihatin dan bersedia untuk mendengar sebarang masalah dan keluhan yang menghantui mana-mana individu yang bermasalah, baik dari segi fizikal atau pun dari segi mental.

Kita haruslah memanfaatkan peluang yang ada selama kita masih hidup. Umur itu kita tidak tahu, pendek atau pun panjang, tetapi kami yakin dengan membantu seorang individu yang memerlukan, kami dapat membuat perubahan kearah kebaikan baik dari segi kekeluargaan ataupun komuniti secara umumnya. Bantuan anda diperlukan. Marilah bersama kami untuk membuat perubahan.

Nota Pengarang: Ini adalah usaha Tanggungjawab Sosial Korporat oleh the New Malaysia Herald.

Facebook Comments

author avatar
Hasnah Rahman
Datin Hasnah is the co-founder and CEO of New Malaysia Herald based in Kuala Lumpur, Malaysia. With an extensive background in mass communication and journalism, she works on building up New Malaysia Herald and it's partner sites. A tireless and passionate evangalist, she champions autism studies and support groups. Datin Hasnah is also the Editor in Chief of New Malaysia Herald.

Latest articles

Related articles