Jubli Emas Persahabatan China-Malaysia Kukuh Dan Stabil

Hubungan Jubli Emas antara China-Malaysia adalah kukuh dan stabil, tiada konflik di Laut China Selatan seperti yang digembar-gemburkan.

Sepanjang 50 tahun yang lalu, kedua-dua negara jiran, China dan Malaysia, yang bersahabat telah mengekalkan amalan jujur dan terbuka, saling percaya dan saling membantu, menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat antarabangsa dalam mengendalikan hubungan dua hala.

Hari ini, China dan Malaysia menyambut ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik. Sepanjang lima dekad itu, kedua-dua negara bersahabat mengekalkan amalan jujur dan terbuka, saling percaya dan membantu, menunjukkan contoh baik kepada masyarakat antarabangsa dalam mengendalikan hubungan dua hala.

Lawatan YDPA Ke China

Lawatan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke China merupakan lawatan pertama selepas menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada 31 Januari lalu. Keberangkatan tiba baginda disambut Naib Menteri Luar China, Sun Weidong; Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing; Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Norman Muhamad dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zain.

Semasa lawatan berkenaan, Sultan Ibrahim menerima sambutan negara di Great Hall of the People di Beijing, diikuti dengan pertemuan bersama Xi serta menghadiri Majlis Santapan Negara yang akan diraikan oleh Presiden China itu.

Pertukaran budaya dan tamadun antara China dan Malaysia terukir dalam lembaran sejarah manusia. Mengimbas kembali peristiwa-peristiwa penting dalam hubungan diplomatik antara China dan Malaysia.

Pada penghujung musim bunga tahun 1974, bendera-bendera kebangsaan China dan Malaysia berkibar di sepanjang jalan-jalan utama di Beijing, dengan slogan besar bertulis ‘Persahabatan China-Malaysia kekal abadi!’ digantung di bangunan tinggi bandar itu.

Tuanku Sultan Ibrahim Menzahirkan Terima Kasih kepada China

Yang Dipertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, turut mengharapkan hubungan ini berkekalan dan memberi manfaat jangka panjang buat kedua-dua negara. Serta diharapkan hubungan seperti abang dan adik ini memberikan impak kepada perdagangan dua hala antara Malaysia dan China.

Semasa Lawatan Ke Negara China, Baginda Dilihat Menitiskan Air Mata Semasa Mengimbau Kenangan Tentang Almarhum  Tunku Abdul Jalil Yang Menghembuskan Nafas Terakhir Akibat Kanser Hati
Baginda dilihat menitiskan air mata semasa mengimbau kenangan tentang Almarhum Tunku Abdul Jalil yang menghembuskan nafas terakhir akibat kanser hati

Baginda menzahirkan terima kasih sehingga menitiskan air mata apabila membicarakan tentang arwah anakanda baginda semasa bertemu dengan Presiden China, Xi Jinping semasa pertemuan mereka pada 20 September lalu.

Almarhum Tunku Abdul Jalil meninggal dunia pada 2015 akibat daripada kanser hati, di mana sebelum itu telah menjalani pembedahan pemindahan hati di First Affiliated Hospital of Sun Yat-sen University di daerah selatan Guandong pada 10 Disember 2014. Anakanda keempat daripada enam adik-beradik tersebut berada di hospital tersebut, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 25 tahun, setahun selepas pembedahan tersebut berjaya.

Hubungan ‘Adik- Beradik’ Yang Akrab

Seorang pemerhati bebas Datuk Seri Dr Nor Hisham yang berada di Beijing, berpendapat bahawa dalam rangka lawatan Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim ini, dilihat mampu mengendurkan ketegangan di perairan Laut Cina Selatan yang ‘panas’ beberapa minggu lalu, akibat daripada beberapa kapal ketenteraan dari China yang dikatakan ‘berkawal’ di perairan tersebut.

Dr Norhisham Mohd nor Antara Delegasi Malaysia Yang Turut Bersama Lawatan Oleh Ydpa Sultan Ibrahim Ke Negeri China
Dr Norhisham Mohd Nor antara delegasi Malaysia yang turut bersama lawatan oleh YDPA Sultan Ibrahim ke negeri China

“Memandangkan Baginda adalah merupakan pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Baginda telah dapat memberikan imej dan mesej yang jelas bahawa setiap pertikaian atau ketidakpuasan hati mana-mana pihak dapat di selesaikan melalui hubungan dua hala yang terjalin erat.

Apetah lagi hubungan Malaysia-China yang merupakan ‘sahabat akrab’ selama 50 tahun; dan perbincangan ‘adik abang’ ini wajar bagi mengelakkan apa jua konflik di rantau ini,” kata beliau yang merupakan sebahagian delegasi dari Malaysia yang bersama dengan Tuanku Sultan Ibrahim pada rangka lawatan kali ini.

Beliau juga berharap agar kerjasama erat Malaysia-China ini diteruskan seperti biasa, dan rakyat Malaysia usah percaya dengan berita-berita tidak sahih yang bertiup kencang di media sosial kerana hubungan kedua-dua negara adalah sangat baik, dan tiada sebarang bentuk ‘permusuhan’ berlaku, baik di pihak China ataupun Malaysia.

Sebagai kesimpulannya, di harap impak terbesar yang memberikan kesan positif dengan lawatan sulung ini adalah hubungan Malaysia-China terus di perkasakan dengan jalinan kerjasama ekonomi, perdagangan dua hala serta hubungan diplomatik yang sedia ada, di mana ia akan melalui proses anjakkan paradigma yang terhebat bagi memperkukuhkan lagi hubungan dua hala negara di era Jubli Emas ini. – NMH

Facebook Comments

author avatar
Emma Harith
Emma Harith, a freelance writer, NGO activist and a mum advocate. Having written for a number of media organisations, she loves to focus her writings on adventures, lifestyle and the sky.

Latest articles

Related articles