Keharmonian Nasional Melalui Budaya Membaca dan Peraturan Takwim Sekolah

Dengan pemberian Baucar Buku Madani yang boleh digunakan pada PBAKL, dan pertukaran Takwim Sekolah, kerajaan telah membuka lebih peluang untuk memupuk keharmonian nasional

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2025) yang berlangsung dari 23 Mei hingga 1 Jun di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) tahun ini menyaksikan kehadiran luar biasa, khususnya daripada golongan pelajar dan keluarga dari seluruh negara. Sambutan luar biasa ini dipacu oleh dua faktor penting: pelaksanaan Baucar Buku Madani 2024 dan penyesuaian takwim persekolahan sempena perayaan Kaamatan dan Gawai, dengan sekaligus memupuk keharmonian nasional.

PBAKL 2025 bukan sekadar acara tahunan bagi peminat buku, tetapi menjadi titik pertemuan antara aspirasi kerajaan dalam memupuk budaya membaca dan usaha memperkukuh keharmonian nasional. Lokasinya yang strategik bersebelahan Stesen LRT PWTC turut menyumbang kepada kemudahan akses, menjadikan ia destinasi utama pelajar sepanjang cuti sekolah.

Baucar Buku Madani Dorong Budaya Ilmu

Menurut Pengerusi Yayasan Buku Negara, Dato’ Dr Norhisham M Nor, PBAKL adalah wadah terbaik untuk menggalakkan pembelian dan minat membaca dalam kalangan pelajar. Beliau menegaskan bahawa Baucar Buku Madani bukan sekadar insentif kewangan, tetapi pelaburan strategik dalam pembentukan modal insan berilmu.

Ds Dr Norhisham, Pengerusi Yayasan Buku Negara, Menegaskan Bahawa Kerajaan Madani Wajar Menjadikan Pemberian Baucar Buku Madani Ini Sebagai Pemberian Tahunan Kepada Pelajar Bagi Membantu Mengingatkan Minat Membaca Di Kalangan Mereka

Pengerusi Yayasan Buku Negara, Datuk Seri Dr Norhisam menegaskan bahawa kerajaan MADANI wajar menjadikan pemberian Baucar Buku MADANI ini sebagai pemberian tahunan kepada pelajar bagi membantu mengingatkan minat membaca di kalangan mereka.

“Ingin saya tegaskan agar kerajaan meneruskan Baucar Buku Madani setiap tahun. Ia penting bagi merapatkan jurang akses kepada bahan bacaan dan membina generasi baharu yang mencintai ilmu,” katanya.

Kajian yang dijalankan oleh IDE Research Centre terhadap 711 responden di seluruh negara menunjukkan kadar penebusan baucar mencapai 100 peratus, sekali gus membuktikan keberkesanan inisiatif ini dalam merangsang pembacaan.

Dr Norhisham menyatakan bahawa baucar ini telah berjaya menarik minat golongan pelajar yang sebelum ini kurang terdorong untuk membeli buku, terutamanya dalam era dominasi hiburan digital. “Ia langkah awal yang strategik untuk mengubah landskap pembacaan negara,” tambah beliau.

Penyesuaian Takwim Sekolah Tanda Kepekaan Terhadap Memupuk Keharmonian Nasional

Sementara itu, pada tahun ini, takwim persekolahan telah diubah bagi membolehkan cuti sekolah bermula pada 29 Mei, bertepatan dengan sambutan Hari Kaamatan di Sabah dan Hari Gawai di Sarawak. Penyesuaian ini mencerminkan keprihatinan kerajaan MADANI terhadap kepelbagaian budaya dan keharmonian nasional.

Langkah ini membuka peluang kepada lebih ramai pelajar dan keluarga dari Sabah dan Sarawak untuk turut serta dalam PBAKL, memanfaatkan cuti untuk pembacaan dan pembangunan diri. Pada masa sama, mereka dapat pulang menyambut perayaan budaya masing-masing tanpa menjejaskan pengajian.

“Ini bukan hanya soal cuti, tetapi soal inklusiviti dan perpaduan,” ujar seorang guru dari Kuching yang ditemui di PBAKL. “Anak-anak kami boleh menikmati pesta ilmu di ibu kota dan masih sempat pulang menyambut Gawai.”

Buku Wadah Ilmu, Menanamkan Minat Membaca Di Kalangan Remaja Dan Belia Adalah Tanggungjawab Bersama, Seperti Juga Memupuk Keharmonian Nasional
Buku wadah ilmu menanamkan minat membaca di kalangan remaja dan belia adalah tanggungjawab bersama seperti juga memupuk keharmonian nasional

Gabungan antara akses kepada ilmu dan pengiktirafan terhadap perayaan etnik ini memperlihatkan bagaimana dasar yang disusun rapi boleh menjadi jambatan antara pembangunan insan dan perpaduan kaum.

Aidiladha, Gawai dan Kaamatan Dirai Bersama

Cuti sekolah kali ini juga bertepatan dengan sambutan Hari Raya Aidiladha, yang dijangka disambut pada awal Jun. Situasi ini menjadikan musim cuti sebagai ruang istimewa di mana ketiga-tiga kaum utama – Melayu, Cina dan Bumiputera Sabah dan Sarawak – dapat berkumpul, membaca, dan menyambut perayaan masing-masing dalam suasana aman dan harmoni.

Langkah kerajaan menyusun takwim ini dilihat bukan sahaja sebagai usaha logistik, tetapi juga strategi menyemai nilai saling hormat dan pemahaman budaya antara kaum — sesuatu yang amat diperlukan dalam suasana masyarakat majmuk hari ini.

MADANI: Retorik Yang Diterjemah Ke Aksi

Keseluruhannya, usaha kerajaan melalui pelaksanaan Baucar Buku Madani dan penyesuaian takwim sekolah bukan sahaja menjayakan PBAKL sebagai acara intelektual rakyat, malah memperlihatkan iltizam sebenar untuk memperkasa budaya membaca serta mengukuhkan keharmonian nasional.

Daripada pelajar sekolah rendah hingga ke mahasiswa IPT, PBAKL 2025 menjadi bukti bahawa apabila dasar pendidikan, kebudayaan dan perpaduan digabung dengan baik, hasilnya adalah sebuah masyarakat yang lebih peka, berilmu dan bersatu hati. – NMH

Facebook Comments

author avatar
Emma Harith
Emma Harith, a freelance writer, NGO activist and a mum advocate. Having written for a number of media organisations, she loves to focus her writings on adventures, lifestyle and the sky.

Latest articles

Related articles