PENDAPAT | Ada Dua Jenis Pemimpin Di Negara Ini Sekarang

Isu banjir dimainkan oleh segelintir pemimpin seolah-olah banjir besar pasti akan berlaku dan rakyat akan merana akibat fenomena ini

Tidak boleh dinafikan dalam negara kita sekarang ini, ketara sangat bahawa terdapat dua golongan pemimpin.

Golongan pertama terdiri daripada yang mengharapkan supaya banjir tidak akan berlaku bulan hadapan tapi pada masa yang sama telah membuat perancangan serta langkah-langkah-langkah untuk menghadapi banjir sekiranya ia berlaku dan satu lagi dari golongan yang mengharapkan supaya banjir besar berlaku demi kepentingan politik mereka supaya mereka ada isu untuk dimainkan menjelang pada Pilihanraya umum yang ke-15 (PRU15).

Golongan pemimpin kedua ini terdiri daripada parti pembangkang, sedang mainkan isu banjir seolah-olah banjir pasti berlaku pada bulan hadapan diseluruh Negara dan kerajaan sebelum ini yang dipimpin oleh Perdana Menteri dari Umno seolah-olah tidak peduli lansung dengan rakyat yang mungkin akan menjadi mangsa banjir.

Ini Bukan Pemimpin Bn Tau. Gambar Rekaan Oleh Penulis.
Ini bukan pemimpin BN tau Gambar rekaan oleh penulis

Pemimpin pembangkang tersebut mainkan isu banjir seolah-olah kerajaan akan memaksa orang keluar untuk mengundi walaupun kediaman serta pusat mengundi di tempat mereka dilanda banjir.

Pembangkang mainkan isu banjir seolah olah merekalah hero semasa berlakunya banjir pada masa masa yang lalu, seolah-olah setiap hujung tahun dari 2018 hingga 2021, mereka tidak pernah membuat apa-apa perancangan dan aktiviti lain pada tempoh tersebut.

Bercuti

Malah, ada yang pernah pergi bercuti bersama keluarga mereka semasa Negara kita dilanda banjir.

Adakah kerana adanya kemungkinan berlaku banjir maka semua aktiviti yang sepatutnya berjalan kita tangguhkan setiap tahun?

Adakah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang diadakan setiap tahun pada bulan November perlu dicepatkan pada bulan Oktober?

Tidak pernahkah pemimpin pemimpin tersebut bercuti bawa keluarga mereka kesana dan kesini pada setiap hujung tahun?

Tidak pernahkah mereka mengadakan majlis kenduri kendara pada hujung tahun?

Adakah pemimpin pembangkang lupa bahawa banyak kawasan di Malaysia pernah dilanda banjir pada bulan-bulan yang lain selain daripada November dan Disember?

Mereka ini adalah hipokrit yang sudah tidak ada isu untuk terus menghasut rakyat.

Mereka nampaknya telah menjadi “opportunist” mengambil peluang menghasut mengenai isu banjir yang belum pun berlaku dan belum tentu akan berlaku sewaktu PRU15

Kalau betul-betul terjadi banjir sebelum PRU15 ini, merekalah orang yang paling gembira agaknya.

Hipokrit Tahap Maksima

Sepatutnya mereka sebagai pemimpin harus berfikiran positif. Setiap bakal calon atau yang sudah “confirm” menjadi calon di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen diseluruh pelusuk Negara yang paling berisiko dilanda banjir sepatutnya sudah memulakan aktiviti-aktiviti proaktif mereka.

Malah, secara logiknya, sekiranya banjir berlaku disesetengah kawasan menjelang hari mengundi, sudah tentulah Yang Berhormat serta bakal-bakal Yang Berhormat setiap kawasan serta jentera-jentera mereka akan sentiasa nampak batang hidung untuk membantu dengan cepat!

Silap-silap jika rumah baru dimasuki air setinggi enam inci, mereka sudah tempah hotel untuk pengundi mereka!

Sudah-sudahlah memainkan isu banjir yang belum pun pasti berlaku. Sekiranya ia berlaku menjelang PRU, YDPA mempunyai kuasa untuk mengistiharkan kawasan-kawasan tertentu sebagai kawasan darurat banjir dan sudah tentulah mangsa mangsa banjir akan diutamakan.

Bak kata pepatah Inggeris, ‘we cross the bridge when we come to it’.

Yang penting, setiap orang baik pemimpin mahupun rakyat Malaysia bersedia menghadapi kemungkinan tersebut seperti masa masa lalu. — NMH

Pendapat di atas adalah pendapat peribadi penulis dan bukan semestinya pendapat NMH.

Facebook Comments

author avatar
Zam Yahaya

Latest articles

Related articles