Zahid Saman Portal MKini Sebanyak 220 Juta

0
433
Umno President Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, Jumaat – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengemukakan saman fitnah terhadap portal berita Malaysiakini sebanyak RM220 juta.

Mengikut mykmu.net, tuntutan itu dibuat berdasarkan 22 artikel fitnah setebal 283 muka surat terhadap Presiden UMNO itu.

Writ saman telah dikemukakan di Mahkamah Tinggi pada 24 Mac lalu.

Difahamkan saman itu ada kaitan dengan liputan portal berita berkenaan sepanjang perbicaraan kes mahkamah membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan termasuk rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram.

Sebanyak 99 saksi telah memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan selepas ini hakim akan memutuskan sama tuduhan berkenaan mempunyai prima facie atau tidak.

Tertuduh perlu membela diri jika terdapat prima facie, manakala jika sebaliknya kes berkenaan akan digugurkan.

SPRM mula menyiasat pemimpin UMNO itu selepas Barisan Nasional (BN) kalah pada pilihan raya umum pada 2018.

Saksi terakhir perbicaraan itu seorang pegawai kanan SPRM mengakui tidak pernah melihat pemimpin politik dituduh sebanyak itu.

Pihak pembela menegaskan bahawa pertuduhan itu adalah bermotifkan politik. – NEW MALAYSIA HERALD

<a href=httpswwwfacebookcomprpewm target= blank rel=noreferrer noopener>httpswwwfacebookcomprpewm<a>
For advertisement bookings and media support do contact us at <a href=mailtocontactnewmalaysiaheraldcom target= blank rel=noreferrer noopener>contactnewmalaysiaheraldcom<a> or SignalWhatsapp to +6014 6277067 or +6016 6060320

Facebook Comments

author avatar
Staff Editor
New Malaysia Herald publishes articles, comments and posts from various contributors. We always welcome new content and write up. If you would like to contribute please contact us at : editor@newmalaysiaherald.com