Kehendak Akar Umbi: UMNO Perlu Stabil Dan Dominan

Perhimpunan Agung UMNO - PAU

0
268
UMNO perlu stabil dan dominan. Credit gambar UMNO-online

Oleh Mohd Azam Rauzan

Hari ini bermulalah satu lagi peristiwa penting dalam persada politik negara, Perhimpunan Agung UMNO (PAU), sebuah parti keramat terbesar Melayu, dulu kini dan selamanya, InsyaAllah.

Saban tahun, tidak kira sama ada UMNO sebagai parti tonggak kerajaan atau pembangkang, PAU tetap menjadi tumpuan musuh dan lawan. Ada yang meroyan dan tidak tentu arah.

Di sepanjang 75 tahun hayatnya, bukanlah satu jangka hayat yang pendek. UMNO sudah cukup matang untuk mengemudi bahtera baik dalam gelombang lautan atau pun dalam alunan tsunami.

Tetapi kali ini, cabaran UMNO agak unik dan luarbiasa. Di titik ini, UMNO sedang berdepan dengan cabaran dan dugaan spiritual. UMNO bukan sahaja diasak dari luar, yang sepatutnya menjadi rakan dan penyokong kita dalam gabungan Kerajaan Perikatan Nasional seperti PAS dan PPBM, tetapi UMNO juga ditikam dari dalam oleh pengkhianat-pengkhianat berwajah dan bertopengkan atas nama kononnya sebagai pembela atau pejuang UMNO. Semakin ramai kumpulan ini, namun rakyat bukan buta. Apatah lagi ahli UMNO sendiri.

Inilah cabaran utama UMNO. Cukup-cukuplah. Tidak serik-serik ke? Zaman ‘cash is king’ sudah berlalu. Tetapi kenapa ini semua berlaku sekarang, ketika UMNO sedang mula bertapak semula? Bukankah sepatutnya kita bersatu hati dan berganding bahu tekad untuk bersama memenangi PRU15?

Masih segar di ingatan penulis, ketika UMNO tewas dalam PRU ke-14, tahun 2018, ramai pahlawan tempang melarikan diri, berselindung di sebalik pokok kelapa dan di bawah kelambu. Ramai katak terlepas lompat dan ramai juga yang bijak, menyepi diri. Kini mereka timbul semula, ingin menjadi pahlawan segera. Kenapa? Kerana mereka bercita-cita hendak jadi Presiden. Hendak menjadi PM. Sanggup bersekongkol dengan musuh-musuh parti.

Memperlekehkan Institusi Presiden

Kepada Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi bertabahlah untuk menghadapi segala ujian dan cabaran Grafik NMH oleh DH

Pasti ramai yang perasan, ada pihak yang memperlekehkan institusi Presiden. Inilah golongan yang tidak menghayati struktur dan perjuangan UMNO. Macam-macam ada. Akar umbi UMNO sudah bersuara memberi ketetapan perihal PPBM. Mereka menolak kerjasama dengan PPBM pada PRU15. Ini adalah suara keramat. Dan perkara telah dibawa ke MKT. Straight forward. Dan kini dibentangkan ke PAU. Janganlah cuba mengubah keputusan itu yang asalnya daripada akar umbi. Berhentilah menghasut dan menabur ghanimah kepada pihak tertentu untuk mengubah pemikiran akar umbi.

Penulis yakin dengan kudrat dan amanah yang Allah SWT berikan, dengan gandingan dan sokongan mantap tiga tonggak tokoh UMNO – Najib, Tok Mat dan Ku Li, Presiden terkini, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan dapat mengemudi UMNO kembali ke zaman kegemilangannya semula.

Marilah kita bersatu hati dan tekad. Kembalikanlah roh dan semangat UMNO sejak tahun 46 dulu. Lupakan soal jawatan seketika. Apa guna ada jawatan kalau parti kita kecundang pada PRU15?

Percayalah pada takdir Allah SWT. Kita takkan pernah tahu nanti akan terjadi apa. Kita takkan pernah tahu nanti akan menjadi apa. Kita takkan pernah tahu nanti kita akan ada di mana.

Meski semua sudah ada rencana, Allah lah yang mengatur segalanya. Kita boleh berencana tetapi Allah SWT yang menentukan dan hati ini pun akan dibolak-balikan sesuai dengan keinginan-Nya.

Marilah kita memainkan peranan kita. Membudayakan amanah adalah satu perjuangan. Perjuangan yang bukan sahaja besar di sisi bangsa dan negara, tetapi di mata Pencipta kita.

Marilah kita melakukan apa-apa yang terdaya. Agar kelak, apabila kita dipersoalkan tentang tanggungjawab dan amanah ini, ada amal baik kita yang akan tampil dan berbicara bagi pihak kita, insya-Allah.

Hati bersih dapat DIA rubah menjadi kotor. Hati kotor dapat pula DIA bersihkan sebersih bersihnya. Kita hanya berusaha agar hati ini tetap bersih. Tetapi itulah hati, sifatnya dapat berganti.

Kita hanya dapat berdoa semoga Allah SWT menegakkan hati ini agar tetap diatas agama-Nya kerana DIA adalah Pemiliknya. DIA Maha membolak-balikkan hati manusia.

Ketika diujung usiapun kita hanya dapat berdoa dan berusaha agar tetap memegang teguh agama-Mu demi perjuangan bangsa dan negara. Kepada Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi, bertabahlah untuk menghadapi segala ujian dan cabaran.

Sementara itu, bagi Dr Zahid yang akan menyampaikan ucapan dasar pada Ahad ini dalam suatu tulisan di FBnya, beliau menyatakan dalam berpolitik, musuh tidak perlu dicari kerana ia datang dengan sendiri. Kebiasaannya ia datang daripada luar dan adakala daripada dalam juga.

Selalu juga didengari pendapat seberapa ramai sukakan kita, begitu juga yang tidak menyukai.

Dalam keadaan sebegini, biarpun nahkoda bersilih ganti, kapal yang dikemudi pasti akan diserang. Presiden UMNO ini dijangka akan mengutarakan perkara ini pada PAU kali ini.

Dr Zahid menegaskan tsunami PRU-14 hampir menenggelamkan kapal UMNO ini dan mahu pemimpin serta ahli memperbetulkan segala kerosakan dan menampal bocor kapal UMNO yang hampir tenggelam.

Destinasi Kemenangan

“Kita layari semula bersama rakan-rakan yang masih setia menuju destinasi kemenangan. Biarpun sebahagian rakan-rakan itu masih muda, kita bersama utuh membelah badai bergelora,” katanya.

Bagi Dr Zahid, munajat UMNO kerana sebuah perjuangan. Percayalah, orang yang dizalimi, Allah SWT tidak pernah menolak doanya.

“Biar apapun yang menerjah, berikanlah perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. Rakyat amat merindui perkhidmatan UMNO dan BN,” katanya lagi.

Dr Zahid menegaskan pihak lawan tidak pernah kuat, tetapi UMNO tewas kerana ahli parti sendiri berpecah dan lemah.

Beliau mahu ahli parti masa perbaikilah kelemahan ini. “Kita boleh berbeza pendapat dan kita raikan. Jangan kerana perbezaan pendapat kita menimbulkan kabilah,” kata beliau.

Pelajarilah sesuatu bagaimana sejarah tumbangnya kerajaan zaman lampau, katanya.

Teguran dan ingatan terus terang pasti menjadi antara intipati dalam ucapannya nanti. Tindakan pembelot juga ditangani dengan bijaksana termasuk membiarkan perwakilan membuat keputusan termasuk jajaran politik baharu. – New Malaysia Herald

Nota: Yang tercatit adalah pandangan penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pengurusan New Malaysia Herald.
<a href=httpswwwfacebookcomprpewm target= blank rel=noreferrer noopener>httpswwwfacebookcomprpewm<a>
For advertisement bookings and media support do contact us at <a href=mailtocontactnewmalaysiaheraldcom target= blank rel=noreferrer noopener>contactnewmalaysiaheraldcom<a> or SignalWhatsapp to +6014 6277067 or +6016 6060320

Facebook Comments

author avatar
Staff Editor
New Malaysia Herald publishes articles, comments and posts from various contributors. We always welcome new content and write up. If you would like to contribute please contact us at : editor@newmalaysiaherald.com