Biar Betul! Geng MOSSAD Berkeliaran Di Malaysia

MOSSAD adalah kisah organisasi ‘espionage’ yang berada di serata dunia. Demi Israel, untuk Israel!

Beberapa hari ini kecoh berkenaan seorang wanita warganegara Malaysia yang dikatakan menjadi agen Mossad ditangkap kerana menculik seorang warga Palestin.

Bagi mereka yang begitu berminat dengan kisah-kisah ‘espionage’ begini, mereka sudah lama tahu bersepah-sepah agen asing dan juga warga negara Malaysia yang direkrut oleh agensi-agensi risikan asing. Warganegara Malaysia yang direkrut pula terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, tanpa mengira agama, kaum dan jantina, yang penting misi dapat dijalankan dengan sempurna.

Video oleh Middle East Monitor mengenai penangkapan agen MOSSAD di Malaysia.

Selain itu, masih ingatkah pembaca berkenaan pembunuhan seorang warga Palestin pada 2018, yang dibunuh oleh dua orang yang menaiki motor yang dikatakan agen MOSSAD, nama mereka tidak pernah disebut. Pembunuhan itu berlaku pada 21 April 2018, beberapa minggu sebelum Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri yang ke-7. Mangsa tersebut ialah Dr Fadi Mohamad Al-Batst.

Untuk kisah selanjutnya, sila ke pautan ini di NMH.

Artikel ini ditulis oleh penulis Asperger Aidel Rahman Morshidi dan diterbit oleh NMH tahun lepas

Apa itu MOSSAD?

Untuk pengetahuan pembaca, MOSSAD ialah badan perisikan luar negara milik Israel. Dalam bahasa Ibrani ia dikenali sebagai HAMOSSAD IE-MODIIN ULE-TAFKIDIM MENYUHADIM. Ia ditubuhkan pada 13 Disember 1949 di mana penubuhan awalnya adalah sebagai lembaga pengurusan pusat ketika pembentukan negara Israel di Palestin. Ia cukup dikenali sebagai salah satu organisasi rahsia paling efektif di dunia.

Di awal penubuhannya, MOSSAD memilih agen-agennya tiga tahun sekali dan biasanya 5000 calon disaring dari seluruh negara serta mampu berbahasa Inggeris dan Arab dengan baik. Dari 5000 calon hanya 15 orang sahaja diambil. Agen-agen MOSSAD sangat berdisiplin.Selepas dilatih mereka diminta melupakan perkataan MOSSAD dari ingatan.

Hiraki Agen MOSSAD

Agen MOSSAD yang dikenali sebagai ‘Katsa’ atau Pegawai Kes di seluruh dunia dan sebagai permulaan setiap ‘katsa’ memiliki sebuah buku harian kecil yang dipanggil SEVEN STARS yang memuatkan nombor-nombor telefon dan agen-agen dalam bentuk kod rahsia. Mereka akan berada di ‘rumah-rumah persembunyian’ (safe house) di kawasan mana mereka perlu beroperasi ketika itu.

Para ‘katsa’ juga diajar mengenai islam oleh para professor dan intelektual Yahudi yang terbaik. Mereka belajar mengenai sejarah Islam, bahasa Arab dan firqah di dalam kelompok Islam, mazhab, adat istiadat malah pelbagai perayaan dalam Islam.

Mereka benar-benar mempelajari islam dari akar umbinya.Tidak keterlaluan dikatakan, seseorang ‘katsa’ lebih memahami islam berbanding sesetengah orang islam itu sendiri. Seorang ‘agen’ MOSSAD juga sangat faham mengenai sesebuah negara itu berbanding dengan penduduk tempatan sendiri.

Para ‘katsa’ ini tidak bertindak sendirian, mereka mempunyai pembantu-pembantu yang berada di seluruh dunia yang dikenali sebagai ‘Sayanim’ atau ‘ Sayan’ di mana jumlah mereka adalah sangat ramai serta di luar jangkaan jumlahnya dan daripada berbagai latarbelakang pekerjaan.

Para ‘Sayan’ akan menyalurkan perbagai maklumat kepada ‘katsa-katsa’ yang berada di rumah persembunyian atau pos operasi yang terletak di perbagai negara. Mereka juga merupakan pasukan bantuan yang menyediakan apa sahaja keperluan MOSSAD bagi melancarkan misi.

Selain daripada ‘Sayan’, satu golongan lagi dipanggil ‘Oter’ iaitu pemberi maklumat atau pembuka jalan. ‘Oter’ biasanya orang tempatan sering digunakan oleh MOSSAD dalam misi-misi mereka.

‘Oter’ Sahaja

Wanita Malaysia yang ditangkap tu Idarahayu Zainal cuma Mossad kecil (‘Oter’ ) sahaja. Kakitangan yang kena tangkap bersama dengan dia tu kadang-kadang buat ‘kerja sembilan’ sahaja, kerana itu kerja yang dibuat sambil lewa, tidak ‘clean’ dan ‘tertangkap’. ‘Oter’ juga digunakan oleh ‘Katsa’ bagi mencari dan melatih ahli baru.

Selepas menjadi agen para ‘Katsa’ akan bertugas sebagai ‘Jumpers’ yang menjalankan operasi di luar negara.Mereka akan dipantau oleh sebuah organisasi lain di dalam iaitu ‘Komemiute’ yang berfungsi ibarat ‘MOSSAD dalam MOSSAD’. Ia adalah ‘organisasi’ yang lebih elit, rahsia dan lebih rumit. Mereka ini ditugaskan untuk memantau operasi ‘Kidon’ iaitu pasukan intelijen khas yang sangat berbahaya. Inilah pasukan yang bertanggungjawab untuk setiap operasi penculikan dan pembunuhan.

Kehebatan MOSSAD

MOSSAD mempunyai bahagian yang menguruskan perkara berkaitan percetakan dokumen-dokumen palsu sendiri seperti passport-pasport untuk semua negara di dunia dan juga mencetak wang palsu negara lain bagi membiayai operasi-operasi luar Negara.

Pasport-pasport palsu dan wang palsu tersebut mampu dicetak dengan kualiti yang sempurna serta mengikut piawaian negara-negara tersebut.

Skop penugasan MOSSAD pula sangat luas, dimana ia merangkumi percaturan politik serta penyusupan profesional di kalangan intelektual, perdagangan dan perniagaan strategik yang menguntungkan Israel.

Mari berfikir diluar kotak dan dari sudut KESELAMATAN NEGARA serta untuk keamanan Malaysia.

Nota: Penulis adalah orang awam dan penulisan ini adalah olahan semula. Sumber artikel ini adalah daripada ‘Pakcik Blackwater’ yang merupakan bekas Pegawai Kanan Cawangan Khas Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

Facebook Comments

Latest articles

Related articles