JDT Juara Piala FA, Kemenangan Hatrik Impian TMJ

Sembah Tahniah kepada TMJ sebagai tunggak utama pengurusan JDT, dan tahniah kepada para pemain dan penyokong semua atas kemenangan JDT semalam bagi merebut Piala FA mengalahkan pasukan Selangor.

Saya bukan seorang peminat bola sepak namun, saya suka mendengar ulasan rakan yang mahir dan ‘ardent fan’ bagi sukan ini. Apa lagi berita mengenai JDT, banyak juga ulasan – ada yang mengembirakan, ada yang tidak menyenangkan.

Untuk memulakan bicara, soalannya mudah, “Boleh tak you berikan ulasan berkenaan permainan semalam?”

‘Branding’ Itu Penting

“Oo… Mudah je.. JDT bukan pasukan bola sepak, tetapi JDT adalah ‘brand’ dan ‘tools marketing’ memperkenalkan Johor dan agen penyatuan rakyat Johor,” kata rakan saya memulakan bicara.

Mengikut beliau lagi, kerana itulah maka JDT mengeluarkan belanja yang tinggi dan kini ‘brand JDT’ semakin berkembang di Asia, dan ini merupakan ‘projek’ jangka masa panjang yang masih belum selesai kerana objektif adalah sangat besar.

“Berbeza dengan Selangor, di mana Selangor permainan mereka masih ditahap yang sama atas dasar mereka hanya melihat bolasepak adalah sebagai ‘permainan’ bolasepak sahaja. Tidak lebih daripada itu.

‘Mindset’ Sang Juara

Daripada sudut mindset serta persiapan asas pun sudah berbeza, Maka hasilnya adalah berbeza. Satu lagi, Selangor hanya pasukan bermain dengan alasan, suka ‘bernostalgia’ dan ‘play victim’, serta mempunyai ketua kumpulan ‘fixed mindset’. Berbanding ‘mindset’ JDT, mereka mahu menjadi ‘sang juara’.

Mungkin zaman dulu, pemikiran begini bagi sebuah pasukan bolasepak adalah biasa dan mampu ‘mencipta’ kemenangan, tetapi bukan pada zaman sekarang di mana penciptaan ‘Brand’ bagi satu pasukan itu penting, untuk membangkitkan semangat pemain dan penyokong agar lebih berdaya saing dan berbangga menjadi penyokong tegar ‘brand’ tersebut.

Jika ‘brand’ dilihat hanya suam-suam kuku, pemain dan penyokong pun semangat tidak bersemarak dan lebih kepada semangat ‘asal boleh’ dan ‘janji dah masuk final’. Awal-awal sudah bermentaliti ‘kalah’.

Fokus Itu Penting

Contohnya, kekurangan Selangor umpama, you ada peperiksaan yang penting, tetapi you tidak fokus kepada objektif, tetapi mengalihkan fokus kepada perkara-perkara yang kurang penting, bagaimana you nak skor untuk peperiksaan tersebut? dan you punya kerja keras selama ini sia-sia sahaja akibat u hilang fokus. Berbanding dengan JDT, ‘body, mind and soul’ semua dicurahkan untuk kemenangan,” jelasnya panjang lebar.

Selain daripada itu, umum pun mengetahui, pengurusan yang lemah dan kurang berkelayakan juga adalah antara penyebab kekalahan pasukan Selangor semalam.

Johor Darul Ta’zim muncul juara Piala FA selepas menundukkan Selangor FC 6-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Sabtu malam.

JDT membuka jaringan pada minit ke-26 selepas sepakan percuma Juan Muniz menerjah gawang.

Heberty Fernandes turut melakar nama sebagai penjaring apabila memperolehi gol kelima JDT pada minit ke-76.

Muniz mencipta hatrik selepas tendangan percumanya sekali lagi menerjah gawang Selangor pada penghujung perlawanan. Lebih manis lagi apabila kemenangan ini membolehkan JDT mencipta hatrik menjuarai Piala FA.

Satu-satunya gol untuk Selangor adalah pada minit ke-59 menerusi sepakan deras Alvin Fortes.

Faktor TMJ

Daulat Tuanku.  Jdt Di Bawah Pengurusan Baginda Adalah Kelab Bola Sepak Tempatan Yang Bakal Mencorakkan Sketsa Bola Sepak Tempatan Dan Global Dalam Beberapa Tahun Lagi.
Daulat Tuanku JDT di bawah pengurusan Baginda adalah kelab bola sepak tempatan yang bakal mencorakkan sketsa bola sepak tempatan dan global dalam beberapa tahun lagi

Tidak dapat dinafikan ‘Faktor TMJ’ memainkan peranan penting dalam mengubah dan menjadikan pasukan JDT sebagai ‘pasukan Elit’ bagi sukan bolasepak negara.’You either love him, or hate him’, Baginda adalah ‘Change Maker’ untuk sukan bolasepak negara, sehingga menjadikan JDT semakin dikenali di persada global.

Usai sudah Piala FA, kita nantikan pula apa lagi ‘kejutan’ yang akan dibawa oleh JDT untuk para peminat sukan bolasepak amnya. Semoga kelab-kelab bolasepak lain mengambil contoh ‘kehebatan’ pengurusan TMJ dalam memacu JDT ke era yang lebih gemilang, demi sukan bolasepak, negara Malaysia. – NMH

Facebook Comments

author avatar
Emma Harith
Emma Harith, a freelance writer, NGO activist and a mum advocate. Having written for a number of media organisations, she loves to focus her writings on adventures, lifestyle and the sky.

Latest articles

Related articles