Program Memacu ‘Talent Dan Startups’ Melalui Beyond4 Ekosistem

0
325

Sasaran program ialah 20 startups dari negeri Pahang – Nizar Najib

Yayasan Pahang dengan kerjasama syarikat swasta Beyond4 telah mewujudkan satu kolaborasi industri dan agensi kerajaan untuk perkasakan agenda anak muda dalam pekerjaan era teknologi digital dan perniagaan baru berteraskan teknologi/idea (startups) di negeri Pahang. Satu taklimat pengenalan telah diadakan di Hotel Zenith dengan kehadiran wakil GLC, agensi kerajaan, pemimpin belia, mahasiswa, akademia dan NGO pada Rabu 6 April lepas.

Program ini bertujuan untuk menghasilkan 2,000 tenaga kerja profesional berpendapatan tinggi dalam bidang teknologi dan digital. Dengan kaedah serampang dua mata, ia juga bertujuan untuk mengenalpasti bakat-bakat baru yang ada ciri-ciri “Startups” iaitu syarikat baru berteraskan teknologi, idea atau business model baharu yang mampu mengubah lanskap industri tempatan.

Mengikut Ketua Biro Ekonomi, Majlis Tindakan Sosial Negeri Pahang, Nizar Najib: “Program memacu ‘Talent dan Startups’ melalui Beyond4 Ekosistem merupakan satu kerjasama agensi kerajaan negeri Pahang melalui Yayasan Pahang dengan Beyond4, sebuah syarikat swasta.

Serampang Dua Mata

“Objektif program ini adalah serampang dua mata untuk menghasilkan tenaga kerja profesional teknologi berkemahiran tinggi (highly skilled talent) dan syarikat baru berteraskan teknologi. Pertamanya is ini bertujuan untuk menghasilkan 2,000 tenaga kerja profesional berpendapatan tinggi dalam bidang teknologi dan digital,” tambah beliau selaku Penasihat Beyond4.

Tuan Haji Abdul Razak Abu Musa Saari Ketua Pegawai Operasi Yayasan Pahang Dato Nizar NajibPenasihat Beyond4 En Rubaneswaran Thevasenabathy CEO Beyond 4menyantuni golongan mahasiswa dan graduan yang bertanyakan mengenai program kolaborasi yang ditawarkan Yayasan Pahang dan Beyond4 Facebook pic

“Dengan kaedah serampang dua mata, ia juga bertujuan untuk mengenalpasti bakat-bakat baru yang ada ciri-ciri “Startups” iaitu syarikat baru berteraskan teknologi, idea atau business model baharu yang mampu mengubah lanskap industri tempatan. Sasaran program ialah 20 startups dari negeri Pahang.”

Buat Bahagian “talent” program ini ada pelbagai certification atau pensijilan untuk pekerjaan era digital. Program SAP mampu melaburkan analis SAP yang mahir untuk kendalikan sistem Enterprise Resource Planning di syarikat-syarikat MNC atau GLC. Landscape 360 menawarkan peluang untuk menjadi programmers di Pahang tapi membuat kerja-kerja projek IT antarabangsa. Kursus “Emerging Technologies” mendedahkan peserta kepada pelbagai kursus pengkhususan dengan pilihan IoT, blockchain, AI, Cybersecurity dan data science.

Anak-anak Pahang yang ada bakat mendalam untuk menjadi usahawan startups akan dimasukkan dalam ekosistem startups dipelopori Beyond4. Usahawan dan syarikat baru ini akan diberi sistem sokongan melalui mentor, dana usahawan dan pelbagai lagi kemudahan dengan harapan ia dapat tingkatkan kebarangkalian syarikat-syarikat ini untuk berkembang dan berdaya saing.

Mudah-mudahan usaha ini dapat menghasilkan ramai tenaga profesional berwibawa dan syarikat-syarikat berdaya saing yang akan menarik lebih ramai lagi pelabur dan FDI ke Pahang Darul Makmur. – New Malaysia Herald


Program memacu “talent dan startups” Yayasan Pahang melalui Ekosistem Beyond4

Tawaran istimewa khusus untuk anak Pahang dalam tahun terakhir Diploma/Ijazah, Graduan dan yang mencari kerja (bidang IT/kejuruteraan/keusahawanan) untuk merebut peluang sekali seumur hidup menyertai program khas DITAJA SEPENUHNYA oleh Yayasan Pahang.

Yayasan Pahang merupakan sebuah agensi kerajaan negeri yang memainkan peranan penting dalam memperkasakan peluang pekerjaan dan keusahawanan anak muda Pahang, terutama sekali dalam era teknologi dan digital.

Untuk program “talent” dengan visi melahirkan golongan profesional berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi dan digital,Yayasan Pahang menawarkan program-program tersebut:

1)Pensijilan SAP
Program SAP mampu melahirkan analis SAP yang mahir untuk kendalikan sistem Pengurusan Sumber Syarikat (Enterprise Resource Planning) di syarikat-syarikat MNC atau GLC.

2)Launchpad 360
Program ini menawarkan peluang untuk menjadi programmers atau profesional IT di Pahang tapi membuat kerja-kerja projek IT antarabangsa.

3)Emerging Technologies
Kursus “Emerging Technologies” atau teknologi terkini mendedahkan peserta kepada pelbagai kursus pengkhususan dengan pilihan seperti IoT, blockchain, AI, Cloud, Cybersecurity dan sains data.

Untuk usahawan teknologi dan digital, Yayasan Pahang dan Beyond4 memperkenalkan program Stratups:

1)Program Startups
Anak-anak Pahang yang ada bakat mendalam dengan idea serta teknologi menarik untuk menjadi usahawan startups akan dimasukkan dalam ekosistem startups dipelopori Beyond4. Usahawan dan syarikat baru ini akan diberi sistem sokongan melalui mentor, dana usahawan dan pelbagai lagi kemudahan dengan harapan ia dapat tingkatkan kebarangkalian syarikat-syarikat ini untuk berkembang dan berdaya saing.

Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi peserta perintis program.
DAFTAR SEKARANG! di sini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari di sini.

Facebook Comments

author avatar
Staff Editor
New Malaysia Herald publishes articles, comments and posts from various contributors. We always welcome new content and write up. If you would like to contribute please contact us at : editor@newmalaysiaherald.com