Rakyat gembira dengan rumah baru, tetapi Najib Razak sendirian di sebalik tirai besi. Namun demikian, legasi beliau tidak dapat diketepikan.
Saya mahu menulis serba sedikit mengenai dasar perumahan rakyat, salah satunya legasi di bawah kerajaan BN pimpinan mantan Perdana Menteri Najib Razak.
Saya pernah menulis perkara sama pada 2019 dan kini saya nak kita semua mengimbau kembali dasar perumahan rakyat di bawah pimpinan DSN. Amat memeritkan kerana kini individu yang sentiasa memikirkan keselesaan rakyat ini pula yg dihukum hidup sendirian di sebalik tirai besi.
Najib sangat prihatin dan faham keperluan rakyat, terutamanya dari golongan B40 untuk memiliki rumah sendiri. Di bawah pimpinan beliau sebagai PM, ramai yang berjaya mendapat rumah sendiri secara PERCUMA! Dan jika kena beli pun jauh lebih rendah dari nilai harga pasaran.
* Residensi Kerinchi
Dulu penduduk sini tinggal di Flat Empat Tingkat di Kampung Kerinchi sejak tahun 1971 lagi. Persekitarannya begitu usang sehinggakan tidak begitu sesuai untuk didiami dari segi kebersihan dan keselamatan.
Jadi pada masa itu kerajaan BN mahu membina semula kawasan ini dan memberi kediaman yang lebih selesa kepada penghuni yang kebanyakannya dari golongan B40.
Setelah projek siap mereka sekarang menghuni rumah baru yang diberi sebagai GANTIAN kepada penghuni yg bernilai tidak kurang dari RM500,000, malah lebih tinggi lagi jika ikut harga pasaran.
* Rumah Pangsa Taman Segar
Satu lagi usaha kerajaan BN bawah pimpinan DSN supaya semua lapisan rakyat terutama sekali kumpulan B40 akan mendapat pembelaan sebaik mungkin.
Seramai 1,200 buah keluarga di Rumah Pangsa Taman Segar akan dapat rumah GANTIAN baharu lebih besar dan selesa. Mereka tak perlu bayar apa-apa.
“Alhamdulillah, usaha kerajaan dan DBKL, satu projek gantian akan dilaksanakan dan dalam tempoh tiga tahun lagi setiap penghuni yang kini memiliki kawasan apartmen seluas 500 kaki persegi akan menerima apartmen baharu seluas 800 kaki persegi dalam keadaan yang jauh lebih berkualiti dengan pelbagai kemudahan seperti kolam renang dan gimnasium,” katanya.
* Projek Pembangunan Semula Perumahan Awam 1Razak Mansion
Pada 22 April 2014, Najib melancarkan Projek Pembangunan Semula Perumahan Awam 1Razak Mansion yang akan memberi manfaat kepada 658 keluarga. Projek pembangunan itu melibatkan keseluruhan 658 unit rumah, 23 kedai, 110 lot pasar beserta kemudahan seperti pejabat kecil, dewan orang ramai, surau, tadika, pejabat persatuan penduduk dan pondok polis.
Serentak dengan itu juga beliau mengumumkan “durian runtuh” kepada penduduk melalui tiga insentif antaranya 557 keluarga sedia ada akan menerima rumah baharu secara percuma. Penghuni-penghuni ini akan menukar unit lama dua bilik tidur, satu bilik mandi saiz 399 kaki persegi dengan unit baru tiga bilik tidur dan dua bilik mandi bersaiz 800 kaki persegi.
Unit baru ini bernilai empat kali ganda nilai unit lama.
Manakala 101 keluarga penyewa ditawar harga jualan RM42,000 berbanding harga pasaran RM350,000.
Selain itu, Najib turut memaklumkan bahawa duti setem pemilikan rumah baharu berjumlah RM4,000 diberi subsidi dan ditanggung sepenuhnya berserta pemberian wang imbuhan RM3,000 kepada 557 penghuni sedia ada.
“Perumahan ini dekat di hati saya kerana Allahyarham Tun Abdul Razak pernah menjejakkan kaki beliau di sini dan seterusnya merasmikan Kawasan Perumahan Awam Razak Mansion kira-kira 47 tahun yang lalu.”
Pada 15 Mac 2017 – tak sampai tiga tahun, Najib menyerahkan kunci unit baru kepada penduduk.
Janji Ditepati, Walaupun Legasi Tidak Dihargai Oleh Segelintir Rakyat Malaysia
Janji ditepati. Tetapi amatlah menyedihkan jika mereka yg telah mendapat manfaat secara langsung dari ketiga2 projek di atas merupakan pengundi yg memilih PH pada PRU14 yg lalu.
Maka pada PRU-15 kali ini, undilah BN bagi menebus semula kesilapan lalu. – NMH
Facebook Comments