Unveiling Uniqueness 2, Meraikan Kepelbagaian Melalui Muzik

Unveiling Uniqueness 2 kembali dengan persembahan dari insan-insan berkeperluan khas yang berbakat dalam bidang seni; diiringi penampilan istimewa Datuk Francissca Peter & Frankie Tan.

Kehadiran pemuzik dari golongan Orang Kurang Upaya (OKU) bukanlah suatu fenomena baru. Namun usaha secara tersusun dan rapi kebelakangan ini oleh persatuan Musicians for Musicians (MFM) untuk membawa muzik OKU ke dalam muzik arus perdana harus dipuji. Berikutan kejayaan Unveiling Uniqueness pertama pada 2024, mereka yang membuat persembahan pada masa itu sangat teruja untuk mengadakan sebuah persembahan susulan.

Dalam masa empat jam acara Unveiling Uniqueness 2 berlangsung, menampilkan barisan 45 orang pennggiat seni luar biasa ; terdiri daripada penyanyi, pemain alat muzik dan penari yang masing-masing mempunyai sifat kelainan tersendiri.

Dipersembahkan oleh Musicians for Musicians (MF) dengan kerjasama Music Mart, dan ditaja bersama oleh Yayasan Sime Darby serta The British International School Kuala Lumpur (BISKL) selaku penaja tempat, konsert ini menampilkan kreativiti tanpa batasan daripada para penggiat seni yang berkeperluan khas — termasuk individu autisme, ADHD, Sindrom Down, palsi serebrum, masalah penglihatan, masalah pendengaran, dan lain-lain.

Program malam itu menampilkan persembahan hebat oleh pemuzik muda dan dewasa dari seluruh Malaysia, bersama artis tempatan terkenal Datuk Francissca Peter dan Frankie Tan.

Daripada piano klasik ke ensembel rock dan persembahan perkusi, konsert ini mentakrifkan semula makna bersatu melalui muzik — membuktikan bahawa bakat dan semangat melangkaui keupayaan fizikal dan mental.

Unveiling Uniqueness – Persembahan Yang Penuh Kreativiti

Persembahan bermula dengan nyanyian lagu ‘Bohemian Rhapsody’ oleh semua penyanyi sebagai pembuka tirai. Nyanyian mereka begitu bersemangat, yang bakal menjanjikan hiburan selama empat jam yang begitu mantap untuk para penonton.

Kemeriah Unveiling Uniqueness 2 Dimulai Dengan Nyanyian Lagu 'Bohemian Rhapsody' beramai-ramai penuh semangat.
Kemeriah Unveiling Uniqueness 2 dimulai dengan nyanyian lagu Bohemian Rhapsody beramai ramai penuh semangat

Antara persembahan yang diadakan adalah selepas lagu pertama, penonton dipukau pula dengan nyanyian ‘old soul’ oleh Lucas Law, lagu bertajuk ‘Everything’ dan kemudian ‘Gemilang’ oleh Emily Chai yang diterbangkan dari Sarawak, tempat asal beliau menetap. Sarah Ow menyanyikan lagu ‘A Thousand Years’ dan Siti Nor Aishah menari mengikut rentak lagu ‘Dont Let Me Down’. All boys band, Zimi’J kemudiannya muncul dengan lagu retro ‘Summer of 69’. Raees Aryan pula memainkan piano dan menyanyikan lagu “Syurga itu Mahal”, sebuah lagu yang sangat bermakna untuk mereka yang dianugerahkan dengan anak2 istimewa.

Yang tidak mudah dilupakan, walaupun kemunculan hanya sebentar, adalah Aidel Rahman Morshidi, macam seorang ‘rock star’ dengan gaya menari dan pakaian topi dan skaf yang sangat ‘cool’. Dia adalah seorang yang bukan sahaja boleh menyanyi tetapi juga merupakan seorang penulis ‘freelance’ untuk New Malaysia Herald. Bagi UU2 kali ini, Aidel dipilih untuk memberikan kata-kata aluan kepada para penonton selepas lagu pembuka ‘Bohemian Rhapsody’. Beliau juga seorang yang paling ‘berani’ kerana memberi bunga kepada Datuk Francissca Peter semasa beliau menyanyikan lagu ‘Sekadar di Pinggiran’ yang merupakan salah satu lagu kegemarannya.

Persembahan 'old skool' rock pada malam tersebut.
Persembahan old skool rock pada malam tersebut

Selama lebih kurang empat jam, para penonton telah di hiburkan oleh lebih kurang 15 buah persembahan pelbagai ritma dan genre.

Di pertengahan acara, kumpulan MAGIKA hadir dengan persembahan yang amat menyentuh hati. Mereka adalah anak anak comel berumur antara 7-12 tahun yang mempunyai masalah pendengaran dan percakapan, tetapi mampu untuk membuat persembahan tarian sambil berbahasa isyarat dan pilihan mereka adalah lagu Golden ‘KPop Demon Hunter’ dan satu lagi lagu Datuk Siti Nurhaliza.

Kumpulan Cilik Magika, Anak-anak Istimewa Pendengaran Dan Pertuturan 'menyanyi' menggunakan bahasa isyarat.
Kumpulan cilik MAGIKA anak anak istimewa pendengaran dan pertuturan menyanyi menggunakan bahasa isyarat

Muzik Adalah Bahasa Universal

“Muzik adalah bahasa yang menyatukan kita semua,” kata Edwin Nathaniel, Pengerusi Jawatankuasa Unveiling Uniqueness 2 dan pengasas Music Mart. “Setiap irama, setiap nota malam ini mengingatkan kita bahawa inklusiviti bukan hanya idea — ia sesuatu yang dapat kita rasa, dengar, dan raikan bersama.”

Bagi Datin Hasnah Abdul Rahman pula, salah seorang ahli jawatankuasa penganjur konsert, acara ini lebih daripada sekadar persembahan — ia adalah gerakan empati dan pemerkasaan insan-insan istimewa.

“Unveiling Uniqueness 2 ialah tentang memberi suara kepada mereka yang sering tidak didengari, dan menyinarkan cahaya pada kebolehan luar biasa mereka. Persembahan malam ini adalah untuk mengingatkan kita bahawa kepelbagaian bukanlah satu bentuk kekangan — ia adalah kekuatan kita untuk membentuk keharmonian.”

Jawatankuasa penganjur terdiri daripada sukarelawan yang berdedikasi, datang daripada latar belakang berbeza tetapi berkongsi satu keyakinan: bahawa muzik mampu menyatukan, mengangkat, dan mengubah kehidupan. Komitmen mereka mengingatkan bahawa impak sebenar tidak digerakkan oleh tugas, tetapi oleh kasih sayang dan semangat terhadap tujuan tersebut.

Kehadiran Penyanyi Undangan

Seperti dikata tadi, bagi menambahkan seri di majlis, pihak penganjur turut mengundang penyanyi tersohor tanahair Datuk Francissca Peter dan penghibur penghidap polio Frankie Tan sebagai artis undangan.

Kedua-dua artit jemputan ini teruja berkongsi pentas dan diberi juga kehormatan berganding dengan penghibur istimewa yang sangat luarbiasa bakatnya.

Bagi Francissca, beliau begitu berbesar hati dan berharap agar insan-insan istimewa ini dibantu dan diberi peluang agar bakat mereka digilapkan lagi sebagaimana diberikan kepada artis-artis lain.

“Mereka begitu istimewa, dan saya berharap mereka yang di luar sana akan turun membantu mengetengahkan bakat insan-insan ini. Bersama mereka, saya merasakan mereka adalah penghibur yang lebih baik daripada saya dan berharap mereka akan terus lebih maju mengikut bakat seni masing-masing,” ujarnya. Pada malam UU2, beliau menyanyikan lagu popular ‘Sekadar di Pinggiran’, di mana lagu tersebut telah menjadi lagu terbaik dalam Anugerah Juara Lagu 1986, dan Asean Song Festival pada tahun 1987. Selepas itu beliau mendendangkan lagu Step by Step, dan sebab lagu tersebut sangat rancak, penghibur2 istimewa terus ke pentas untuk menari dengan mereka.

Bagi Frankie Tan, malam UU2 sangat mengujakan kerana beliau dapat bersama bakat-bakat muda yang istimewa. Beliau yang menghidapi polio adalah seorang penyanyi yang tersohor dengan nyanyian lagu-lagu ‘country’ bersama guitar kapok. Pada malam UU2, beliau mempersembahkan lagu ‘Forever Young’, nyanyian asal Bob Dylan.

“Saya gembira, kerana pada hari ini saya menyanyi untuk para hadirin yang menghargai musik dan memberi sokongan padu kepada pemusik-pemusik dari golongan istimewa,” ujarnya sebelum memulakan petikan guitar yang disertai dengan tepukan gemuruh penonton.

Selain pentas utama, Unveiling Uniqueness 2 turut menganjurkan Bazaar oleh Komuniti Berkeperluan Khas, menampilkan makanan, kraf, dan produk buatan tangan oleh usahawan OKU. Pengunjung digalakkan memberi sokongan dengan berbelanja di bazaar sebelum konsert bermula pada hari tersebut.

Detik kemuncak malam tersebut adalah persembahan penutup Tomorrow dan RISE! — kolaborasi bertenaga nyanyian beramai-ramai antara Francissca dan semua penggiat seni, melambangkan ketabahan, perpaduan, dan harapan untuk insan-insan khas di luar sana. – NMH

Facebook Comments

author avatar
Emma Harith
Emma Harith, a freelance writer, NGO activist and a mum advocate. Having written for a number of media organisations, she loves to focus her writings on adventures, lifestyle and the sky.

Latest articles

Related articles