Hanya Dengan Perpaduan Barulah Kita Akan Berjaya

0
346
Emma Harith adalah seorang Surirumah sepenuh masa. Selain daripada menguruskan hal ehwal domestik, penulis juga seorang Aktivis kemasyarakatan di samping mempunyai hobi makan -makan dan jalan-jalan. THE KITCHEN IS MY OFFICE. If you can't stand the heat, stay away from the kitchen.

Oleh Emma Harith

Menganjak ke tahun tahun 2021, rakyat tanpa mengira bangsa perlu bergerak sebagai satu pasukan demi memastikan negara kita terus stabil walaupun gelombang pandemik COVID-19 ini masih belum reda.

Dalam keresahan, masih tersemai harapan di hati rakyat Malaysia agar keadaan yang tidak menentu ini akan berlalu pergi, dan Malaysia akan kekal aman dan makmur.

Di Malaysia Ini, Pelbagai Kaum, Pelbagai Cerita. Kita Perlu Bersatu Untuk Berjaya Mengatasi Macam2 Rintangan Yang Sedang Dihadapi. - Nmh Graphic Oleh Dh
<strong>Di Malaysia ini pelbagai kaum pelbagai cerita Kita perlu bersatu untuk berjaya mengatasi macam2 rintangan yang sedang dihadapi <strong> NMH Graphic oleh DH

Berikut adalah wawancara New Malaysia Herald dengan beberapa individu, mengenai apakah harapan PERPADUAN Tahun Baru 2021 mereka.

Pendapat Pertubuhan Bukan Kerajaan Dan Pengerak Politik

Junita Abu Bakar, Setiausaha-Agung, BeNAR Malaysia: “MCO Malaysia berlaku ketika negara kita sedang melalui saat-saat politik yang penuh gelora. Sebagai NGO yang prihatin, BeNAR Malaysia tergerak untuk menjalankan apa yang perlu semasa #kitajagakita. Itu adalah saat ketika kami berusaha untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan. Saya ingin melihat perkara ini berlaku lagi pada tahun 2021, kerana saya pasti MCO akan berulang lagi sebelum kita kembali kepada keadaan sediakala. Untuk merealisasikannya, kita mesti bekerjasama dan menghulurkan bantuan secara menyeluruh.”

Datuk Seri R.S Thanentiran, Presiden, Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP): “Kita rakyat Malaysia lebih berpecah belah sekarang berbanding satu waktu dahulu. Pada tahun 2021, saya tidak hanya mengharapkan orang Melayu, Cina dan India, malahan semua kaum akan menghentikan segregasi bangsa. Semasa menghadapi masalah seperti pandemik COVID-19, kita rakyat Malaysia telah bersatu untuk memerangi peperangan ini dengan kekuatan yang tidak dapat dilihat. Barisan hadapan ada untuk kita, tanpa mengira batasan bangsa dan agama. Mengapa kita tidak menggunakan pengalaman wabak COVID-19 ini sebagai pemangkin bagi memakmurkan perpaduan kaum, mengurangkan jurang pemisahan dan polarisasi untuk agar Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih baik.”

Datuk Seri Hj Syed Ibrahim Kader, Presiden Kongress Indian Muslim Malaysia (KIMMA): “Perpaduan adalah kunci kemajuan sebuah negara. Kita harus mendapatkan kembali Malaysia sebagaimana Malaysia yng kita kenali pada tahun 80-an dahulu. Pemimpin-pemimpin masyarakat memainkan peranan penting dalam hal ini. Mereka harus memimpin masyarakat ke arah polarisasi perkauman sifar dan menyebarkan kesedaran di dalam komuniti mengenai perkara yang boleh dan tidak bolehdilakukan oleh kaum sendiri kepada kaum lain, serta kepekaan sensitiviti kaum kepada generasi muda. Ini akan membawa kepada Malaysia yang lebih baik.”

Adli Yahya, Pengasas, Autism Café Project: “Saya berharap, majikan yang berpotensi perlu memahami belia kita dari segi kebolehan dan/ atau keperluan Ketika pengambilan agar tidak timbul sebarang isu berbalik kelak. Ibu bapa juga perlu mengenepikan agenda peribadi. Bersama dengan Advokasi Autisma bukan kerana ibu bapa, tetapi kerana belia tersebut. Kita adalah berbeza, dan kerana itu kita wajar meraikan perbezaan tersebut.”

Nasrul Ali Hasan Abdul Latif , Aktivis Persatuan Solidariti Ekonomi (PSE): “Harapan saya, pertama adalah berkenaan Perpaduan bermula dari pendidikan. Wajar di ambil contoh negara-negara antarabangsa yang membangun dan maju melalui sistem sekolah satu aliran.

Kedua berkenaan parti politik yang berdasarkan keagaamaan mesti dihentikan kerana mencemar kesucian dan kemurnian sesuatu agama. Sepatutnya semua melihat agama dengan perspektif baik.

Tapi kerana ada yang memperkudakan agama, maka hilang rasa hormat orang lain terhadap agama tersebut”

Rakyat- Cetusan Harapan WANITA

Sarah Heider, Peguam: “2020 benar-benar memberi kesan yang mendalam kepada rakyat Malaysia sejajar dengan keadaan negara seperti ‘perang dunia’ melawan wabak COVID-19. Kita belajar bersama-sama bagaimana untuk bersatu bagi tujuan yang sama agar setiap dari kita dapat membantu negara mengalahkan COVID-19. Ketika kita mengakhiri tahun yang penuh dengan cabaran yang sebelum ini tidak pernah terjadi, bagi pembuka tirai tahun 2021, walaupun tidak ada jaminan menghadapi 2021 , namun kita masih harus bekerjasama dalam keadaan bersatu-padu dan bersolidariti untuk menjadikan tahun ini sebagai ‘tahun penyembuhan’ melalui keberanian, harapan dan kedamaian . Ini bukan masanya untuk pertikaian politik yang tidak produktif dan saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk mengutamakan negara dan rakyatnya sebelum mengutamakan kepentingan politik, kerana kita saling memerlukan antara satu sama lain untuk terus hidup, serta kita semua tetap kuat dan terus bersatu.”

Mac Ruhayu, penyanyi tahun 90-an dan Pengasas Pertubuhan Rangkaian Penjanaan Ekonomi Wanita (PRPEW): “Sebagai Pengasas sebuah pertubuhan yang menjahit baju PPE untuk barisan hadapan, saya berharap agar rakyat Malaysia tanpa mengira darjat dan kedudukan serta bangsa dan agama, terus memberi sokongan kepada barisan hadapan yang bertungkus- lumus dan bersengkang mata menjaga kita rakyat Malaysia. Mereka adalah benteng pertahanan akhir kita. Jika mereka tumbang, akan lumpuh negara ini. Semoga mereka terus di kurniakan kesabaran dan kekuatan dalam menjalankan tugas yang mulia ini.”

Azlin Othman, Duta Kenali Ubat anda dan Ikon Gigi Kementerian Kesihatan Malaysia : “Harapan saya pada 2021 supaya perpaduan antara kaum dapat terus di pelihara, dan Elemen paling penting iaitu saling hormat-menghormati perlu di jadikan asas pergaulan, serta elakkan sensitiviti kaum untuk hidup dalam keamanan.”

Halida Daud, Usahawan – Barangan berjenama HMD Wellness Pre-Loved: “Dengan cara kecil, saya berusaha mewujudkan impian pelanggan saya. Bagi sebilangan mereka, mereka tidak pernah memiliki barang berjenama. Oleh itu, dengan memasarkan barang berjenama yang sangat digemari ini dengan harga yang sangat berpatutan, melihat wajah mereka penuh kebahagiaan sudah cukup bagi saya. Para pelanggan saya pula berasal dari pelbagai lapisan masyarakat, bangsa dan agama yang berbeza. Mereka semua dengan satu tujuan iaitu : Untuk merasa seronok dengan diri mereka sendiri dan saya berharap perniagaan saya dapat berkembang lebih jauh sehingga saya dapat membuat lebih banyak pelanggan gembira. Pelanggan dan saya bersatu dengan cara itu.”

Rakyat – Tidak Ketinggalan, Sepatah Dua Dari Kaum Lelaki

Shiraz Akram Merican Nunis, Pelajar Diploma Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat: “Walaupun saya di bawah spektrum Autisme, saya sangat mengambil berat tentang isu-isu yang melibatkan orang lain dan diri saya. Di sekolah, saya berkawan dengan pelajar berkeperluan khas, yang sering disisihkan oleh orang lain. Saya di panggil ‘ Snowflakes’ iaitu kepingan salji dan bergelut dengan pelbagai label, malangnya ia di mulakan oleh salah seorang guru, yang mengatakan bahawa &quot;orang lain kena lebih teruk daripada kamu.&quot; Senarai harapan saya : “Lebih banyak kesedaran untuk kesihatan mental dan autisme dan kurang stigma mengenai dua keadaan ini. Perjalanan setiap orang adalah berbeza, tidak ada sesiapa yang harus dinafikan untuk di berikan rawatan dan peluang harus diberikan berdasarkan kemampuan, bukan bangsa, agama atau jantina.”

Tuan Haji Mat Taib, Pengasas / Ketua Pegawai Eksekutif, Akademi NLP Malaysia: “Saya mengharapkan tahun 2021 adalah satu tahun di mana kita secara individu dan kelompok masyarakatakan dapat menikmati kehidupan yang bahagia dan ceria. Anak-anak akan kembali berinteraksi dan berintegrasi di sekolah seperti biasa. Samada COVID-19 masih ada atau tidak, sesuatu hendaklah dilakukan agar anak akan kembali ke dunia pembelajaran mereka. Selain daripada itu, harapan saya ialah tahun 2021 membawa sinar cerah kepada semua rakyat Malaysia yang dirundung kegawatan ekonomi. Mereka yang terjejas atau kehilangan kerjayanya hingga melalui masa-masa gelap yang sukar akan membali pulih seperti sediakala. Mereka yang tergugat keadaan kesihatan mentalnya akan balik kepada keadaan tenang yang menceriakan. Saya juga berharap seluruh rakyat Malaysia akan terus bersatu dalam memupuk perpaduan agar negara terus aman dan harmoni sekalipun dalam senario politik yang bercelaru, bobrok dan tidak stabil. Saya mengharapkan agar pemimpin- pemimpin politik merendahkan keegoaan mereka supaya lebih prihatin dan memahami aspirasi rakyat. Semoga mereka melebihkan rasa kemanusiaan sejagat dari keuntungan peribadi dan kumpulan tertentu.Di samping itu, saya mendoakan Malaysia yang bebas dari fitnah, korupsi dan janji-janji palsu yang hanya akan merosakkan negara.”

Don Najib Mustafa, Mantan MAS Cabin Crew Presiden Ex-Mas Cabin Crew Association (ECCA): “Tagline kami ‘ Together we care’,sejak MAS di tubuhkan pada 1972. Semua Krew Kabin MAS membawa MH ( Malaysia Hospitality) , di awan biru tanpa mengira siapa, kami adalah ‘ buta’ terhadap warna, bangsa atau agama Ketika melayan para penumpang kami. Di harap semoga rakyat Malaysia dapat mencontohi budaya MAS ini, kerana itu sehingga kini, kami adalah SEBUAH KELUARGA BESAR yang tetap berbangga dengan MAS.”

Kos Serani, Pereka Fesyen: “Saya berharap komuniti akan lebih memahami antara satu sama lain dan menghormati budaya dan agama antara kaum, seperti di Sabah, kita masih boleh tengok orang melayu duduk bersembang di kedai kopi cina dan sebaliknya. Jangan dadika perbezaan antara kita itu satu dinding pemisah untuk kita berkawan dan bekerjasama membina Malaysia yang lebih aman dan Makmur.”

Facebook Comments

author avatar
Staff Editor
New Malaysia Herald publishes articles, comments and posts from various contributors. We always welcome new content and write up. If you would like to contribute please contact us at : editor@newmalaysiaherald.com