Cina Peranakan Kelantan, Elemen Pelancongan Dan Kebudayaan

0
1267
Akok bersama Che Ann Tok Dalang Wayang Kulit Cina - New Malaysia Herald

Kulit kebanyakannya sawo matang, mata pula tidak terlalu sepet seperti kebanyakan orang Cina lain. Itulah antara trait Cina Peranakan Kelantan yang unik sehinggakan ramai yang keliru, sama ada mereka ini Melayu atau Siam.

Mereka menghayati kehidupan dan budaya Melayu. Bukan setakat bahasa pertuturan, pakaian, makanan dan rupa paras pun tidak ada bezanya dengan orang Melayu.

Lebih mengelirukan, bahasa Melayu ‘kecek’ Kelantan mereka sangat pekat dan lancar, menyukarkan ‘orang luar’ untuk meneka sama ada mereka Cina Peranakan atau Melayu.

Kami ‘Ore Kelate’

Philip Fang Seng Kok (51 tahun), atau lebih mesra dengan panggilan Akok, adalah seorang yang berbangsa Cina Peranakan Kelantan yang berasal dari Machang. Bapa yang mempunyai tiga orang cahaya mata, seorang perempuan dan sepasang kembar lelaki ini sekali imbas lagaknya sangat keMelayuan terutama sekali apabila sudah bertemu ‘gu’ dan ‘saing-saing ore Kelate’, iaitu apabila duduk bersama dengan rakan-rakan lain dari Kelantan.

Berlatar-belakangkan Bidang Pelancongan, Pengurus Besar kepada sebuah agensi pelancongan ini mempunyai hajat dan tanpa lelah terus mempromosikan dan memperkenalkan Negeri Kelantan kepada orang ramai, kerana padanya Kelantan adalah sebuah negeri yang sangat menarik dan berpotensi untuk menjana pendapatan negeri melalui sektor pelancongan.

“Akok sebagai Peranakan Cina Kelantan mahu memperkenalkan Budaya Cina Kelantan kepada seluruh masyarakat Malaysia, kerana pada saya, kemajmukan Ore Kelate merupakan antara kunci Perpaduan Kaum di Kelantan. Di mana anda boleh lihat Melayu, Cina, Siam dan India boleh duduk makan semeja dan bergurau senda, dan yang paling penting kami semua bercakap dalam satu loghat, iaitu Loghat Kelantan, ” katanya lagi.

Mengikut catatan sejarah, Masyarakat Cina telah wujud di Kelantan sejak abad ke-17 Masihi lagi dan kebanyakan mereka tinggal di sepanjang pinggir sungai Kelantan terutama di kawasan Pulai, Gua Musang dan Sungai Pinang, Tumpat.

Walaupun tiada catatan sebenar sejarah kedatangan mereka ke Kelantan, namun mereka percaya kedatangan nenek moyang mereka lebih awal dari kedatangan orang Cina pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Ini berdasarkan penemuan patung lama di tokong tertua berusia 600 tahun atau lebih di Kampung Pulai, Gua Musang dan berasal dari Dinasti Ming.

Politik Keagamaan Adalah Virus Perosak

“Malaysia, termasuk negeri Kelantan, sudah tidak seperti dahulu lagi. Dulu kita boleh melihat orang yang berbeza latar belakang dan berbangsa lain duduk semeja, namun kini ia adalah janggal bila Cina duduk minum dengan Melayu, si Melayu akan diejek dan yang bukan Melayu pula di panggil kafir. Mungkin sekali dua orang tidak terasa lama kelamaan bila budak-budak pun sudah pandai mahu kafirkan orang, perpaduan yang dulunya Akok dapat rasa masa zaman kanak-kanak kini beransur-ansur terhakis.

Elemen-elemen dalam ceramah politik keagamaan umpama virus yang semakin lama semakin merosakkan minda dan hati masyarakat, terutamanya di dalam negeri Kelantan itu sendiri. Negara kita di rosakkan oleh orang-orang politik yang menggunakan bangsa dan agama untuk mendapatkan pengaruh,” katanya.

Ia amatlah mendukacitakan, bagi sebuah negeri yang mempunyai gunung dan laut, dengan keindahan pantai yang setara dengan Hawaii, penduduk negeri Kelantan masih jauh ketinggalan dalam menjana ekonomi melalui industri pelancongan.

Semasa di Niagara Falls Canada bekerja sambil menikmati keindahan alam Pada masa itu Akok terfikir Kelantan ada banyak tempat menarik seperti di sini tetapi adakah rakyat Malaysia sendiri tahu mengenai tempat tempat ini NMH

“Dengan segala potensi alam semulajadi yang ada, sepatutnya rakyat negeri Kelantan maju, dan tidak ada lagi istilah ‘buka paip keluar air teh beng,” kata Akok merujuk kepada masalah ‘air karat’ yang masih tidak di atasi oleh pihak berwajib.

Jauh Pemandangan, Luas Pandangan

Akok sudah 26 tahun berada dalam industri pelancongan dan sudah melawat ke 60 buah negara.

Di New Orleans USA menghadiri USA Tourism Convention sebagai wakil Malaysia NMH

“Jika bukan kerana COVID-19, dalam setahun, 200 hari saya akan berada di luar negara mempromosikan Kelantan dan Malaysia. Sekarang cuma mampu berada di dalam negeri.”

Daripada pemerhatian Akok yang puas merantau ke seluruh pelusuk dunia, Kelantan ada potensi sebagai destinasi yang istimewa untuk pelancongan, seperti aktiviti mendaki gunung, masuk gua di Dabong dan pantai yang cantik di negeri tersebut.

“Makanan yang pelbagai jenis serta budaya Kelantan yang menarik dan penuh dengan warna-warni umpama kanvas hidup yang wajar diangkat sebagai salah satu elemen dalam mempromosikan Malaysia sebagai negara yang menarik dan unik untuk dilawati,” jelas Akok.

Antara Tempat Menarik Di Kelantan:

Di Air Terjun Jelawang Air Terjun tertinggi di Asia Tenggara NMH
  1. Air Terjun Jelawang, air terjun tertinggi di Asia Tenggara.
  2. Masjid Kampung Laut, Masjid tertua di Malaysia.
  3. Tokong Mek di Pulai, Tokong agama buddha yang tertua di Malaysia.
  4. Guilermard Bridge.
  5. Jabatan Keretapi tertua di Malaysia dan sudah berusia sekitar 100 tahun.
  6. Sleeping Buddha, Standing Buddha, Sitting Buddha. Di Tumpat.
  7. Pasar Terapung Pulau Suri, Pasar Terapung pertama di Malaysia.
  8. Pasar Terapung Pengkalan Datu, Pasar Terapung kedua di Malaysia.
  9. Rumah rumah Peranakan Cina Kelantan yang lama, ada yang 200 tahun.
Pasar Terapung Pulau Suri Pasar Terapung Pertama di Malaysia NMH

Akhir kata, hajat Akok adalah supaya lebih ramai rakyat Malaysia boleh melawat ke negeri Kelantan yang indah, jagalah perpaduan kaum di Malaysia.

Kita Ore Kelate, kita adalah Anak Malaysia. – New Malaysia Herald

Layarilah channel tersebut untuk mengetahui lebih lanjut tempat-tempat menarik di Kelantan:

Mengenai penulis: Emma Harith adalah seorang Surirumah sepenuh masa. Selain daripada menguruskan hal ehwal domestik, penulis juga seorang Aktivis kemasyarakatan di samping mempunyai hobi makan -makan dan jalan-jalan. THE KITCHEN IS MY OFFICE. If you can’t stand the heat, stay away from the kitchen.

<a href=httpswwwfacebookcomprpewm target= blank rel=noreferrer noopener>httpswwwfacebookcomprpewm<a>
For advertisement bookings and media support do contact us at <a href=mailtocontactnewmalaysiaheraldcom target= blank rel=noreferrer noopener>contactnewmalaysiaheraldcom<a> or SignalWhatsapp to +6014 6277067 or +6016 6060320

Facebook Comments

author avatar
Staff Editor
New Malaysia Herald publishes articles, comments and posts from various contributors. We always welcome new content and write up. If you would like to contribute please contact us at : editor@newmalaysiaherald.com