Parti politik PKR dan Pejuang umpama parti ‘warisan’ yang menidakkan keupayaan rakyat marhaen sebagai pemimpin utama. Adakah yang lain tidak layak sebab datang dari keluarga biasa?
Anak-anak muda selalu bertanya, dalam politik Malaysia, daripada jadi kerajaan sehingga jadi pembangkang, sudah tidak adakah muka lain selain daripada Mahathir dan Anwar?
Mereka mahu melihat muka-muka baru yang bukan ‘anak kayangan’ seperti Fahmi Fadzil, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau Abu Hafiz Salleh Hudin Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) untuk mengemudi parti.
Mereka sudah jelak apabila PKR dan Pejuang meletakkan ‘anak-anak kayangan’ iaitu Nurul Izzah dan Mukriz sebagai teraju utama parti.
Persoalan mereka, anak marhain tidak layakkah menjadi pemimpin parti? Mestikah teraju parti itu menjadi ‘warisan keluarga’?
Atok Yang Tidak Sihat
Cerita yang kononnya Mahathir hampir pengsan apabila sampai di rumah beliau, seperti yang diceritakan dengan penuh emosi oleh Siti Hasmah tidak mampu mewujudkan elemen ‘kasihan’ seperti dalam video ‘Atok sudah Tua’ yang ditukarkan semasa PRU 14 sehinggakan ramai yang memberikan undi kasihan kepada Atok dan sekutu.
Kalau keluarga Tun Mahathir tahu beliau tidak sihat, mengapa tidak disuruhnya orang tua itu untuk duduk di rumah? Bukankah anak-anak beliau begitu hebat? Sebagai adik-beradik tidak bolehkah Mokhzani atau Marina membantu karier politik Mukriz?
Jika Mukriz tiada kekuatan sendiri, tidak perlulah beliau menjadi presiden parti. Berikanlah jawatan tersebut kepada rakyat dari keluarga biasa yang layak.
Anwar Ibrahim Menaruh Harapan
Pakatan Harapan (PH) yang dianggap ‘tiada harapan’ oleh majoriti rakyat Malaysia sekali lagi apabila meletakkan nama Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri jika majoriti undi pilihanraya ke-15 (PRU15) berpihak. Dengar khabar Anwar Ibrahim akan bertanding di Tambun pula. Sangat hipokrit, alasan tidak mahu bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana kasihankan rakyat terpaksa mengundi dalam keadaan ‘banjir’.
Namun beliau memang dikenali sebagai ahli politik yang tidak tahu malu. Demi kehendak mahu menang beliau akan bertanding di tempat lain pula. Ada Anwar Ibrahim kisah orang mengata beliau muka tebal ? Rasanya, tidak. Selagi ada nyawa dan tidak dapat menjadi Perdana Menteri beliau akan terus bertanding dan bertanding, sehingga ‘abang Jamil mampus’ bak kata madu-madu secara berseloroh dalam cerita Madu Tiga P. Ramlee. Itu memang ‘character’ Anwar Ibrahim, ‘lawan tetap kawan’, namun kini sudah bertukar kita jangan lawan, kita kawan’.
Seperti biasa akan tetap menaruh harapan kepada anaknya si ‘Putri Reformasi’ iaitu Nurul Izzah, walaupun pada ketika ini ‘Reformasi’ sudah menjadi ‘Reforbasi’. Para ‘Otai’ Reformasi ramai yang telah merajuk dan berundur diri. ‘Lepas dia, bini dia, lepas tu anak dia, nanti menantu dia pula’, kata pengikut tegar Anwar Ibrahim yang semakin kendur semangat Reformasinya apabila Atok bergabung dengan Anwar membentuk PH.
Satira Politik Yang Membosankan
Kisah politik Mahathir dan Anwar Ibrahim sudah hampir 50 tahun dan masih lagi ‘bersiaran’ seperti sinetron. Entah bila akan tamat, dan apabila tamat adakah satira mereka berdua ini akan diteruskan oleh anak-anak dan cucu cicit mereka atas dasar ‘perjuangan’ Atok mereka?
Bab ini kita hanya akan dapat tahu apabila kedua-dua mereka ini hanya tinggal kenangan. Pada masa itu, terpulanglah kepada para penulis sejarah pula mahu tulis apa berkenaan dua orang ahli politik ini.
Tidak dapat dinafikan, ramai yang membenci dan tidak kurang pula yang menjadikan mereka berdua ini idola kehidupan.
Yang pasti apabila mereka berdua sudah tiada, lanskap politik Malaysia akan berubah, dan diharap perubahan adalah lebih baik, dan politik ‘warisan’ keluarga akan dapat ditamatkan. – NMH
Mengenai penulis: Emma Harith adalah seorang surirumah sepenuh masa. Selain daripada menguruskan hal-ehwal domestik, penulis juga seorang aktivis kemasyarakatan di samping mempunyai hobi makan-makan dan jalan-jalan. THE KITCHEN IS MY OFFICE. If you can’t stand the heat, stay away from the kitchen.
Pendapat dalam penulisan ini adalah bersifat peribadi dan ia tidak semestinya mencerminkan pendapat NMH.
Emma Harith, a freelance writer, NGO activist and a mum advocate. Having written for a number of media organisations, she loves to focus her writings on adventures, lifestyle and the sky.
Facebook Comments