TERKINI: Pesawat Terhempas, Siasatan Mengenalpasti Mangsa Sedang Dijalankan

Dua penumpang, termasuk juruterbang dilaporkan berada dalam pesawat tersebut

KLANG, Selangor – Sebuah pesawat ringan model BK 160 Gabriel dengan nombor pendaftaran I-POOC dilaporkan terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar hari ini, menurut sebuah kenyataan media oleh CAAM (Civil Aviation Authority of Malaysia).

Menurut CAAM, pesawat tersebut, yang dikendalikan oleh Air Adventure Flying Club, telah berlepas dari Lapangan Terbang Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada jam 1.28 petang bagi penerbangan rekreasi.

Kenyataan Akhbar Caam Mengenai Pesawat Yang Terhempas Hari Ini.
Kenyataan Akhbar CAAM mengenai pesawat yang terhempas hari ini

Dalam Siasatan

Terdapat dua mangsa yang masih belum dikenalpasti dan masih dalam siasatan oleh pihak Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan. CAAM sahkan dua penumpang termasuk juruterbang dalam pesawat terhempas tersebut.

Terdapat juga video yang kini sedang tular menunjukkan sebuah kren telah sampai di tempat kejadian untuk mengorek kapal terbang yang tertimbus akibat jatuh terjunam.

Menurut penduduk di kampung tersebut, mangsa juga kelihatan tertimbus dalam tanah namun orang kampung hanya ternampak seorang sahaja.

Juruterbang Pesawat

Walaupun begitu, menurut laporan rasmi daripada CAAM, terdapat dua orang mangsa, salah seorangnya adalah juruterbang pesawat yang masih belum di kenalpasti dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Laluan Perjalanan Udara Dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Sebelum Terhempas Di Kampung Tok Muda, Kapar, Selangor.
Laluan perjalanan udara dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz sebelum terhempas di Kampung Tok Muda Kapar Selangor

Pesawat dikatakan menghubungi Bahagian Kawalan Trafik Udara pada 1.35 PM, tetapi tiada sebarang aduan kecemasan.

Nantikan berita lanjut yang bakal menyusuli …NMH

Also read:
BREAKING | Flight with 22 People On Board Presumed Missing In Nepal

Facebook Comments

Latest articles

Related articles