Adakah ‘Susah’ Menjadi Melayu Di Tanah Melayu?

(Bahagian Kedua - Mesej Ibrahim Ali)

0
724

Terima kasih kerana sabar menanti bahagian kedua temuramah NMH dengan Ibrahim Ali. Penulis rencana Emma Harith bertanya beliau soalan tersebut. Bahagian pertama boleh dibaca di sini.

Pemilikan Hartanah Bagi Melayu/Pribumi

Ibrahim Ali berkata, “Satu masa dahulu, tanah-tanah orang Melayu/Pribumi di ambilalih untuk pembangunan projek kerajaan oleh agensi-agensi tertentu namun entah di mana silapnya, banyak tanah yang terlepas ke tangan para pemaju perumahan dan akhirnya rumah-rumah yang di bina bernilai berjuta-juta tidak mampu dimiliki oleh orang Melayu/Pribumi. Perkara ini sangat mendukacitakan.

“Saya pernah cadangkan, memandangkan kerajaan pernah mengadakan Dasar Automotif Nasional, pada 1985 di mana bagi menggalakkan pembelian kereta nasional serta merancakkan industri automotif, di antara polisinya adalah memberikan pinjaman 100 peratus kepada pembeli. Semua orang mampu beli kereta nasional pada ketika itu, para belia yang baru tamat pengajian tinggi yang belum dapat pekerjaan juga sudah mampu beli kereta. Jurujual-jurujual begitu mudah menjual kereta, bukan itu sahaja, ada kalanya ada ‘pulangan’ RM2,000 sehingga RM5,000.

“Namun setelah lima tahun, ada yang masih tak dapat kerja, dan pinjaman tidak bayar, kereta sudah reput, nilai jualan semula kereta hanya RM10,000 sehingga RM20,000 sahaja, dan tunggakkan pula adalah RM80,000. Perkara ini membuatkan kebanyakan orang bankrap. Oleh itu, saya ada mencadangkan bagi pemilikan hartanah, dulu ada Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), dan UDA tidak perlu pun buat bangunan atau perumahan, tetapi kerajaan perlu peruntukkan UDA RM50 bilion dana untuk pinjaman perumahan. Dana itu boleh sahaja daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), daripada di gunakan untuk pelaburan luar negara, baik di gunakan untuk dilaburkan dalam hartanah dalam negara.

Apabila sudah tamat pengajian, anak-anak muda ini di berikan kemudahan untuk membuat pinjaman pembelian rumah dengan syarat yang cukup mudah. Mereka hanya perlu lulus pengajian diploma atau ijazah pertama, Melayu/Pribumi dan warganegara. Enam bulan selepas mendapat kunci baru bayar, tak kiralah bayar macam mana, samaada cari penyewa atau dari duit gaji, dan selepas enam bulan kemudian jika tidak dapat bayar mereka perlu pulangkan balik kunci. Nilai hartanah akan sentiasa naik. Tiada kerugian di pihak kerajaan di situ,“ ulasnya lagi.

Perkara ini hanya boleh di lakukan jika kerajaan sanggup untuk menjadi ‘Robin Hood’ mengembalikan hak rakyat, yang di ambil oleh pihak kapitalis iaitu pihak pemaju yang selama ini begitu dijaga oleh pemimpin-pemimpin politik dan pembikin dasar negara.

Kaum Melayu/Pribumi Sangat Baik dan Pemurah

“Tidak dapat dinafikan, antara semua kaum di Malaysia, kaum Melayu/Pribumi adalah yang paling baik dan sangat pemurah. Saya bukan mahu memperkecilkan bangsa lain, tetapi hakikatnya adalah begitu. Contohnya, walaupun Islam adalah agama Persekutuan, agama-agama lain boleh diamalkan dan dianuti. Selain daripada itu, perniagaan-perniagaan yang tidak selari dengan ajaran Islam masih boleh dilakukan oleh bukan Islam.  Lesen-lesen perniagaan ‘haram’ ini eksklusif untuk mereka. Mereka dapat lesen judi, kelab malam, pusat hiburan dan spa, di mana industri-industri ini dapat keuntungan dalam trillion.

Beliau memberi contoh mudah, di mana sebagai seorang Melayu Islam, beliau tidak  dibenarkan untuk mengambil lesen judi. “Saya Melayu dan saya tidak boleh dapat lesen ini. Menjadi Melayu itu susah di Bumi Melayu kerana jika saya bukan Melayu, saya hanya perlu ambil satu lesen perniagaan kedai judi dan senang-senang saya akan mendapat 50 ribu sebulan,” kata Presiden Parti Bumiputra Perkasa Malaysia (PUTRA) ini.

Jika saya bukan orang Melayu memang saya hanya perlu ambil satu lesen perniagaan kedai judi dan senang senang saya akan mendapat 50 ribu sebulan s<em>eperti dicatat dalam Laporan Tahunan <em><a rel=noreferrer noopener href=httpswwwmagnummyAnnualReportaspx target= blank>Magnum Berhad <a><em>2019<em> kata Ibrahim Ali Photo credit Magnum Berhad

Mengikut pendapat beliau lagi, satu perkaran yang ‘memudahkan’ kemajuan ekonomi orang bukan Islam seperti orang Cina adalah kerana minda mereka adalah minda perniagaan, dan tiada peraturan khusus dalam menjalankan perniagaan. Mereka akan berniaga apa sahaja, dan mereka akan cuba untuk mengelakkan dari membayar cukai. Berbanding dengan orang Melayu, Kebanyakan daripada mereka akan berniaga mengikut lunas-lunas agama Islam. Orang Melayu berpegang kepada konsep halal dan haram. Orang Melayu majoritinya tidak tergamak untuk membuat bisnes ‘kotor’. Maka, Melayu harap apa? Melayu akan berharap ke Baitulmal, TEKUN, Amanah Ikhtiar, dan ramai juga orang Melayu yang meminjam dari Ah Long, bukan orang Cina.

“Saya ada strategi untuk meningkatkan taraf hidup bumiputra, permudahkan pinjaman, siapa yang nak buat pinjaman permudahkan untuk bisnes. Nak mula perniagaan, nak beli lot dan peralatan perlu setengah juta. Mudahkan. Nak buka francais paling tidak 30 peratus daripada nilai francais maka mudahkan pinjaman. Jika kerajaan ada ‘political will’ boleh buat,” sambung beliau lagi.

Kuasa Politik Melayu Yang Kian Pudar

Dahulu orang Melayu rasa selesa kerana ingat bila ada kuasa politik mereka akan selamat. Tapi kini bila mereka sudah kehilangan kuasa ekonomi, maka lebih cepat pula mereka kehilangan kuasa politik, keadaan ini berlaku kerana ahli politik dan parti-parti politik ‘lama’ dah hilang semangat politik kerana perebutan kuasa dan jawatan.

Kerana itu, mengikut Tok Him, bagi PUTRA, pada masa ini, mereka tidak bergabung dengan Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) atau Barisan Nasional (BN). Walaupun begitu, kerjasama politik itu mungkin, namun masih belum difikirkan lagi untuk masa ini.

Ini kerana dalam PN ada Gerakan, dalam PH ada DAP dan dalam BN ada MIC dan MCA. Namun Tok Him menambah bahawa beliau bukan anti kepada bangsa lain, tetapi jika ada ‘mereka’, kita tidak boleh bercakap secara berterus terang dan terbuka tentang kepentingan dan pemerkasaan Melayu/Pribumi kerana takut rakan Cina atau India akan rasa terkilan. Ahli politik Melayu pula takut untuk kehilangan undi bangsa asing.

Ahli Politik Perlu Ikhlas

Sebagai pemimpin, ahli politik perlu ikhlas dan menjadi contoh. ‘Kepimpinan melalui tauladan’ seperti yang pernah di ucapkan oleh Mahathir Mohamad.

“Banyak juga Tun (Mahathir) buat untuk negara , tetapi janganlah ambil contoh Mahathir mengkayakan kroni, tetapi menyusahkan rakyat. Lebih-lebih lagi di Malaysia sekarang semangat politik tiada, yang ada ahli politik yang gila kuasa dan ahli politik Islamik yang munafik.”

Bagi Tok Him, Putra adalah parti baru berteraskan Melayu/Pribumi yang mahu mengembalikan semangat politik Melayu, yang akan memperbetulkan yang tidak betul. Mengembalikan semangat politik yang telah hilang, dan memperbetulkan dasar politik yang berkecamuk. “Di satu sisi kita melihat polisi-polisi yang di katakan ‘menjaga’ majoriti, tetapi dari sisi yang lain, polisi yang di gubal umpama ‘membunuh’ pula majoriti, terutamanya dasar-dasar pembangunan ekonomi.

“Ingin saya perkatakan di sini tentang buku tulisan seorang Profesor daripada Yale University, Amy Chua yang bertajuk ‘World on Fire’, di mana ia menerangkan kajian berkenaan situasi ekonomi di Indonesia, Filipina dan Afrika Selatan. Beliau mencadangkan setiap polisi yang di rencanakan tidak boleh bertentangan dengan tindakan afirmatif sesebuah negara, iaitu Agenda Nasional  negara tersebut,  jika tidak negara tersebut akan mendapat masalah. Di Malaysia, agenda Nasional adalah agenda Pemerkasaan Melayu/Pribumi, maka polisi atau dasar yang mesti digubal adalah selari dengan agenda Nasional tersebut.”

Bila di tanya tentang jika ada pertandingan empat penjuru pula, Tok Him menjawab “Jika berlakunya empat penjuru di sesuatu kawasan, dan itu kawasan Melayu, katakan yang bertanding itu semua pemimpin Melayu. Daripada situasi ini kita akan dapat tengok pengundi akan mengundi siapa, adakah berdasarkan ‘bendera parti’ atau calon’, dan kalau sesiapa sahaja yang menang sekalipun, yang menang itu orang Melayu. Kita mahu orang Melayu berpeluang memilih pemimpin terbaik antara kita. Melayu tidak pernah berpecah. Melayu cuma tidak sama dari segi pemikiran dan fahaman politik mereka.”

Namun demikian bila ditanya adakah Tok Him anggap sebuah PRU itu adalah masa untuk buat ‘testing’ namun kita semua tahu yang keputusan yang didapati akan tentukan masa depan negara, seperti PRU14 yang keputusannya banyak merosakkan negara dan masa depan orang Melayu, beliau tidak menjawab soalan tersebut.

Akhir Kata Dari Tok Him

Pada tahun 2016 Tok Him telah menerbit sebuah buku berkenaan perjalanan politik beliau The Misunderstood Man adalah amat menarik kerana ia dapat membuka mata pembaca mengenai pengelaman luas Tok Him di dalam dan luar negara Kredit gambar NMH Grafik oleh DH

“Saya harap lebih ramai akan sokong PUTRA dan positif kerana PUTRA adalah ‘rumah’ bagi orang melayu jika apa-apa berlaku kepada UMNO. Perlembagaan Putra adalah di ambil daripada Perlembagaan UMNO,” penulis buku ‘The Misunderstood Man’ ini berkata.

“Putra tidak pernah menolak untuk membantu bangsa asing yang kesusahan. Kemiskinan tidak kenal siapa. Namun yang saya pertikaikan, sekelompok ahli politik begitu mempromosikan eradikasi kemiskinan samarata antara kaum, dan mengatakan orang Melayu atau pemimpin Melayu bias kepada kaum Melayu. Mereka tidak pula berani memperjuangkan ‘kek ekonomi’ di strata tertinggi ekonomi yang lebih besar agar di berikan secara adil dan saksama buat semua kaum, dan bukan di dominasi oleh satu kaum sahaja. Mereka tidak berani nak bercakap tentang kesaksamaan ekonomi,” tegas beliau.

Penulis bersutuju dengan amaran beliau bahawa jika tidak berkongsi ‘kek ekonomi’ yang lebih adil, kita susah nak dapat keselamatan nasional, kerana jika majoriti tidak puas hati, minoriti yang membolot kekayaan negara ini akan hilang segala-galanya. Keselamatan Nasional adalah bergantung kepada keseimbangan dan kesaksamaan pembahagian kek ekonomi. – New Malaysia Herald

<a href=httpswwwfacebookcomprpewm target= blank rel=noreferrer noopener>httpswwwfacebookcomprpewm<a>
For advertisement bookings and media support do contact us at <a href=mailtocontactnewmalaysiaheraldcom target= blank rel=noreferrer noopener>contactnewmalaysiaheraldcom<a> or SignalWhatsapp to +6014 6277067 or +6016 6060320

Facebook Comments

author avatar
Staff Editor
New Malaysia Herald publishes articles, comments and posts from various contributors. We always welcome new content and write up. If you would like to contribute please contact us at : editor@newmalaysiaherald.com