COVID-19 Dan Politik Kebencian PH Membuat Rakyat Sengsara

0
1971
Nabeel Naqie adalah seorang mahasiswa universiti di dalam jurusan kejuruteraan. Beliau juga adalah merupakan penulis dan penganalisis sosiopolitik di media sosial.

Oleh Nabeel Naqie

Lebih 60 tahun kita merdeka dan kita diperintah oleh BN. Segalanya aman dan makmur.

Tetapi politik fitnah dan benci akhirnya membinasakan negara kita.

Negara-negara lain juga berpolitik tetapi politik mereka tidak berupa politik fitnah dan benci.

Politik murahan Malaysia akhirnya akan membinasakan kita.

Lihat sajalah bagaimana mantapnya negara membangun di bawah DSN dahulu.

Beliau telah membawa negara kita menuju mercu kegemilangan ekonomi dan pembangunan negara.

Infra rakyat ultra moden seperti MRT, HSR, ECRL dan pembangunan bandar-bandar masa depan seperti Bandar Malaysia dan TRX City merupakan keunggulan pentadbiran yang menyediakan Malaysia untuk masa depan.

Tidak hanya terhenti kepada Wawasan 2020, beliau menyediakan Malaysia bagi menempuh zaman moden dengan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Ekonomi Malaysia begitu mantap  sehingga dipuji oleh Moody’s, Fitch Ratings dan Bank Dunia. Pasaran saham Malaysia menjadi pasaran saham menaik paling lama di dunia (Longest Bull Run).

<strong>Di bawah pentadbiran PM6 Najib Razak Malaysia menikmati pasaran saham menaik paling lama di dunia bermula dari tahun 2008<strong> Gambar Bursa Malaysia

Malaysia malah boleh membeli aset-aset strategik luar negara seperti Battersea Project UK, memiliki lapangan terbang antarabangsa Turki, memiliki projek hartanah paling strategik di dunia Marina One and Duo di Singapura dan banyak lagi….

Terlalu banyak kalau nak cerita.

Segalanya Musnah Begitu Sahaja

Tapi segalanya musnah begitu sahaja dek politik benci dan fitnah.

Najib menyangka rakyat akan waras menilai beliau berasaskan prestasi dan kecemerlangan. Tetapi rakyat memilih untuk menilai berdasarkan persepsi.

Akhirnya, jatuhlah Najib dan BN dan naiklah para puak pemfitnah menjadi kerajaan.

Apa jadi selepas itu? Ekonomi kita merudum, tidak ada pembangunan, pasaran saham kita menjadi pasaran saham paling melingkup di dunia, kerajaan hanya tahu jual, jual dan jual aset sambil menambah hutang dan projek-projek pembangunan tidak ada yang berlaku sepanjang 22 bulan PH memerintah.

PH hanya tahu berpolitik 24 jam sehari sepanjang mereka memerintah sehingga mampus.

Maka negara dan rakyat rugi dengan permainan politik mengikut nafsu, kebencian dan fitnah buat kali pertama. Bantuan-bantuan kepada rakyat dan subsidi-subsidi ditarik balik. GST yang merupakan sistem cukai terbaik di dunia digantikan pula dengan sistem cukai kuno SST yang penuh ketirisan dan membuka ruang seluasnya untung peniaga tamak lari cukai. Rakyat semakin sengsara.

Kemudian rakyat menjadi mangsa lagi kini akibat kerakusan geng-geng PH di Sabah.

<strong>Kerana tamak kuasa Shafie Apdal sanggup membuat rakyat Malaysia sengsara dengan berjumpa dengan TYT Sabah supaya DUN Sabah dibubarkan dan PRN Sabah diadakan pada masa gejala COVID 19 sedang mendadak di negara ini <strong> Gambar penulis

Dek kerana kegilaan kuasa mereka, nyawa rakyat dipertaruhkan lalu dibubarkan DUN untuk Pilihanraya Negeri di tengah-tengah kemuncak wabak Covid 19. Walhal pertukaran kerajaan negeri di Johor, Perak, Kedah dan Melaka berlaku tanpa pembubaran DUN.

Dan akhirnya Sabah dan seluruh negara dilanda malapetaka wabak Covid 19. Saban hari kematian rakyat semakin meningkat di Sabah.

Jika sebelum ini hanya ekonomi dan pembangunan yang menjadi mangsa, kini nyawa rakyat menjadi galang gantinya kerakusan politik PH.

Maka negara dan rakyat rugi dengan permainan politik mengikut nafsu, kebencian dan fitnah buat kali kedua dan terpaksa membayar dengan harga yang cukup mahal menggunakan darah rakyat.

Ia tidak berakhir di situ… Politik kebencian PH umpama barah yang semakin melarat, melemah dan melumpuhkan anggota.

Dahulunya kita bersatu padu tetapi segregasi kaum berlaku dalam pola pengundian rakyat Malaysia. Masyarakat Cina dan India hampir 90% mengundi DAP kerana dasar Malaysian Malaysia yang mereka idam-idamkan.

Agenda Filipina

Tidak cukup dengan itu, kini sentimen anti Malaya dan Sabah for Sabahan serta semangat Anti-Malaysia semakin menebal di kalangan rakyat dek hasutan PH selama ini. Malah PH juga semasa kempen membuka ruang seluasnya bagi Filipina untuk menuntut Sabah dari kita, satu agenda Filipina yang sudah 30 tahun dikuburkan oleh kerajaan BN.

Asas rangka negara kita yakni perpaduan juga telah rapuh kini dimakan anai-anai.

Dalam keadaan ini pun Anwar Ibrahim dan PH masih sibuk mahu merampas kuasa dengan mengaku memiliki majoriti.

Dengan sedar dan sengaja mereka meletakkan negara dalam keadaan tidak menentu dan kebarangkalian berlaku PRU sekali lagi. Langsung tidak diambil iktibar akan apa yang telah terjadi di PRN Sabah.

Apakah negara ini perlu menjadi padang jarak padang terkukur dahulu sebelum ahli-ahli politik PH akan berhenti dari kerakusan mereka berebut jawatan dan gila kuasa?

Politik PH adalah bukan politik membina. Ia politik menghancurkan yang tiada manfaat buat kita.

Setelah kita bayar dengan darah hasil ketamakan kuasa PH untuk berkuasa, maka tidak mustahil sekiranya akhirnya negara ini hancur kerana masing-masing mahu keluar dari Malaysia.

Rakyat Malaysia sedang mencelakakan hidup mereka sendiri. Kita kufur nikmat dan tidak bersyukur kepada Tuhan.

Biasa kan abang kakak semua dengar kalimah ejekan mahacai PH dahulu, “Malaysia masih aman.” Nikmat itu dipandang remeh dan kini ia bakal ditarik oleh Allah dari kita.

Apakah suatu hari nanti negara kita ini kan hancur dan kita juga akan masuk di dalam lipatan sejarah sebagai antara kaum-kaum yang pupus yang telah hilang dari muka bumi seperti hilangnya kaum Tsamud, kaum Lut, kaum Ad, Pompeii dan sebagainya yang dilaknat Allah?

Kesemuanya bakal hilang akibat budaya dan amalan berpolitik kita yang melampau. – New Malaysia Herald

Nota: Pandangan yang dilontarkan dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan ia tidak melambangkan pendirian pengurusan portal berita ini.

Facebook Comments

author avatar
Staff Editor
New Malaysia Herald publishes articles, comments and posts from various contributors. We always welcome new content and write up. If you would like to contribute please contact us at : editor@newmalaysiaherald.com