Pembangkang Serah Memorandum, Mohon YDPA Tamatkan Darurat

KUALA LUMPUR, Selasa – Sekumpulan ahli Parlimen Pembangkang berkumpul di Istana bagi memohon Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menamatkan darurat dan membenarkan Parlimen kembali bersidang.

Setiausaha Sulit Kanan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Kolonel Datuk Nazim Mohd Alim menerima memorandum daripada kumpulan itu bagi pihak baginda.

Diketuai oleh ahli politik pembangkang termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan ahli parlimen lain, kumpulan itu berkata bahawa keadaan darurat telah mempengaruhi ekonomi negara, kestabilan politik dan juga keyakinan para pelabur.

Antara Ahli Parlimen yang hadir ialah Khalid Samad, Syed Saddiq Abdul Rahman, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Mohamad Sabu, Teresa Kok, Hannah Yeoh, Fahmi Fadzil dan Maria Chin.

Setelah memorandum diserahkan, kumpulan tersebut bersurai dengan aman. – New Malaysia Herald

Facebook Comments

author avatar
Staff Editor
New Malaysia Herald publishes articles, comments and posts from various contributors. We always welcome new content and write up. If you would like to contribute please contact us at : editor@newmalaysiaherald.com

Latest articles

Related articles