PM Berharap Tahun Harimau Dapat Membawa Kemakmuran, Kesejahteraan

0
238
Prime Minister Ismail Sabri Yaakob has announced an additional allocation of RM100 million for SPIM Tekun and RM30m for BEEP under SME.

Bukan sekadar masyarakat Cina, perayaan Tahun Baru ini turut disambut oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia

KUALA LUMPUR – Tahun Harimau sempena sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini diharapkan terus mengeratkan hubungan antara kaum di negara ini, selain membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada Keluarga Malaysia, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

“Bukan sekadar masyarakat Cina, perayaan ini turut disambut oleh semua bangsa di negara ini.

“Ini melambangkan perpaduan kita, selaras dengan semangat Keluarga Malaysia,” Bernama melaporkan sebagai beliau berkata selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran parti MCA, di Wisma MCA di sini hari ini.

Beliau yang tiba kira-kira pukul 9.30 pagi dengan kemeja berwarna merah dan diringi isteri Muhaini Zainal Abidin, disambut Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong.

Ismail kemudian menyertai barisan kepimpinan MCA untuk bersama-sama menggaul ‘Yee Sang’ di awal majlis itu.

Turut hadir pada majlis itu adalah barisan menteri kabinet antaranya Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali serta Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein Onn.

Turut hadir bekas Perdana Menteri Najib Razak dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Majlis diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan terhad kepada 300 tetamu jemputan, berbanding kapasiti Dewan San Choon yang boleh memuatkan sehingga 1,500 orang.

Sambutan itu turut disiarkan secara langsung di laman Facebook parti MCA.

Majlis dimeriahkan dengan tarian singa, persembahan kebudayaan dan nyanyian.

Facebook Comments

author avatar
Staff Editor
New Malaysia Herald publishes articles, comments and posts from various contributors. We always welcome new content and write up. If you would like to contribute please contact us at : editor@newmalaysiaherald.com