Aura Bossku Dan Bencana Sg Kim Kim Menghantui Pembangkang Di Johor

0
894
Do the crowd during Najib's walkabouts in Chinese areas Penang and Johor indicate the shift in support by the Chinese for BN?

Kaum Cina dah makin sedar sekarang yang mereka telah termakan fitnah terhadap Najib sebelum ini, sementara mangsa bencana Sg Kim Kim hanya berharap kepada kerajaan BN untuk membantu mereka.

PRN Negeri Johor 2022

Dalam masa dua minggu ini, ahli parti politik sedang rancak berkempen di Johor untuk membina sebuah kerajaan yang diharapkan dapat membawa negeri dan ‘bangsa Johor‘ ke tahap pembangunan yang berwibawa.

Pada 12 Mac nanti, 2.5 juta pengundi bakal menentukan wakil rakyat pilihan mereka dan membentuk sebuah kerajaan negeri di mana mereka akan bekerja untuk kemakmuran seluruh negeri. Sudah tercatat bahawa 30 peratus daripada pengundi kali ini adalah pengundi baru yang majoritinya dalam usia yang muda. Tetapi berapa kerat antara mereka yang akan turun mengundi adalah satu tanda tanya.

Namun demikian, tidak boleh dinafikan ada antara pemimpin ahli politik yang berkempen untuk parti masing masing dapat merapatkan jurang antara yang muda dan yang veteran, yang berlainan kaum dan juga dari bandar ke kampung. Pemimpin tersebut adalah bekas perdana menteri Najib Razak dari Barisan Nasional dan juga ahli Parlimen Pekan.

Malah beliau bukan sahaja mendapat perhatian dari khalayak ramai, namun diterima baik oleh pihak Istana Johor, seperti Tengku Mahkota Johor yang telah menghadiahkan jersey pasukan JDT kepada Najib dengan nama Bossku dan nombor 11 pada pertandingan bolasepak antara pasukan JDT dan team KL City 26 Februari lalu.

Najib Superstar

“Datuk Sri (Najib Razak) ni kan dah macam superstar lah. Di mana beliau pergi, mesti ada ramai berarak sama, siap dengan laungan Bossku tak terhenti, tak payah cakaplah mereka yang nak berswafoto dengan beliau,” kata seorang penduduk Johor yang sedang menonton video yang menunjukkan ramai rakyat Cina sedang menyambut beliau di bandaraya Johor.

Hussain Hassan dari Pulai berpendapat bahawa penyokong tersebut bukan di ugut atau di pujuk untuk menerima kedatangan beliau dengan begitu meriah sekali.

“Walaupun program telah dirancang awal dengan pihak penganjur program tersebut dan yang lain juga, bila saya lihat dari raut wajah mereka yang tersipu-sipu nak bergambar dan bersalaman dengan beliau, saya rasa mereka ni memang ‘the real deal’ (tulen).

“Saya tahu ramai antara kawan-kawan saya berpendapat bahawa mereka ni (kaum Cina) tidak boleh diharap apabila masa untuk mengundi, mereka akan undi untuk ‘bapa angkat’ mereka, si DAP tu,” hujah beliau.

Walaubagaimanapun, beliau yakin yang pada kali ini akan ada satu ‘wind of change’ (pertukaran angin) yang besar dari segi demografik pengundi yang akan undi untuk Barisan Nasional.

Beliau berkata bahawa ini bukan sahaja terbukti pada PRN Melaka, tetapi pada beberapa PRK sebelum ini, terutama PRK di Tangjung Piai di mana ramai tidak sangka yang pengundi Cina terang2 tolak DAP/PH dan memberi laluan pada calon MCA, Dr Wee Jeck Seng, untuk menang dengan majoriti 15,086 undian.

Seperti apa yang seorang pemerhati politik berbangsa Cina, Clement Woo, tulis dalam titipan Facebook beliau:

Apa Lagi Cina Benci?

  • Cina benci perbuatan dan polisi yang melukai dompet mereka. Misalnya polisi yang menyebabkan ekonomi negara jatuh teruk dan menyebabkan pendapatan mereka terjejas teruk.
  • Cina benci penipu, terutamanya penipu bersiri. Contohnya apabila dijanjikan sebelum PRU14 bahawa PH akan memberi amaun lebih banyak dari amaun sedia ada BRIM (BN), tetapi akhirnya diberi hanya 30 ringgit seorang.
  • Cina benci orang yang sering memberi alasan dan alasan itu seringkali adalah salah orang lain, bukan salah dia. Dari hari ke-100 PH mentadbir apabila tiada satu pun janji ditepati tetapi semua disalahkan kepada kerajaan sebelum, sampai ke hari mereka mengumumkan manifesto bukanlah kitab suci, Cina sudah muak dengan alasan mereka.
  • Cina benci orang yang sabotaj sistem pendidikan mereka. Apabila pemimpin parti roket cuba mempolitikkan serta cuba mengambil alih UTAR secara paksa dan tipu helah, itu buat Cina muak.
  • Cina benci orang yang cakap besar dan tidak merendah diri, terutama ahli politik yang gemar menggunakan jata negara untuk membuat kenyataan peribadi.
  • Cina benci mereka yang tidak adil dan membuat hukuman pilih kasih. Kes terowong dan bungalow dibuka, ditutup dan dibuka, sampai Cina paling dungu pun tahu ini adalah kes pilih kasih.
  • Cina benci pembuli. Misalnya, cara mantan Perdana Menteri ke-6 dibuli setelah beliau menyerah kuasa secara aman dan terhormat membuat Cina muak.
  • Cina benci orang yang selalu melagakan mereka dengan kawan mereka (dalam konteks Malaysia, kaum lain.) Cuba teka parti apa yang paling banyak bawa isu perkauman sewaktu kempen PRN Melaka?
  • Cina benci sembang tak serupa bikin. Siapa yang kata bukan susah nak hapuskan tol? Tapi hingga kini tol masih ada lagi.

Clement bertanya pembaca: Adakah mereka masih terkejut apabila Najib terima sambutan bergemuruh oleh masyarakat Cina di Johor?

Sementara itu, seorang peguam dari Selangor, Kamarudin Ahmad berpendapat bahawa rakyat sekarang sudah terbangun dari mimpi dan dah sedar.

Najib Dan Satu Malaysia

“Rakyat sudah insaf. Rakyat kini mengaku bahawa Najib membangunkan negara dan sentiasa utamakan rakyat. Pelbagai projek diutamakan untuk rakyat dan semua kaum menerima manfaat dibawah Program SATU MALAYSIA.

“Pelbagai skim dibawah skim tersebut: Klinik 1Malaysia, Kedai Runcit 1Malaysia, Skim baucer buku 1Malaysia,” kata Kamarudin yang turut bersama dengan Program Khidmat Masyarakat NGO BeNAR di Johor baru baru ini.

Beliau merupakan peguam yang mewakili mangsa mangsa Pencemaran Gas Toksid Sungai Kim Kim Pasir Gudang. Bencana Sg Kim Kim berlaku pada awal tahun 2019 dimana alam sekeliling Pasir Gudang telah dicemari gas toksid berpunca dari sungai tersebut.

Peguam Kamarudin Ahmad ditemuramah oleh pihak media mengenai tuntutan mangsa bencana Sg Kim Kim pada 2019 apabila Pakatan Harapan menerajui negeri Johor Kredit Foto Kamarudin Ahmad

“Hampir 6,000 penduduk Pasir Gudang telah terjejas termasuk murid murid sekolah.

Mereka alami simtom pencemaran gas toksid termasuk sesak nafas, sakit dada, pening kepala, muntah, kejang urat, antara lain.

“Ramai menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru dan klinik klinik swasta,” beliau berkata.

Kamarudin telah memfailkan Saman Tuntutan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru keatas 12 defendan termasuk Kerajaan Negeri Johor, Menteri Besar Johor, Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Jabatan Alam Sekitar, Kilang yang membuang sisa toksid ke Sungai Kim Kim.

Mangsa mangsa gas toksid tersebut menuntut pampasan sebanyak RM 30,000,000 daripada pehak Defendan.

Keratan akhbar mengenai bencana Sg Kim Kim

Perbicaraan dijangka ditetapkan pada pertengahan tahun ini.

Kerugian Ekonomi

Diantara Plaintif Plaintif yang memfailkan Saman Tuntutan termasuk Nelayan Nelayan dari Persatuan Nelayan Johor Selatan. Mereka rata rata mengalami kerugian ekonomi (Economic Loss).

Kamarudin berkata bahawa Kerajaan Negeri Johor dibawah PH sangat cuai dan tak prihatin terhadap mangsa tersebut.

“Kecuaian MB Johor dari BERSATU punca pencemaran Sungai Kim Kim merebak dari gelombang pertama hingga gelombang ketiga, menjejaskan hampir 6,000 penduduk.

“Kerana kegagalan Kerajaan PH mangsa mangsa gas toksid terpaksa membawa tuntutan mereka ke Mahkamah.

“Mangsa mangsa bencana Sungai Kim Kim yakin kemenangan BN pada PRN Johor ini mampu membela nasib mereka. Inilah doa dan harapan mangsa mangsa,” beliau tegas. – New Malaysia Herald

Facebook Comments

author avatar
Hasnah Rahman
Datin Hasnah is the co-founder and CEO of New Malaysia Herald based in Kuala Lumpur, Malaysia. With an extensive background in mass communication and journalism, she works on building up New Malaysia Herald and it's partner sites. A tireless and passionate evangalist, she champions autism studies and support groups. Datin Hasnah is also the Editor in Chief of New Malaysia Herald.