Bait lagu “Anak Kecil Main Api” semakin jelas kelihatan apabila permainan halus “Little Napoleons” kini semakin terserlah, rakus berkuasa sehingga kepentingan entiti kebangsaan yang merupakan kebanggaan Malaysia iaitu Malaysia Airlines dibiarkan sedikit demi sedikit dikikis oleh orang asing.
Nasib Malaysia Airlines kini tidak ubah seperti bait lagu WARISAN, di mana sedikit demi sedikit kepentingan bumiputra Melayu terhakis dan hak tersebut diberikan kepada entiti asing oleh mereka yang menyalahgunakan kuasa Penulis senikata dan lirik lagu ‘Anak Kecil Main Api’ ini ialah Tan Sri Nordin Kardi, Ketua Pengarah Biro Tatanegara.
Dalam menterjemahkan Lagu Warisan Anak Kecil Main Api, rangkap pertama dapat kita jelaskan bahawa bagaimana bangsa Melayu terasa hati dan rasa terpinggir di tanahairnya sendiri.
Pengolahan pembayang yang begitu halus dan indah, menerangkan makna sebenar pada penghujung ayat rangkap iaitu, “Bumi dipijak milik orang”. Ianya seolah-olah memberi gambaran tanahair ini rupa-rupanya dimiliki (diambil) oleh entiti lain.
Begitulah bait lagu tersebut yang sewajarnya memberikan kesedaran dan peringatan kepada orang Melayu agar tidak mengadaikan hak-hak keistimewaan yang termaktub dalm Artikel 153 Perlembagaan Negara demi kepentingan peribadi.
Apabila “Little Napoleon” Berkuasa di Malaysia Airlines
Ura-ura kini di katakan “Little Napoleon” mula berkuasa di Malaysia Airlines (MAS) sehinggakan ruang yang tidak sepatutnya di buka kepada orang asing kini sedikit demi sedikit telah menghakis kepentingan Melayu bumiputra dalam entiti kebanggan negara tersebut.
Dalam artikel The Edge “Industry players tell MAG’s board not to bow to pressure and to support management” bertarikh 3 Oktober 2023 sudah jelas menampakkan keberanian syarikat Cina Hong Kong menjalankan propaganda mengunakan akhbar milik bukan Melayu seperti The Edge.
Pertamanya, tentang seorang pakar analisa industri yang “tidak bernama” diungkapkan beberapa kali dalam seluruh artikel ini yang ‘mengajar’ MAS untuk menghadkan syarikat usahasamanya dengan usahawan Melayu, Mas Awana yang diumpamakan hanya layak beroperasi di fasiliti bawah khemah sementara di KLIA dan melepaskan kontrak Golden Lounge di bangunan satelit dan rantau (regional) KLIA kepada syarikat milik Cina Hong Kong, Plaza Premium Group (PPG).
Pakar analisa ini juga kononya terus mengatakan bahawa hidangan Brahim’s sangat teruk, sedangkan cerita sebenarnya, MAS yang menghadkan kos makanan tersebut. Sebagai buktinya, hidangan dalam penerbangan Etihad atau Qatar airways dari KLIA tiada sebarang masaalah atau rungutan pelanggan walaupun ia adalah sajian dari Brahim’s juga.
Diam-diam Ubi Berisi, Dapat Kontrak Harga Lebih Tinggi
Diam-diam ubi berisi, dalam diam PPG juga berjaya mendapatkan kontrak “Golden Lounge Domestic”, dengan harga yang lebih tinggi dari kadar tawaran harga Mas Awana.
Begitulah bermulanya ‘perang saraf’ untuk merampas kontrak Mas Awana bagi mendapatkan “Golden Lounge satelit & regional”. Jika tidak percaya, semua rekod kontrak dan sebut harga jelas dan memang tidak boleh dinafikan lagi.
Bahang ‘perang saraf’ semakin terasa apabila kontrak Golden Lounge domestik di KLIA juga diberikan kepada Plaza Premium Group pada tahun ini, sedangkan harga kontrak lebih tinggi dari harga bidaan anak syarikat Malaysia Airlines sendiri, Mas Awana Sdn Bhd. Ia umpama ‘rampasan kuasa’ yang tidak beretika dan berat sebelah serta menzalimi pihak Mas Awana.
Adakah PPG ini sangat cemerlang rekod perkhidmatannya sehingga sanggup kontrak yang baru berjalan dengan Mas Awana – syarikat usahasama Malaysia Airlines dan usahawan Melayu, direntap begitu sahaja? Adakah Mas Awana mempunyai rekod yang buruk dalam Golden Lounge satelit dan regional dan perampasan kontrak ini dibuat dengan adil atau ada ‘wahyu’ dari orang orang besar yang kini semakin besar kepala?
Apa Kelebihan Plaza Premium Group? – TIADA
Dalam tahun yang sama, PPG yang mengendalikan Airport Lounge di London Heathrow telah ditamatkan perkhidmatannya disebabkan terlalu banyak aduan diterima dari penumpang MAS. Kes yang sama juga berlaku di Melbourne, dimana khidmat PPG sudah ditamatkan oleh MAS di atas sebab perkhidmatan yang buruk dan tidak menepati piawaian yang ditetapkan. Selain itu, MAS juga beralih kepada pengendali lounge yang lain selain dari PPG untuk “lounge” di sebuah negara Timur Tengah disebabkan harga dan mutu perkhidmatan yang jauh lebih baik, demi untuk menjaga nama baik Malaysia Airlines.
Oleh itu? Mengapa PPG ini terlalu istimewa di mata Little Napoleons, walaupun rekod perkhidmatan mereka kepada Malaysia Airlines tidaklah begitu cemerlang, tetapi lebih diberi peluang. Malahan lebih menjelikkan lagi mereka diberi ‘keistimewaan’, dimana kontrak yang sepatutnya hak anak syarikat MAS sendiri, tetapi ‘dirampas’ dengan rakusnya demi syarikat Cina yang beribu pejabat di Hong Kong ini.
Rakan Niaga El Al?
Lebih buruk lagi, PPG merupakan rakan niaga El Al, syarikat penerbangan Yahudi Israel laknatullah, di mana, lounge syarikat penerbangan Israel ini, King David Lounge sudah dijenama-semulakan sebagai “Blush Lounge” di London Heathrow dan diselenggarakan oleh Plaza Premium Group. Syarikat yang bersekongkol dengan syarikat Zionis Yahudi Israel ini sekarang bermaharajalela di Malaysia, sehingga boleh ‘merampas’ kontrak anak syarikat Malaysia Airlines dan usahawan Melayu Islam. Apa sebenarnya terjadi dalam pengurusan Malaysia Airlines?
Mereka bergerak sangat halus dan pantas, bermula daripada artikel dari “The Edge” yang diterbitkan pada 3 Oct 2023. Tidak dinafikan bijaknya mereka, diakhir artikel tersebut, nama seorang Dr Melayu dipetik, seolah olah, beliau adalah pakar analisa industri tersebut.
Sekarang kita betul betul faham apa yang dimaksudkan oleh lirik lagu “Anak Kecil Main Api”. Malaysia Madani, bangkitlah. Jangan biarkan penindasan berlaku disebabkan oleh orang orang yang buta akan bangsanya sendiri disebabkan duit.
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
SEKALI lagi persoalannya, Adakah ini Malaysia Madani atau “Little Napoleon” berkuasa di Malaysia Airlines? MOHON JAWAB! – NMH
Emma Harith, a freelance writer, NGO activist and a mum advocate. Having written for a number of media organisations, she loves to focus her writings on adventures, lifestyle and the sky.
Facebook Comments