Adakah Agenda ‘Anak Kecil Main Api’ Sedang Bermula di Malaysia Airlines?

Bait lagu “Anak Kecil Main Api” semakin jelas kelihatan apabila permainan halus “Little Napoleons” kini semakin terserlah, rakus berkuasa sehingga kepentingan entiti kebangsaan yang merupakan kebanggaan Malaysia iaitu Malaysia Airlines dibiarkan sedikit demi sedikit dikikis oleh orang asing.

Nasib Malaysia Airlines kini tidak ubah seperti bait lagu WARISAN, di mana sedikit demi sedikit kepentingan bumiputra Melayu terhakis dan hak tersebut diberikan kepada entiti asing oleh mereka yang menyalahgunakan kuasa Penulis senikata dan lirik lagu ‘Anak Kecil Main Api’ ini ialah Tan Sri Nordin Kardi, Ketua Pengarah Biro Tatanegara.

Dalam menterjemahkan Lagu Warisan Anak Kecil Main Api, rangkap pertama dapat kita jelaskan bahawa bagaimana bangsa Melayu terasa hati dan rasa terpinggir di tanahairnya sendiri.

Anak Kecil Main Api,
Terbakar Hatinya Yang Sunyi,
Air Mata Darah, bercampur Keringat,
Bumi di pijak milik orang.

– Lagu Warisan

Pengolahan pembayang yang begitu halus dan indah, menerangkan makna sebenar pada penghujung ayat rangkap  iaitu, “Bumi dipijak milik orang”. Ianya seolah-olah memberi gambaran tanahair ini rupa-rupanya dimiliki (diambil) oleh entiti lain.

Begitulah bait lagu tersebut yang sewajarnya memberikan kesedaran dan peringatan kepada orang Melayu agar tidak mengadaikan hak-hak keistimewaan yang termaktub dalm Artikel 153 Perlembagaan Negara demi kepentingan peribadi.

Apabila “Little Napoleon” Berkuasa di Malaysia Airlines

Ura-ura kini di katakan “Little Napoleon” mula  berkuasa di Malaysia Airlines (MAS) sehinggakan ruang yang tidak sepatutnya di buka kepada orang asing kini sedikit demi sedikit telah menghakis kepentingan Melayu bumiputra dalam entiti kebanggan negara tersebut.

Dalam artikel The Edge “Industry players tell MAG’s board not to bow to pressure and to support management” bertarikh 3 Oktober 2023 sudah jelas menampakkan keberanian syarikat Cina Hong Kong menjalankan propaganda mengunakan akhbar milik bukan Melayu seperti The Edge.

Pertamanya, tentang  seorang pakar analisa industri yang “tidak bernama” diungkapkan beberapa kali dalam seluruh artikel ini yang ‘mengajar’ MAS untuk menghadkan syarikat usahasamanya dengan usahawan Melayu, Mas Awana  yang diumpamakan hanya layak beroperasi di fasiliti bawah khemah sementara di KLIA dan melepaskan kontrak Golden Lounge  di bangunan satelit dan rantau (regional) KLIA kepada syarikat milik Cina Hong Kong, Plaza Premium Group (PPG).

Pakar analisa ini juga kononya terus mengatakan bahawa hidangan Brahim’s sangat teruk, sedangkan cerita sebenarnya, MAS yang menghadkan kos makanan tersebut. Sebagai buktinya, hidangan dalam penerbangan Etihad atau Qatar airways dari KLIA tiada sebarang masaalah atau rungutan pelanggan walaupun ia adalah sajian dari Brahim’s juga.

Diam-diam Ubi Berisi, Dapat Kontrak Harga Lebih Tinggi 

Diam-diam ubi berisi, dalam diam PPG juga berjaya mendapatkan kontrak “Golden Lounge Domestic”, dengan harga yang lebih tinggi dari kadar tawaran harga Mas Awana.

Begitulah bermulanya ‘perang saraf’ untuk merampas kontrak Mas Awana bagi mendapatkan “Golden Lounge satelit & regional”. Jika tidak percaya, semua rekod kontrak dan sebut harga jelas dan memang tidak boleh dinafikan lagi.

Bahang ‘perang saraf’ semakin terasa apabila kontrak Golden Lounge domestik di KLIA juga diberikan kepada Plaza Premium Group pada tahun ini, sedangkan harga kontrak lebih tinggi dari harga bidaan anak syarikat Malaysia Airlines sendiri, Mas Awana Sdn Bhd. Ia umpama ‘rampasan kuasa’ yang tidak beretika dan berat sebelah serta menzalimi pihak Mas Awana.

Adakah PPG ini sangat cemerlang rekod perkhidmatannya sehingga sanggup kontrak yang baru berjalan dengan Mas Awana – syarikat usahasama Malaysia Airlines dan usahawan Melayu, direntap begitu sahaja? Adakah Mas Awana mempunyai rekod yang buruk dalam Golden Lounge satelit dan regional dan perampasan kontrak ini dibuat dengan adil atau ada ‘wahyu’ dari orang orang besar yang kini semakin besar kepala?

Apa Kelebihan Plaza Premium Group? – TIADA

Dalam tahun yang sama, PPG yang mengendalikan Airport Lounge di London Heathrow telah ditamatkan perkhidmatannya disebabkan terlalu banyak aduan diterima dari penumpang MAS. Kes yang sama juga berlaku di Melbourne, dimana khidmat PPG sudah ditamatkan oleh MAS di atas sebab perkhidmatan yang buruk dan tidak menepati piawaian yang ditetapkan. Selain itu, MAS juga beralih kepada pengendali lounge yang lain selain dari PPG untuk  “lounge” di sebuah negara Timur Tengah disebabkan harga dan mutu perkhidmatan yang jauh lebih baik, demi untuk menjaga nama baik Malaysia Airlines.

Oleh itu? Mengapa PPG ini terlalu istimewa di mata Little Napoleons, walaupun rekod perkhidmatan mereka kepada Malaysia Airlines tidaklah begitu cemerlang, tetapi lebih diberi peluang. Malahan lebih menjelikkan lagi  mereka diberi ‘keistimewaan’, dimana kontrak  yang sepatutnya hak anak syarikat MAS sendiri, tetapi ‘dirampas’ dengan rakusnya demi syarikat Cina yang beribu pejabat di Hong Kong ini.   

Rakan Niaga El Al?

Lebih buruk lagi, PPG merupakan rakan niaga El Al, syarikat penerbangan Yahudi Israel laknatullah, di mana, lounge syarikat penerbangan Israel ini, King David Lounge sudah dijenama-semulakan sebagai “Blush Lounge” di London Heathrow dan diselenggarakan oleh Plaza Premium Group. Syarikat yang bersekongkol dengan syarikat Zionis Yahudi Israel ini sekarang bermaharajalela di Malaysia, sehingga boleh ‘merampas’ kontrak anak syarikat Malaysia Airlines dan usahawan Melayu Islam. Apa sebenarnya terjadi dalam pengurusan Malaysia Airlines?

Di London Heathrow Airport, King David Lounge Ditukar Kepada Blush Lounge Tapi Nama Plaza Premium Group Terpampang Di Papantanda Lounge Tersebut. Adakah Pengurusan Malaysia Airlines Telah Lepas Pandang? - Nmh Filepic
Di London Heathrow Airport King David Lounge ditukar kepada Blush Lounge tapi nama Plaza Premium Group terpampang di papantanda Lounge tersebut Adakah pengurusan Malaysia Airlines telah lepas pandang NMH filepic

Mereka bergerak sangat halus dan pantas, bermula daripada artikel dari “The Edge” yang diterbitkan pada 3 Oct 2023. Tidak dinafikan bijaknya mereka, diakhir artikel tersebut, nama seorang Dr Melayu dipetik, seolah olah, beliau adalah pakar analisa industri tersebut.

Sekarang kita betul betul faham apa yang dimaksudkan oleh lirik lagu “Anak Kecil Main Api”. Malaysia Madani, bangkitlah. Jangan biarkan penindasan berlaku disebabkan oleh orang orang yang buta akan bangsanya sendiri disebabkan duit.

Anak kecil main api

Terbakar hatinya yang sepi

Air mata darah bercampur keringat

Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya

Tergadai seluruh harta benda

Akibat sengketa sesamalah kita

Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini

Warisan berkurun lamanya

Hasil mengalir ke tangan yang lain

Peribumi merintih sendiri

SEKALI lagi persoalannya, Adakah ini Malaysia Madani atau “Little Napoleon” berkuasa di Malaysia Airlines? MOHON JAWAB! – NMH

Facebook Comments

Latest articles

Related articles