Akhirnya identiti kedua-dua mangsa nahas pesawat terhempas telah di kenalpasti oleh pihak polis dan akan di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk pengecaman oleh pihak keluarga dan bedah siasat
KLANG, Selangor – Pihak polis sudah mengenalpasti identiti mangsa pesawat terhempas daripada manifes penerbangan, di mana kedua-dua mangsa nahas adalah lelaki warga Malaysia yang dikenali sebagai Daniel Yee Hsiang Khoon, 30 dan Roshaan Singh Rania, 42.
Yee dipercayai juruterbang yang merupakan tenaga pengajar kelab penerbangan rekreasi Air Adventure Flying Club, manakala Roshaan pula sebagai penumpang adalah ahli kelab tersebut.
Menurut laporan awal, sebuah pesawat ringan model BK 160 Gabriel dengan nombor pendaftaran I-POOC yang dikendalikan oleh Air Adventure Flying Club, telah berlepas dari Lapangan Terbang Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada jam 1.28 petang bagi penerbangan rekreasi.
Pesawat dikatakan menghubungi Bahagian Kawalan Trafik Udara pada 1.35 PM, tetapi tiada sebarang aduan kecemasan.
Ia adalah tragedi kedua berlaku dalam masa kurang dari enam bulan, di mana sebelum ini tragedi pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor, pada 17 Ogos tahun lepas.
Tragedi Elmina telah meragut 10 nyawa, termasuk lapan penumpang dan kru di atas pesawat serta dua pengguna jalan raya
Serpihan Di Temui
Serpihan pesawat yang terhempas tersebut telah ditemui dalam radius 50m dari lokasi nahas di Kg Tok Muda, Kapar, di sini.
Walaubagaimanapun, tiada kerosakan awam yang dilaporkan berlaku di kawasan berhampiran. Hanya keadaan situasi yang agak kecoh di mana para penduduk kampung dan media kelihatan begitu teruja melihat para petugas keselamatan yang berhempas pulas untuk mengeluarkan serpihan pesawat, dan mangsa.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata petugas penyelamat mengambil masa untuk keluarkan mayat dari serpihan kerana beberapa kesukaran di mana kedua-dua mayat itu tertimbus jauh ke dalam tanah. Pesawat tersebut adalah seberat kira-kira 1,300 kg, dan terhempas dan tertimbus sedalam kira-kira dua meter ke dalam tanah.
Pencarian Mungkin Berakhir Malam Ini
Tambah beliau lagi, pihak berkuasa yang melibatkan polis, bomba dan penyelamat serta jabatan pertahanan awam berusaha hampir dua jam untuk mengeluarkan mayat daripada serpihan. Menurut beliau lagi, pasukan pemulihan turut menggunakan backhoe daripada majlis tempatan untuk mengalihkan serpihan.
Tular juga dalam media sosial ada penduduk kampung mengambil video berdurasi lebih kurang 30 saat di mana backhoe sedang melalui jalan kampung dan ada juga yang merakamkan saat-saat pesawat itu terhempas.
Kira-kira 130 hingga 150 anggota daripada pelbagai agensi terlibat dalam operasi itu dan Biro Siasatan Kemalangan Udara, di bawah Kementerian Pengangkutan, akan menyiasat nahas itu.
Turut kelihatan berhampiran lokasi nahas ialah Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Timbalan Ketua Polis Selangor dan Ketua Polis Klang Utara. Polis berkata dianggarkan operasi itu akan berakhir malam ini. – NMH
Emma Harith, a freelance writer, NGO activist and a mum advocate. Having written for a number of media organisations, she loves to focus her writings on adventures, lifestyle and the sky.
Facebook Comments