1MDB: Jasmine Loo Nafi Ada Perjanjian Supaya Tuduhan Terhadapnya Digugurkan

Ketika disoal siasat, bekas pengarah 1MDB itu berkata bahawa dia tidak mengetahui butir-butir mengenai pertuduhan terhadapnya dan menyerahkan kepada peguamnya untuk menelitinya.

Dalam perbicaraan 1MDB-Tanore pada hari Jumaat, bekas pengarah 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan, yang sebelum ini digelar sebagai penasihat am 1MDB, berkata bahawa dia tidak mengetahui mengenai pertuduhan terhadapnya dan menyerahkan kepada peguamnya untuk menelitinya.

Loo berkata beliau tidak membuat sebarang perjanjian dengan pihak berkuasa sebagai ganti memberi keterangan dalam perbicaraan 1MDB yang sedang berjalan.

Saksi ke-50 pendakwaan berkata demikian dalam perbicaraan mantan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, di mana dia didakwa atas tuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mencadangkan Loo, 50, telah membuat satu rundingan atau perjanjian dengan pihak berkuasa sebagai ganti memberi keterangan dalam perbicaraan ini. Loo menafikan dakwaan peguam kanan itu.

Dicaj Dalam Absentia (Tidak Hadir)

Shafee menyatakan bahawa sejak dia didakwa secara ‘in absentia’, dan kini dia telah kembali selama beberapa bulan, adakah dia tahu apakah pertuduhan terhadapnya?

Semasa prosiding hari ini, Loo memberi keterangan bahawa dia masih tidak mengetahui butiran pertuduhan terhadapnya dan telah menyerahkannya kepada peguam tempatannya. Bagi pihaknya, dia berkata bahawa dia memberi tumpuan kepada siasatan berterusan pihak berkuasa.

Shafee: Saya menyatakan kepada anda bahawa anda mengetahui sepenuhnya tentang pertuduhan ini dan anda sebenarnya telah berunding sebagai ganti anda memberikan keterangan di sini bahawa pertuduhan ini akan digugurkan.

Loo: Tidak, saya tidak bersetuju.

Berdasarkan rekod, Loo didakwa ‘in absentia’ pada Disember 2018 di mana dia dituduh melakukan pengubahan wang haram AS$5 juta (RM23.4 juta) dan AS$999,975, sebagai hasil daripada aktiviti menyalahi undang-undang yang diterima ke dalam akaun River Dee International SA (BVI) di Falcon Private Bank AG di Zurich.

Kesalahan itu dirangka di bawah perenggan 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 [Akta 613], boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) Akta yang sama.

Loo meninggalkan negara sekitar April 2018 sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Barisan Nasional sebulan kemudian. Dia kembali ke negara ini Julai lalu dan telah membantu pihak berkuasa dengan usaha pemulihan aset 1MDB.

Bersedia Untuk Mempertahankan Dirinya

Ketika ditanya sama ada dia telah hadir di mahkamah untuk perkara itu atau jika dia mengetahui perkembangan kes itu, dia berkata bahawa dia bersedia untuk membela diri terhadap pertuduhan tersebut.

Terdahulu, Loo turut memberi keterangan bahawa River Dee International SA, sebuah syarikat yang dikawalnya, menerima kira-kira AS$15 juta dana 1MDB, yang telah dilucuthakkan kepada kerajaan AS sebagai sebahagian daripada penghakiman persetujuan yang dicapai.

Dia juga memberi keterangan bahawa pada satu ketika, dia berhasrat untuk menyumbang kepada dana dengan dananya sendiri, tetapi tidak pernah melakukannya. Apabila ditanya syarikat mana yang telah melabur dalam ‘JV’, dia menjawab bahawa syarikat-syarikat ini termasuk Affinity Equity Partners dan Blackstone Asia Real Estate Partners Ltd (BVI), iaitu syarikat yang dikaitkan dengan Eric Tan, sekutu rapat Low Taek Jho (Jho) yang sedang dalam buruan.

Beliau seterusnya memberi keterangan bahawa Jho Low telah mendepositkan AS$9 juta ke dalam akaun sekitar 2012 atau 2013, dengan wang tambahan juga masuk ke dalam akaun yang kemudiannya digunakan untuk membeli pangsapuri mewah di New York dan London. – NMH

Terjemahan oleh Hasnan Hasni.

Artikel ini pada mulanya diterbitkan dalam Bahasa Inggeris pada 15 Mac, hasil penulisan Hasnah Rahman, Ketua Pengarang, New Malaysia Herald.

Facebook Comments

author avatar
Staff Editor
New Malaysia Herald publishes articles, comments and posts from various contributors. We always welcome new content and write up. If you would like to contribute please contact us at : editor@newmalaysiaherald.com

Latest articles

Related articles