Video “Jom Taiwan!” Dilancarkan Untuk Menarik Pelancong Muslim Malaysia

Video “Jom Taiwan!” dilancarkan baru baru ini, bersama Duta Pelancongan Muslim Nabila Razali untuk menarik pelancong Muslim dari Malaysia

Pelancaran video “Jom Taiwan!” adalah bagi menarik lebih ramai pelancong Muslim ke Taiwan. Ini kerana lebih daripada 2 billion penduduk dunia beragama islam termasuk sebagai penduduk minoriti. Mereka ini merupakan pelancong sasaran bagi kempen ini.

Di Taiwan penduduk Islamnya ada lah sekitar 60,000, dan 90% dari mereka beretnik Hui. Populasi muslim yang berkembang sihat ini merupakan antara faktor yang dijangka mampu menarik lebih ramai pelancong Muslim, terutamanya dari Malaysia.

Baru-baru ini, Biro Pelancongan Taiwan telah melancarkan sebuah video promosi perlancongan mesra Muslim, Salam Taiwan 2024, “Jom Taiwan!” Acara itu telah diketuai oleh Encik Huang Yi-Cheng, Ketua Bahagian Antarabangsa Biro Pelancongan, bersama Encik Chou Shi-Pi, Pengarah Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Kuala Lumpur, dan Duta Pelancongan Muslim Taiwan, Cik Nabila Razali. Lebih 40 orang wakil media dari Malaysia telah dijemput ke Taiwan untuk merasai sendiri pengalaman pelancongan mesra- muslim Taiwan dan keindahan semulajadinya.

Taiwan Sebagai Destinasi Mesra-Muslim

Dengan berlatarbelakangkan budaya yang unik, panorama indah dan makanan yang lazat, Taiwan dijangka mampu menjadi destinasi pilihan utama lebih ramai masyarakat muslim Malaysia. Ini kerana dari Januari sehingga April 2024, pelancong Malaysia ke Taiwan melebihi 170,000, meningkat sebanyak 97% berbanding waktu pra-pandemik, menjadikan Malaysia salah satu pasaran pelancongan dari Asia Tenggara yang paling penting di Taiwan. Sejak 2019, Taiwan telah disenaraikan sebagai antara tiga destinasi utama bukan OIC dalam Indeks Perjalanan Muslim Global (GMTI), Taiwan diiktiraf berjaya menonjolkan persekitaran pelancongan mesra Muslim . Pada tahun ini, Biro Pelancongan Taiwan telah melancarkan promosi komprehensif yang menyasarkan pasaran pelancongan untuk Muslim Malaysia.

Biro Pelancongan Taiwan telah menggunakan jenama “Salam Taiwan” sejak 2018 untuk menonjolkan Taiwan sebagai destinasi yang mengalu-alukan kedatangan pelancong Muslim Malaysia. Tahun ini, mereka menjemput bintang selebriti Malaysia Nabila Razali, dengan 3.5 juta pengikut di media sosial sebagai Duta Promosi. Video terbaharu mereka adalah diarahkan oleh pengarah Malaysia Ooi Shi Wei dari Golden Horse Academy dan pengarah pempengaruh dari komuniti Muslim, Neollene. Video itu mempamerkan daya tarikan pelancongan Taiwan melalui empat tema utama: trend bandar, eko-pelancongan, pengembaraan yang mengujakan dan pengalaman budaya.

Nabila Razali juga berkongsi pengalamannya ke Taiwan sebelum ini, di mana beliau melawat beberapa tempat tarikan pelancong seperti Bitou Cape, Yangmingshan, Stesen Jingtong di Laluan Pingxi, dan pelbagai taman tema. Beliau sempat merasai masakan Muslim Taiwan, termasuk potongan ayam goreng yang lazat, dan menikmati Hakka Lei Cha DIY (teh yang ditumbuk). Perjalanan beliau juga termasuk berbasikal di sepanjang Tanyashen Greenway di Taichung dan menaiki kereta api Laluan Pingxi semasa perjalanan lawatan yang begitu mempesonakan. Nabila menyatakan rasa bertuah dijadikan duta dan sangat kagum dengan keindahan semula jadi dan suasana mesra Taiwan.

Kempen Pengundian “72 Jam di Taiwan”

Selain daripada video, Biro Pelancongan Taiwan turut melancarkan risalah perjalanan Muslim baharu dan kempen pengundian “72 jam di Taiwan”, menjemput rakyat Malaysia mengundi jadual perjalanan ke Taiwan yang mereka gemari di laman web acara ( URL akan diberikan). Peserta bakal berpeluang memenangi pakej pelancongan Taiwan selama empat hari tiga malam untuk dua orang, termasuk tambang penerbangan pergi balik. Biro Pelancongan Taiwan menyasarkan untuk menarik lebih ramai pengunjung Muslim dari Malaysia.

Video promosi itu akan disiarkan melalui iklan TV Malaysia, papan iklan elektronik luar, dan platform dalam talian. Pada bulan September, Biro Pelancongan Taiwan akan mengambil bahagian dalam Pameran Pelancongan MATTA di Kuala Lumpur, di mana Nabila akan mengadakan sesi ‘meet-and-greet’ bersama peminat. Biro, dengan agensi-agensi pelancongan muslim ternama di Malaysia akan bekerjasama bagi mengadakan pakej diskaun pelancongan berkumpulan terhad-masa, bertujuan menggandakan peluang perniagaan bagi pasaran Muslim Malaysia. – NMH

Facebook Comments

author avatar
Emma Harith
Emma Harith, a freelance writer, NGO activist and a mum advocate. Having written for a number of media organisations, she loves to focus her writings on adventures, lifestyle and the sky.

Latest articles

Related articles