SURAT | Adakah Akan Timbul Skandal MySejahtera Gate?

0
648
High Court can declare MySejahtera redundant, 'contact tracing' unsustainable.
High Court can declare MySejahtera redundant, 'contact tracing' unsustainable. - NMH file pic

Potensi skandal MySejahtera Gate ini menunjukkan bahananya kroni kapitalis di mana perkara untuk kebaikan negara pun mahu dibuat duit.

Oleh Azrul Abu Hassan

Baru-baru ini, kita dikejutkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Awam (Public Accounts Commitee) mengenai ketelusan Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan mengenai aplikasi MySejahtera dan syarikat yang terima kontrak untuk mengendalikan aplikasi tersebut untuk 38 juta pengguna pada masa kini.

Biar saya senaraikan butiran perkembangan status terkini dan sementara kita perhatikan adakah akan muncul skandal MySejahtera Gate dalam masa terdekat?

  1. Aplikasi seperti MySejahtera harus dibangunkan untuk kegunaan kerajaan sahaja.
  2. Dilaporkan ianya dibangunkan atas nama CSR (Corporate Social Responsibility) oleh syarikat swasta maka sebenarnya satu sen pun tidak perlu dibayar oleh kerajaan.
  3. Segala data tentang pengguna harus disimpan oleh kerajaan, bukannya oleh syarikat swasta ini, dan tidak boleh dipindahkan. Sebab itu saya sebut tadi untuk kegunaan kerajaan sahaja.
  4. Apabila dilihat barisan pengarah MySejahtera Sdn Bhd, semuanya adalah kroni-kroni terkenal seperti Shahril Shamsuddin (ex-Sapura), Liew Kee Sin (EcoWorld) dan Megat Najmuddin Megat Khas (Sime-Darby).
  5. Namun, tuntutan telah dibuat oleh syarikat swasta iaitu RM338juta (duit rakyat) terhadap kerajaan. CSR tengkorak dia kena bayar hampir setengah billion ringgit kepada syarikat yang baru ditubuhkan! (Sila lihat rajah di bawah).
  6. Inilah bahananya kroni kapitalis. Perkara yang untuk kebaikan negara pun mahu dibuat duit. Inilah dia Mahathirism yang dibawa Tun Mahathir yang terus digunakan oleh anak-anak didik beliau.
  7. Menteri Sains dan kini Menteri Kesihatan harus bertanggungjawab terhadap MySejahtera Gate ini. Usahlah nak cuci tangan atau menipu kepada rakyat kerana rakyat jugalah yang bongkar MySejahtera Gate ini.
  8. Apa kata semua beri rating rendah kepada MySejahtera app tanda protes? Lagipun sudah tidak berguna aplikasi ini kerana hampir kesemua rakyat Malaysia dewasa sudah divaksin dan kita sudah nak masuk fasa endemik.
Harga Software untuk aplikasi MySejahtera Kredit gambar FB Jeg Hui

Kesimpulannya, dah la kena bayar RM338 juta untuk beli IP dan lesen perisian, pastu kena bayar RM21 juta pula setiap tahun. Programmer kerajaan tak boleh ke bangunkan sendiri sampai semua nak outsource? Baik Uninstall sahajalah apps ni dari telefon, Play Store dan Google Play. Membazir duit rakyat sahaja.

Azrul Abu Hassan adalah pembaca dan penulis sambilan New Malaysia Herald. Perkara yang dinyatakan dalam artikel ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian New Malaysia Herald.

Facebook Comments

author avatar
Staff Editor
New Malaysia Herald publishes articles, comments and posts from various contributors. We always welcome new content and write up. If you would like to contribute please contact us at : editor@newmalaysiaherald.com