SURAT | Bila PH Bersikap Biadap, Angkuh, Dendam Dan Ego

0
491
Pakatan Harapan selling their manifesto prior to GE14.
Pakatan Harapan selling their manifesto prior to GE14.

Sekarang PH nak salahkan siapa setelah jatuh sebagai nangka busuk angkara perbuatan sendiri?

Oleh Hanizah Hashim

Bila saya ingat semula peristiwa bagaimana biadapnya penyokong Pakatan Harapan (PH) semasa Barisan Nasional (BN) tumbang selepas PRU14, meremang bulu roma. Darah pun boleh naik atas.

Tapi bila teringat pula peristiwa PH tumbang atas angkara sendiri hanya 22 bulan kemudian, memang sangat bersyukur. Allah maha adil.

Banyak sangat perkara dan perbuatan PH yang sangat menyakitkan hati. Yang saya tak boleh lupa termasuk peristiwa mereka berkerumun di KLIA konon bekas Perdana Menteri Najib Razak dan isteri beliau berhasrat naik pesawat untuk lari ke luar negara.

Gila betul mereka kononnya hendak membuat ‘citizens arrest.’

Pada malam pengiraan undi PRU 14 4 tahun lepas penyokong PH sedang teruja kerana PKR menang tipis untuk membentuk kerajaan baru sementara segelintir penyokong mereka siap tunggu di perjalanan ke Lapangan Terbang kononnya nak buat citizens arrest jika Najib dan keluarga cuba melarikan diri Gambar dari Google

Besar ego mereka. Ternyata usaha bodoh itu sia-sia belaka.

Serbuan

Kemudian peristiwa serbuan polis ke atas kediaman Najib di Putrajaya, di Jalan Duta (bukan Bukit Tunku), kondominium di Pavilion dan juga rumah ibunya. Siap ada live telecast lagi.

Entah kenapa saya rasa sangat menyampah tengok cara serbuan dibuat. Memang seolah bertujuan untuk memalukan Najib dan keluarga. Zalim sungguh. Itu belum masuk lagi bab-bab apa yang pihak PH buat pada LRT dan MRT, pada MARA dan Tabung Haji dan macam-macam lagi.

Memang dengan sombong mereka geledah institusi yang selama ini mereka tak dapat ceroboh.

Kenapa dendam sangat ya?

Sudahlah perangai mereka dalam Parlimen macam samseng. Dan tak perlulah saya ingatkan pasal manifesto mereka yang semua pun tak ditunaikan, hanya penghapusan GST yang sudah tentu lebih memudaratkan ekonomi negara. Lepas tu boleh pula pemimpin mereka kata “Manifesto bukan kitab suci.”

Bila PH Gugur

Bila kerajaan PH jatuh, mereka serang pula Mahathir, naknya mamat Tony Pua tu. Sombong kemain lagi puak puak DAP ni.

Yang PKR pulak bercekau sesama sendiri sampai berpuak puak dan akhirnya terjadilah Langkah Sheraton. Nak salahkan siapa, ek? Bukan ke mereka sanggup bergabung dalam PH sebab nak jatuhkan Najib dan BN? Nampak sangat semuanya hipokrit belaka.

Kemelut Langkah Sheraton ini membawa kepada peletakan jawatan <a href=httpsmswikipediaorgwikiMahathir Mohamad>Mahathir Mohamad<a> sebagai <a href=httpsmswikipediaorgwikiPerdana Menteri Malaysia>Perdana Menteri<a> ketujuh dan pelantikan <a href=httpsmswikipediaorgwikiTan Sri Muhyiddin Yassin>Tan Sri Muhyiddin Yassin<a> sebagai Perdana Menteri kelapan

Kata omputih, ini semua water under the bridge. Sekarang dah jelas tujuan mereka semua berbeza. PKR nak Anwar jadi PM, itu sahaja. DAP pulak ada agenda tersendiri. Faham2 sajalah. Mahathir dah tercapai hasrat dia nak jatuhkan Najib, tapi tak juga hati senang. Mungkinkah Mahathir telah membuat kesilapan terakhirnya dalam politik negara? Entahlah, macam kesilapan Mahathir ni dah beranak pinak pulak.

Saya masih ingat lagi betapa menyesalnya dia ambil Anwar jadi TPM yang dipecatnya pada 1998. Lepas tu dia silap lagi sanggup bergabung semula dengan Anwar. Tak ke pelik? Apa tujuan dia buat macam tu? Semata2 nak jatuhkan Najib dan BN? Macam ‘the ends justify the means’ caranya?

Orang Melayu kata marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Hancur negara. Sekarang ada Azmin Ali, Syed Saddiq dan Muhyiddin Yassin. Adakah mereka ini juga kesilapan Mahathir? Semua nak jadi PM kot.

Apa pun kita tahu kita hanya boleh merancang, Allah yang menentukan. Mereka kata nak selamatkan negara. Nampak jelas mereka nak pegang kuasa. Yang nak diselamatkan hanya puak puak mereka. Rakyat dan negara terus sengsara.

Semoga Allah tunjukkan rakyat jalan kebenaran. Berilah Malaysia pemimpin yang baik dan beriman. Ameen. – New Malaysia Herald

Hanizah Hashim adalah pembaca New Malaysia Herald. Perkara yang dinyatakan dalam surat ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian New Malaysia Herald.

Facebook Comments

author avatar
Staff Editor
New Malaysia Herald publishes articles, comments and posts from various contributors. We always welcome new content and write up. If you would like to contribute please contact us at : editor@newmalaysiaherald.com