Shafee Abdullah Antara Calon Paling Layak Menjadi Presiden Majlis Peguam

Tidak boleh dinafikan bahawa Peguam Kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, adalah seorang tokoh yang kental dan berani dengan stail yang tersendiri apabila berdepan dengan saksi pendakwaraya dalam kes-kes berprofil tinggi

Dengar cerita Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan bertanding sebagai Presiden Majlis Peguam yang akan datang. Berita ini amat mengujakan dan amat dinanti-nantikan oleh majoriti rakyat Malaysia yang mengkagumi kekentalan Shafee Abdullah mematahkan hujahan pihak lawan terutamanya bagi kes berprofil tinggi seperti SRC International, 1MDB, pembunuhan CEO Cradle Fund, dan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Penglibatan beliau untuk kes-kes rumit dan sangat mencabar ini mampu membuktikan kredibiliti beliau sebagai seorang peguam yang amat dipercayai dan dihormati. Apatah lagi, sebagai peguam kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sudah tentu beliau sangat arif tentang kepincangan-kepincangan yang berlaku dalam kes -kes yang melibatkan anak guam beliau, dan tidak mahu orang lain menghadapi situasi yang sama.

Beliau telah berjaya membuka mata rakyat biasa yang mahukan keadilan sejagat, bahawa jika seorang bekas perdana menteri pun boleh diperkotak-katikkan dan tidak mendapat keadilan yang sewajarnya, inikan pula rakyat biasa. Kes-kes yang melibatkan Najib yang diwakili oleh Shafee sangat memberikan impak tentang sifat dan fungsi keadilan yang sewajarnya menjadi tunggak badan kehakiman negara.

‘Comeback’ Selepas 15 Tahun

Beliau bakal melakukan ‘comeback’, selepas 15 tahun sebagai calon Presiden, dan pada kali ini beliau kembali dengan menyatakan komitmennya untuk memartabatkan institusi keadilan dan integriti undang-undang yang dilihat begitu pincang.

Umum mengetahui, Shafee Abdullah bukanlah merupakan orang asing kepada Majlis Peguam kerana beliau pernah memegang jawatan di Majlis Peguam selama dua penggal.

‘Manifesto’ utamanya adalah untuk melihat Majlis Peguam sebagai sebuah badan yang benar-benar membantu ahlinya untuk berkembang sebagai seorang peguam, kerana menurutnya, kepimpinan sedia ada lebih mengutamakan disiplin yang rigid, sehingga menjadikan Majlis Peguam tak ubah seperti Badan Disiplin yang menakutkan.

Bagi beliau, Majlis Peguam perlu menjadi sebuah Badan yang lebih mesra kepada peguam, serta mempunyai karakter lebih ‘people centric’, agar lebih banyak bantuan kepakaran perundangan dapat diberikan kepada masyarakat.

Ini menjadikan Majlis Peguam sebagai ‘jurutera sosial’, dalam memastikan keputusan perundangan selari dengan kepentingan masyarakat yang meluas. Ia begitu selari dengan contoh kes-kes Najib Tun Razak yang beliau wakili di mana beliau sanggup turun padang dan memberikan penerangan perundangan dengan menggunakan ‘bahasa rakyat/bahasa pasar’ kerana mahukan rakyat biasa memahami kes dan tidak tertipu dengan putar-belit yang selama ini giat dipropagandakan oleh pihak-pihak tertentu.

Shafee Abdullah Juga Adalah Tokoh Peguam Yang Disenangi Orang Muda

Tan Sri Shafee Abdullah Sedang Menandatangi Petisyen Dan Otograf Untuk Anak Muda Ini.
Tan Sri Tan Sri boleh tandatangan petisyen ini dan otograf untuk saya please kata seorang mahasiswa dari fakulti perundangan dari salah satu universiti di ibu negara pada sesi Townhall yang diadakan di Wisma MCA baru2 ini Gambar fail NMH

Bagi yang berada di dalam komuniti perundangan (legal fraternity), ketokohan beliau sebagai peguam tidak dinafikan. Cerita-cerita tentang pengalaman luas beliau dalam bidang perundangan sebenarnya bukan sahaja telah meletakkan diri beliau sebagai seorang figura guaman yang disegani, malah beliau merupakan benteng paling hadapan dalam bidang advoksi undang-undang di Malaysia.

Tiada pengamal undang-undang terutamanya generasi kini yang tidak kenal akan beliau. Ia dapat dilihat bagaimana beliau dikerumuni oleh para siswa siswi perundangan apabila beliau hadir ke sesi ‘townhall’ yang dijalankan oleh para penyokong Najib Razak. Aura beliau sebagai seorang peguam tersohor yang begitu dekat di hati anak muda begitu terserlah kerana sifat beliau yang ‘people friendly’ bila bersama mereka, walaupun beliau begitu lantang di kamar perbicaraan.

Di pentas global pula, Shafee dikenali menerusi penglibatan beliau dalam isu-isu hak asasi manusia, di mana beliau merupakan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia dari April 2004 – April 2010. Ia pastinya memberikan nilai tambah kepada Majlis Peguam dalam menjadi sebuah badan guaman yang dihormati di peringkat antarabangsa.

Lambang Kecemerlangan dan Komitmen

Bersempena pemilihan yang bakal berlangsung tidak lama lagi, ahli-ahli Majlis Peguam perlu bijak memilih ketuanya. Rakyat biasa yang mahukan keadilan sudah lelah dengan undang-undang rimba yang semakin menjadi -jadi dan disokong pula oleh segelintir ahli majlis tertinggi Majlis Peguam akan menilai pemilihan ini sebagai sebuah manifestasi Majlis Peguam untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Shafee Abdullah bukan sekadar seorang calon Presiden, tetapi sebagai lambang kecemerlangan undang-undang dan komitmen yang teguh terhadap keadilan yang dilihat semakin terhakis akibat campur tangan politik, yang menjadikan rakyat biasa semakin kurang dengan sistem keadilan negara.

Semoga Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan dipilih sebagai PRESIDEN kerana pengalaman, kepakaran, integriti, visi beliau untuk masa depan undang-undang diperlukan oleh rakyat dan negara Malaysia.

39 Calon Bertanding

Mengikut laman sesawang Majlis Peguam Malaysia, 39 calon telah memfailkan kertas pencalonan bagi pemilihan ke Majlis Peguam untuk penggal 2024/2025, menurut seksyen 49 Akta Profesion Undang-undang 1976 (“LPA”).

Tarikh akhir penyerahan kertas pencalonan ialah pada 31 Oktober 2023 dan undi pos mesti dikembalikan kepada Majlis Peguam selewat-lewatnya pada pukul 5:30 petang pada 30 November 2023 (Khamis).

Dijangkakan undi akan dihantar kepada pemeriksa kertas undi pada 1 Disember 2023 (Jumaat), dan keputusan akan diumumkan pada hari yang sama.

Empat puluh dua ahli majlis terkini akan tamat tempoh sebagai ahli Majlis Peguam pada Mesyuarat Agung Tahunan akan datang, yang akan diadakan pada Mac 2024.

Menurut Resolusi yang diluluskan pada Mesyuarat Agung Tahunan Badan Peguam Malaysia ke-55 yang diadakan pada 17 Mac 2001, setiap calon yang dicalonkan untuk pemilihan diminta memberikan sedikit catatan ringkas. – NMH

Facebook Comments

author avatar
Emma Harith
Emma Harith, a freelance writer, NGO activist and a mum advocate. Having written for a number of media organisations, she loves to focus her writings on adventures, lifestyle and the sky.

Latest articles

Related articles