Adakah Malaysia Airlines Menyebelahi Syarikat Pro-Israel?

Di tengah kemarahan satu dunia terhadap Israel, Malaysia Airlines pula bernasib baik kerana hubungan mereka dengan syarikat pro-Israel tidak diketahui orang awam, jika tidak, mungkin nasib MAB lebih buruk

Pada 3 Oktober, ada satu artikel dalam The Edge, yang terang tegang menjadi jurucakap Plaza Premium Group, yang menasihatkan Malaysia Airlines (MAB) supaya semua kontrak pengedalian Golden Lounge diberikan kepada Plaza Premium Group, manakala Mas Awana diberikan kontrek sajian dalam kabin.  Ini seolah-olah memastikan ura ura yang Golden Lounge satellit dan ‘regional’ akan diberikan kontrak kepada Plaza Premium Group (PPG).

Siapakah PPG? Ia merupakan sebuah syarikat Cina yang  berpengkalan di Hong Kong. Syarikat ini juga mengendalikan King David Lounge (dijenama-semulakan kepada Blush Lounge) di lapangan terbang Heathrow di London. Ada beberapa lounge untuk syarikat El Al dikendalikan oleh PPG. El Al merupakan syarikat penerbangan nasional negara Israel.

Tidakkah tindakan MAB memberikan kontrak kepada PPG secara tidak langsung memberikan persepsi bahawa MAB menyokong Israel secara tersembunyi? Ia umpama MAB tidak peka dengan sentimen anti-Israel yang berlangsung secara besar-besaran di seluruh dunia.

Keintiman Perniagaan Yang  Boleh Membawa Padah

Walaupun ‘keintiman’ perniagaan MAB sebagai pro-Israel tidaklah begitu jelas pada pandangan orang awam, tetapi tidakkah mereka sensitif dengan sentimen global pada ketika ini?

Sedangkan seorang konglomerat barat Oliver Cookson dalam hantaran Tweet beliau menyatakan akan menarik keluar 500 juta Euro dari Israel atas dasar ‘intergriti’ walaupun beliau tahu ia akan mendatangkan kerugian kepada jaringan perniagaan.

Mengikut LinkedIn, ciapan beliau :

“I have made the decision to divest from any Israeli businesses within my portfolio  c.(£500m), along with arms companies. This is not an act of virtue signaling. I am taking a stand and am in last stage discussions with a consortium of other family offices to follow suit with heads agreed. Representing a combined AUM of over €4 billion. For the record all white, western FO’s including one in the USA.

“For the record we will all lose hedge and take a hit financially. Again some things more important to us, namely integrity.

“Integrity is the foundation of a life lived with purpose. Without it, we lose our compass, our credibility, and ultimately, the essence of what defines us.” Oliver Cookson 2023.

Di negara kita, jenama kopi dan makanan segera terkenal juga terkesan dengan sentimen anti-Israel sehingga mereka mengalami berjuta ringgit kerugian kerana rakyat Malaysia memboikot outlet mereka, sehingga mereka terpaksa mengadakan pelbagai promosi dan sidang akhbar serta siaran-siaran di media sosial untuk mendapat semula sokongan rakyat Malaysia.

MAS pula bernasib baik kerana hubungan mereka dengan syarikat pro-israel tidak diketahui orang awam, jika tidak, mungkin nasib MAS lebih buruk dan mungkin gulung tikar.

Adakah MAS berasa ‘selamat’ daripada ‘diboikot’  seperti syarikat-syarikat international yang lain kerana perkaitan mereka dengan Israel ‘terlindung’ kerana mereka adalah ‘national carrier’ yang berselindung di sebalik syaikat lain?

Tempias Sentimen Anti-Israel Oleh Rakyat Malaysia

Pada 3 November 2023, warga maya digemparkan dengan satu ciapan dalam IGS (Instagram Stories)  Chloe Tong, isteri Co-Founder Grab yang memuat naik content berunsur sokongan terhadap Israel. Namun menerusi carian kami, ciapan berkenaan telahpun dipadam.

Setelah diasak oleh netizen dan khuatir Grab akan di boikot, Chloe Tong tampil memberi penjelasan bahawa ia adalah pandangan yang di suarakan menerusi platform peribadi, serta diambil di luar kontek sebenar.

Dia  dalam masa yang sama turut menjelaskan bahawa hantaran Instagram Stories (IGS) miliknya itu telah dimuat naik beberapa minggu lalu dan secara tiba-tibanya telah tular serta mengundang ucapan berbaur kebencian oleh orang ramai

Selain itu, Chloe juga  tidak ketinggalan untuk meluahkan rasa kesedihan terhadap setiap mangsa tidak bersalah yang telah maut akibat peperangan ini.

“Screenshot of my previous Instagram stories from weeks ago are suddenly surfacing – and malicioulsy taken out of context and shared to stir more hatred. My insta-stories were done before I understood all that is happening with Gaza and Israel. Like the rest of humanity, I hope for ceasefire and peace.” – Chloe Tong

Grab Malaysia dalam masa yang sama turut menjelaskan bahawa pihak mereka kekal teguh dengan pendirian pro kemanusiaan dan menyokong sebarang usaha ke arah keamanan dan juga pelaksanaan gencatan senjata.

“Grab tidak menyokong sebarang bentuk keganasan dan sebagai ahli United Nations Global Compact (UNGC), mendukung prinsip asas UNGC yang menghormati perlindungan hak asasi manusia,” jelas Grab.

Apa Sebenarnya Pendirian MAB Terhadap Konflik Palestin-Israel?

Kembali kepada cerita MAB, apabila Malaysia Airlines membenarkan Golden Lounge untuk diselenggarakan oleh syarikat yang merupakan rakan operasi lounge kepada syarikat penerbangan nasional Israel, tidakkah mereka terfikir akan ancaman ‘espionage’ yang mungkin berlaku? Apakah tiada ancaman perisik Israel Mossad di Golden Lounge – dimana ramai tokoh korporat dan politik kita beristirehat sebelum naik pesawat?

Maklumat penumpang khusus yang tersedia untuk pengendali ruang lounge lapangan terbang mungkin berbeza bergantung kepada siapa syarikat penerbangan, lapangan terbang dan pengendali ruang istirahat. Walau bagaimanapun, secara amnya, pengendali ruang lounge lapangan terbang mempunyai akses kepada jenis maklumat tentang penumpang seperti berikut:

Spesifikasi Penerbangan:

-Butiran tempahan
-Menghubungkan penerbangan
-Penerbangan pergi balik
-Butiran rakan pengembara (jika berkenaan)

Maklumat peribadi:

-Nama penumpang
-Sijil keahlian (jika berkenaan)
-Butiran kad kredit (jika berkenaan)
-Pas masuk
-Maklumat perhubungan
-Pasport atau pengenalan bergambar yang dikeluarkan oleh negara lain.

Maklumat tambahan:

-Keperluan pemakanan
-Keperluan khas
-Keutamaan tempat duduk
-Status ‘frequent flyer’

Pengendali lounge lapangan terbang boleh menggunakan maklumat ini untuk mengesahkan kelayakan penumpang untuk kebenaran akses lounge, menyediakan perkhidmatan yang khusus dan untuk menambah baik keseluruhan pengalaman ruang lounge untuk penumpang.

Mereka juga boleh menggunakan maklumat ini untuk tujuan pemasaran, seperti menghantar e-mel yang disasarkan kepada penumpang tentang promosi ruang lounge.

Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa pengendali ruang lounge lapangan terbang dikehendaki mematuhi semua undang-undang privasi data yang berkenaan.

Ini bermakna mereka mesti mengumpul, menyimpan dan menggunakan maklumat penumpang dengan cara yang bertanggungjawab dan selamat.

Mereka juga mesti memberi penumpang peluang untuk menarik diri daripada pengumpulan atau penggunaan data, jika dirasakan perlu.

Apakah Maklumat Yang Boleh Diakses Oleh Pihak 'airport lounge mengenai penumpang dan adakah syarikat Malaysia Airlines ambil semua ini dalam pertimbangan sebelum membuat keputusan untuk beri kontrak kepada sebuat syarikat? - NMH infografik

Apakah maklumat yang boleh diakses oleh pihak ‘airport lounge’ mengenai penumpang dan adakah syarikat Malaysia Airlines ambil semua ini dalam pertimbangan sebelum membuat keputusan untuk beri kontrak kepada sebuah syarikat lain? – NMH infografik

Malaysia Airlines Tak Rasa Malu?

MAB tidak ada rasa malukah kerana terus bersama dan memberi sokongan serta perniagaan kepada syarikat yang mempunyai ‘direct deal’ dengan Israel? Bukankah nama baik Malaysia itu lebih penting untuk dijaga, berbanding dengan keuntungan?

Selama ini pun MAB banyak mengalami kerugian, dan apa bezanya jika mereka tidak mengambil Plaza Premium Group sebagai ‘provider’? Bukan mendatangkan lebih kebaikan, malahan jika di ketahui orang awam, MAB mungkin akan di boikot.

Lagipun, sebenarnya tindakan memilih PPG ini memberikan persepsi ‘buruk’ kepada MAB kerana sebagai sebuah syarikat ‘National Carrier’ dilihat tidak prihatin dengan sentimen kepimpinan dan  majoriti rakyat  negara ini yang menolak Israel secara terang-terangan dan sentimen menyokong Palestin begitu membuak-buak. – NMH

Facebook Comments

author avatar
Emma Harith
Emma Harith, a freelance writer, NGO activist and a mum advocate. Having written for a number of media organisations, she loves to focus her writings on adventures, lifestyle and the sky.

Latest articles

Related articles